Waktu Solat

Saturday, February 28, 2009

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.



7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


9. OAT
Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

10 Pertanda Hati yang Sakit

1. Kita mempercayai Allah SWT namun kita tidak mematuhi perintah-Nya.

2. Kita mengatakan bahwa kita cinta Rasulullah SAW namun kita tidak mengikuti sunnah Baginda

3. Kita membaca Al-Qur'an namun kita tidak mempraktekkan nilai-nilai didalamnya.

4. Kita menikmati semua pemberian Allah SWT namun kita tidak mensyukurinya.

5. Kita tahu bahwa setan adalah musuh kita namun kita tidak melawannya.

6. Kita ingin masuk surga namun kita tidak berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memasukinya.

7. Kita tidak ingin dilempar dalam api neraka namun kita tidak berusaha dengan sungguh untuk menghindarinya (misal dengan berbuat baik).

8. Kita percaya bahwa tiap makhluk hidup pasti akan mati namun kita tidak pernah menyiapkan diri menghadapi kematian tersebut.

9. Kita sibuk bergosip membicarakan orang lain dan mencari tahu kekurangan mereka namun kita lupa akan kesalahan dan kekurangan kita sendiri.

10. Kita ikut menguburkan yang mati namun kita tidak mengambil pelajaran dari yang sudah mati itu

Friday, February 27, 2009

Belajarlah bersyukur.....

melihat positif dan negatif..

“Biarlah hanya papan dan tanah menjadi pemisah antara jasad dan perjuangan.
Insya Allah.”
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR…

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

Thursday, February 26, 2009

Kenapa mesti cium anak

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

'P' Mana?

Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAKMAT: Pi balik kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.

POLIS: Saya kate 'P' mane...?

PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.

POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.

PAKMAT: Asallamualaikum.

POLIS: Waalaikummusallam.

Monyet dan Kura-kura

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"

Cara Menutup Aurat Bagi Kaum Wanita

Wednesday, February 25, 2009

Kisah Cikgu Dan Anak Muridnya....

PART I

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"

Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."


PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III

Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya??

Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART V

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?

Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

Anda Seorang Romantik

Romantik,,,,,
Satu ucapan yang sering diucapkan bagi orang yang bercinta...
Tak kita sama ada tua mau pun muda
Kekadang orang yang berkahwin ingin pasangannya romantik..

Jika anda seorang yang romantik...
Adakah anda sanggup melakukan sedemikian ??



Amacam??? paling romantik tak???

Notebook Brand Appel



Kenapa ..
Tak percaya...
Dapat kan segera...
?????????????????????
Di kedai-kedai komputer yang berdekatan...

Bos yang cerdik

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah Syarikat besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai dan pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit first day dia kat syarikat tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Berape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".


Pantun Aurat

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just buat syarat
Depan nampak pusat
Dari belakang nampak underwear warna dasat

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Tuesday, February 24, 2009

Perut buncit punca pendek umur

bukan aku kata, tapi kajian mat saleh yang kata yea........

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

“Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.

“Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita,” katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

“Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya,” kata beliau. - Agensi

Monday, February 23, 2009

Inilah lagu yang RTM gam.... tulisan bekas mufti Perlis


Entah kenapa lagu ini RTM gam. Ramai yang tertanya-tanya kenapa kena gam. Tiada komen untuk pertanyaan itu. Cuma, nikmati dan renungkanlah sendiri... Mungkin para pengunjung ada jawapannya sendiri...






nota:

link ke web TVutara

FORMULA 5F YAHUDI

1. Filem

Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem


2. Famili (keluarga)

Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendeadh aurat dan bergaul bebas tanpa batasan


3. Fesyen

Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa


4. Fun (hiburan)

Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan


5. Food (makanan)

Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi

Kuda makan rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"

Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"

Cikgu : "Rumputnya mana?"

Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"

Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"

Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Cerita Ayam yg MACHO...

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.

Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Pemilik ladang merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayamjalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah dia mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri. Hang tu dah tua dah, tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh..eh...eh...berlagak tul mamat sekor ni (jalak tua bercakap lam ati nyer).

Sape kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang...

O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua,
menunjukkan eksyennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan.

Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja (pantang dicabar ni).

Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk nyer)

Si ayam jalak tua : Dak'eh! Senang jer...kite buat pertandingan lumba lari.
Jalak tua tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda: Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M tapi disebabkn aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kekuatan larian extra yang mengkagumkan.

Baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik ladang ternakan Kenapa?????


