Waktu Solat

Saturday, January 31, 2009

15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Macam Guna HP...




Funny Video 4 - video powered by Metacafe

Licence Key Kaspersky 9

Sesiapa yang berminat Kaspersky 9 boleh mencuba. Aku punya anti virus guna Kaspersky 9. Ok sampai sekarang. Keys Licence itu banyak , jika blacklisted cuba yang lain. Jika ada yang berminat dapat di sini..

Semoga berjaya dan selamat mencuba...

Pasti boleh .......

Friday, January 30, 2009

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

English Games 2

Menjawab soalan berdasarkan input yang diberi. Hanya baca dan klik pada jawapan yang betul. Mudah dan senang. Ia mempunyai aras yang mudah dan sukar. Selamat Mencuba !!!!!


@ Flash ESL
@ EFL games

Tazkirah Jumaat ( FADHILAT AYAT AL-KURSI )

Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

Thursday, January 29, 2009

Relek Kejap,,,,, 2

Dah Bersusah Payah Tersilap Kereta Pulak





BOLOS versi Jepun..






Lagu Singh Bersubtittle Melayu





JAPP chocolate bar




Pesakit, Doktor dan Kacang Hijau

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Ada masaalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut….”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti
jika sudah jadi tauge’ anda boleh ler tarik keluar.”
Pesakit : “Huh!”

Nuffnang Ads

Wednesday, January 28, 2009

Laman Tatabahasa

Latihan Bahasa Melayu ( khusus tatabahasa ). Percuma sahaja ........ tak perlu mendaftar atau apa-apa pun bayaran. Pastikan anak-anak anda mencuba.

Rangkuman tatabahasa antaranya Golongan Kata , Pengimbuhan , Pengandaan , Ayat dan Rampai Bahasa. Diharap sedikit sebanyak ianya dapat membantu anak-anak anak-anak anda.

Klikkk
sajeee


@ Tatabahasa




English Games

Game yang sesuai untuk menambah perbendaharaan kata ( vacabulary ) Bahasa Inggeris . Games ini secara online. Anak-anak anda boleh mencuba.

Games terbahagi kepada beberapa kategori antaranya:
animals, sports, vegetables, shapes dan macam-macam ada.

Kepada sesiapa yang berminat boleh klikk di::::::

@
English Vocabulary Games



LUASNYA NERAKA




Assalamau'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....



...: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w.... bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s..a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"


Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a...w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor

ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta

mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai

70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Tuesday, January 27, 2009

Nyanyian Boboi

da budak kecil, BOBOI namanya, umurnya 4 tahun. Budak ini memang suka kencing, mungkin kerana urat kencing dia bocor agaknya… kemana saja pasti suka kencing, ke shopping complex, ke kedai, ke pasar, selalu je nak kencing, dan kalau dia nak kencing, dia selalu menjerit kepada ibunya,

makkk..boboi nak kencing!!! sekuat-kuatnya“.

Mak boboi sering terasa malu, kerana anaknya si boboi tu suka menjerit jerit gila babi di khalayak ramai kalau time dia nak kencing, maka dicarilah akal….

Mak Boboi pun mengajar Boboi..,

Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap boboi nak nyanyi,ok?“. Boboi pun mengangguk tanda paham.

Pada suatu hari, mak boboi terpaksa kerja outstation, budak boboi ni pun diserahkan kepada nenek nya untuk dijaga. Pada malam hari, ketika nenek boboi sudah hampir terlelap, boboi berteriak kepada neneknya,

Nenek, boboi nak nyanyi…………

Neneknya menjawab “Dah malam nih,besok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah kalau boboi bising!”, kata nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…

Um..oklah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan di telinga nenek ya…..

Aktiviti Anak-anak

Saya terjumpa satu website yang sesuai untuk kanak-kanak. Banyak aktiviti yang boleh dilayari di website ini antaranya games, coloring pages , quiz dan macam-macam ada.

Kepada ibu bapa yang berminat anak-anak mereka melayari bolehlah

klikkk di sini


@ Funschool


( anak-anak aku dah mencuba )
selamat mencuba dan berseronok

Monday, January 26, 2009

4 Golongan Lelaki Ahli Neraka

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang Allah swt berikan pada kita.


Mari Bahagi ( Matematik )

Mari cuba untuk bahagi pula...

Permainan matematik yang menarik dan mudah. Selamat mencuba dan semoga berjaya..

Klik......

@ Division Machine
@ Sum Sense Division
@ Division

Cikgu Bendul

Suatu pagi ketika pengajaran Kajian Tempatan dikelas 5 merah sekolah Titom, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibukota negara.

Cikgu: “Palin, cuba sebutkan ibukota Britain?”

Palin: “London, Cikgu!”

Cikgu: “Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?”

Apis: “Pasti Kuala Lumpur, Cikgu.”

Cikgu: “Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?”

Lola: “LIMA, Cikgu!”

Cikgu: “Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu.”

Lola: @#$#@!

Cara Makan Rasulullah

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua? Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Sunday, January 25, 2009

Zaman Koboi...


Anak koboi yang kehilangan kaldai yang ditunggangnya ...... ditangkap oleh sheriff ketika sedang meronda di Texas Bar....