[jawapan ada di bawah]









































Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM
JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku
beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT
KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL :

Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak
tric)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI
KITA..

Sunday, February 22, 2009

Berani Menyahut Cabaran

Kepada perokok-perokok tegar...
Berani menyahut cabaran
Jika anda berani silakan






Benda paling keras di dunia

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung….. Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling
keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan….

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye
logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri…

Muncullah lelaki ke-2…..

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan…..

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya… Kemudian muncul lah
lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa
pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa ben a tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket
hamba ini…

Maharaja: Hmmmm…. Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu… Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu
hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri
berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan… Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat….

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak….

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe…….

Tapi….. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe…..

BENDA ITU IALAH…… COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
AWAK INGAT APA???? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA…TAK SESUAIII TAU KORANG

New Boxing Thai


Funny Thai Boxing - The top video clips of the week are here

Saturday, February 21, 2009

Cerita lawak lama...

Aku dah baca cerita ni banyak kali...
setiap kali aku baca aku akan ketawa...
cerita ni buat tatapan kalian...


Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk
memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

Makan...

Makan makan makan...
tak habis habis dengan makan..
makan itu makan ini...
selagi mata belum pejam asyik makan jeee
lepas makan sibuk sibuk pulak nak timbang badan...
ooooh makin naik lah..iya lah..
dah kau dok asyik makan jee
mana nak kurang berat badan...

Apabila kita hendak makan jangan lupa Pesan Nabi SAW dalam hal makan memakan ni..

1. Rasulullah saw hanya makan apa yang dihidangkan sahaja. Baginda tidak meminta minta barang yang tiada.

2. Baginda saw tidak suka makan hidangan yang masih panas seperti sabdanya"

" Allah tidak memberi makanan kepada kita ,yang berupa api maka dari itu berpalinglah daripada makanan panas "(riwayat baihaki)

3. Baginda saw hanya makan apa yang berhampiran dengannya.

4. Baginda suka makan roti dengan daging,dan suka buah pear.Bahagian kambing yang digemari ialah bahagian lengan dan bahu. Bahagian yang tidak disukai buah pinggang,kemaluan,matsnah.

5. Baginda tidak suka makan bawang merah dan bawang putih.

6. Baginda tidak sama sekali mencela makanan,jika suka baginda memakannya jika tidak baginda meninggalkannya.

7. Setelah selesai baginda akan membasuh tangan hingga bersih dan baginda akan minum dengan tiga kali teguk dan tidak hirup sehingga habis.

8. Baginda tidak bernafas dalam bekas minuman,tetapi menjauhkan mulut dari bekas apabila hendak bernafas..

Ini pesan Nabi, maka amalkanlah, kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua..

Akhir sekali, beringat-ingatlah jika hendak makan pun jangan lah sampai jadi macam nii...



The Slepper

Keturunan Yang Sama


Dunia mengharapkan dengan perlantikan Obama dapat merubah perkembangan politik di amerika dan dunia...

Tetapi apa yang di harapkan ... hanya lah sia-sia.
Rupa saja lain .... benih keturunan yang sama...
Islam tetap ditindas oleh orang-orang kafir.


Friday, February 20, 2009

Tazkirah Jumaat ( FADHILAT SEDEKAH )

Ulama’ berkata: Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat.

Lima di dunia:

1. Membersihkan hartanya
2. Membersihkan badannya
3. Menolak bala dan penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amalan
5. Berkat hartanya dan diluaskan oleh Allah rezekinya

Lima di akhirat:

1. Dinaungkan oleh Allah orang yang bersedekah pada hari kiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratumustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Pak pandir tunjuk pandai...

Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih confuse sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik..'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit....
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