Kesalahan :

1. Kencing malam
2. Minum susu dengan botol
3. Berak tak reti basuh sendiri
4. Tak tau berjalan sendiri

Relek Kejap ....

Sekadar hiburan sahaja........ tidak lebih daripada itu








Jangan diikut sekadar tonton jeee









Saturday, January 24, 2009

Harubiru Junior


Hamba memperkenalkan " Bakal Bloggers Harubiru " yang bakal menyambung blog harubiru ini. Muka sadis jee tu bukan apa pasai demam.




Dok tengah stim hisap puting.. lali je muka tu. Cita-cita harubiru junior ni masih rahsia. Aku pun tak tau. ( macam mana nak tau cakap pun tak boleh lagi )Kehidupan yangmendatang ditempuhi dengan penuh kesabaran menghisap puting.




Blogger Junior ni nampak je macam relek ttp cerita sebenarnya baru lepas terminum air kolam tuu. Berapa gelen dah lepas dalam perut dia aku tak tau. Nak tangkap gambar punya hal terpaksa control mancho.



Apa hal pun, inilah keluarga Harubiru and The Gangs....... Lepak kat Langkawi ( Galeri Perdana ), tak masuk pun, tangkap gambar nak bagi tau kat orang dah sampai kat situ.

Apa-apa pun "
Harubiru and The Gangs " ucapkan silamat tahun balu cine , ini tahun gua pun talak tau tahun apa.Gong Xi Fa Coi

Tolak Matematik ( Games )

Apo Khabar.....

Sebelum ni aku dak masukkan games untuk tambah... lepas nii boleh cuba aktiviti tolak pulak. Games ini secara online.. mudah dan cepat ( p.s pastikan anda menggunakan streamyx )

Klik sini !!!!

@ Sumsub
@ Subtraction
@ Quia
@ Grid Challenge


Cita-cita

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Friday, January 23, 2009

Tambah Matematik ( Games )

Sesiapa yang berminat melatih anak-anak supaya bijak menambah cuba bermain permainan ini.

Sesuai anak-anak kecil untuk mencuba terhad pada adik-adik berumur 7 - 12 tahun sahaja )Mak ayah tengok saje.

Klikkkkk saja........

@ Quia
@ Addition Machine
@ A Whale
@ The Litter Animals

Guru Kaunseling Sekolah

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah penjaga gol!”

Tazkirah Jumaat ( Orang Yang Meninggalkan Sembayang )

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Thursday, January 22, 2009

Anak-anak Pintar

Anak-anak yang berminat melayari internet ... marilah cuba laman ini

sesuai untuk anak-anak yang rajin membaca.Perbagai aktiviti , permainan dan bahan bacaan boleh baca.

Cuba tekan kat sini..

@ Laman kanak-kanak

Wednesday, January 21, 2009

Kenangan Bersamamu Di Tahun 2008

Program Israk Mikraj di sekolah... Berselawat di awal pagi memuji Allah yang maha esa dan jungunganNya Nabi Muhammad s.a.w




Sebelum berakhirnya puasa.... dan sebelum menjelang Syawal .....
Bermaaf-maafan, menghulur sedikit sumbangan kepada fikir miskin serta anak
didik...




Hubungan anak buah dengan pentadbir yang akrab..... sukar dilihat ??
Kenapa? tak pecaya...




Jamuan akhir tahun...... 2008


Kelas Pemulihan

Laman ini sesuai kepada ibu bapa yang hendak mengajar anak-anak kecil. Banyak latihan-latihan mudah secara online. ( tak perlu nak beli software yang mahal...... free jee )

Kepada cikgu-cikgu pemulihan boleh cuba di sekolah. Secara tidak langsung menarik minat murid-murid bermain komputer. Tak asyik terperap ngan buku tulis ajee.

Sesiopo yang berhajat sila leee klikkkk .......

@ Latihan Interaktif

Math Drill

Kepada guru-guru matematik,,,,,

Satu laman web yang agak bagus dan baik kepada guru-guru yang berminat.
Laman ini boleh membantu guru-guru menyediakant lembaran latih tubi kepada murid-murid.

Senang , mudah dan cepat!!!!!

Yang berminat boleh klik Di....

Sini laaa brother ...

@ Math Drill

Effect Gambar



Aku dah try buat beberapa effect gambar... ok jugak tap payah teruk2 nak pe buat kat photoshop... Benda dah ada guna jeee. tak payah-payah pening kepala.













sesapa yang nak try boleh cuba kat kini :

@ LoonaPix
@ Photofunia
@ Mirror effect
@ Funphotobox
@ FotoFlexer

Selamat mencuba ........ kalau tak jadi buat sampai jadiii.....

Jepun Kuat Merapu

Klip video niii buat tatapan warga yang ingin meneruskan PPSMI... Terbukti orang jepun tak mahir bahasa inggeris tetapi lebih maju dari kita olang Malaysia..

Apa nak jadi dengan kita nii bahasa melayu tergadai, bahasa olang putih entah ke mana???


Tuesday, January 20, 2009

Mod sekolah hari nii

Assalamualaikum...

aku hari niii tengah pening .. nak buat SMM. maklumlah baru kena buat tahun ni. Sebelum ni orang lain yang buat. Masih dok belajar lagi dengan orang lama. Murid pulak ramai sampai 800 orang lebih.




Related Posts with Thumbnails