Thursday, February 19, 2009

Manusia Dapat Di Nilai Dari Kentutnya

Manusia Dapat Di Nilai Dari Kentutnya.. loe bisa eksperimentasi proses ini.fficeffice" />>>
>>
Gue nggak pasti kalo kalian pikir ngak sama ngan gue.. tapi ini hanya buah pikiran guwe deh...jangan ribut² sama gue nanti...~ >>
>>
1)Orang tidak jujur: orang yang selalu kentut menyalahkan orang lain
2)Orang goblok: orang yang menahan kentutnya berjam-jam
3)Orang berwawasan luas: orang yang tahu kapan bila dia harus kentut
4)Orang sengsara: orang yang ingin kentut tapi ngak bisa kentut
5)Orang misterius: kalo kentut, orang lain nggak bisa 'detect' gitu
6)Orang gugup: tiba-tiba menahan kentutnya saat kentut
7)Orang yang percaya diri: Orang yang selalu mengira kentutnya HARUM
8)Orang sadis: orang yang kalau kentut di ranjang, di kibas-kibaskan
9)Orang pemalu: orang yang kalo dia kentut tanpa mengeluarkan bunyi, tapi malu sendiri
10)Orang strategis: menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak sehingga masyarakat nggak ada yang mendengar
11)Orang *****: selalu MENGHIRUP nafas panjang untuk menggantikan kentut keluar
12)Orang kedekut: kalau kentut di keluarkan skit skit, sampai bunyi..tit..tit..
13)Orang sombong: orang yang mencium kentutnya sendiri
14)Orang ramah: orang yang senang mencium kentut orang lain
15)Orang tidak senang bergaul: orang yang kalau kentut bersembunyi
16)Orang aquatik: orang yang kalau kentut berbunyi blekutuk .blekutuk atau blub blubb gitu..
17)Orang intelek: orang yang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman
18)Orang jujur: orang yang setelah kentut berkata: "Gue yang kentut.. Ngapa sih?"
19)Orang pinter: Orang yang MAMPU membedakan kentut orang lain
20)Orang tidak beruntung: Orang lain yang kentut, dia yang disangka....kasian deh loe.>>

21)Orang gagal dalam hidup: Orang yang kentutnya siap tercirit.. waduhhh!~>>
22)Orang kompius: Orang yang nggak bisa membedakan sama ada dia kentut atau pun tidak.>>
23)Orang pencinta alam: Orang yang menggantikan kentutnya kepada sendawa..>>
>>
>>
bagaimana dengan kalian? udah tau kalian yang bagaimana ?

Bila Super Hero Dah Tak Koje





Alahai Kereta



Jangan parking ditepi pili bomba...


Sendiri mau ingat .... orang mau bikin kerja



Takut kena curi


Wednesday, February 18, 2009

HARUBIRU75

HAL DIRI AKU ( HARUBIRU75 ) YANG SEDANG MENCUBA BAGAI NAK MAMPUS CABARAN DARI SAYASEEKORARNAB...


AKHIRNYA AKU ( HARUBIRU75 ) TELAH BERJAYA....

  

Teka Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = Orang tua

Murid 2 = Guru Murid 3 = Teman

Murid 4 = Kaum kerabat

Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 = Negeri Cina

Murid 2 = Bulan

Murid 3 = Matahari

Murid 4 = Bintang-bintang

Iman Ghazali = Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 = Gunung

Murid 2 = Matahari

Murid 3 = Bumi

Murid 4 = Lautan


Imam Ghazali = Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Imam Gghazali = Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 = Baja

Murid 2 = Besi

Murid 3 = Gajah

Murid 4 = Batu

Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 = KapasMurid

2 = Angin Murid

3 = Debu Murid

4 = Daun-daun

Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang

Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Pantun apa ni...


Lebuhraya kota bersegi,

Tempat dating dara teruna,

Hodohnya ketawa org tak b'gigi,

Ibarat kota tiada kubunya.


Padi huma di bukit tinggi,

Tiba musim ia dibajak,

Melihat sang bangau sakit gigi,

Gelak terbahak penghulu katak.


Bapa gergasi menebar jala,

Pegang tali melintuk-liuk

Masakan pengerusitak garu kpala,

Melihat ahli semua mengantuk.


Buah salak di rumah tok imam,

Sirih sekapur dibawa berjala,

Anjing menyalak harimau demam,

Kucing di dapur pening kepala!!!


Ceduk air di dalam perigi,

Timbanya bertangkaikan suasa,

Jikalau kucing tak bergigi,

Alamat tikus berjoget berdansa.

Boikot.....



Di dada2 akhbar mahu pun media elektronik sering memaparkan penderitaan rakyat Plastine. Apakah peranan kita sebagai insan dan sebagai seorang muslim untuk menghentikan kekejaman Bani Israel?


Sebagai manusia yang bertamadun dan mempunyai belas kasihan. Apakah yang boleh kita lakukan? Adakah kita hanya melihat sahaja di surat khabar atau TV tanpa rasa bersalah? tanpa rasa kasihan? tanpa rasa ingin membantu? Kita tak mungkin mampu bertempur dengan senjata tapi kita mampu melakukan sesuatu. Walau pun sedikit tapi itu adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan dalam membantu rakyat Palestine.


Jadi apakah ikhtiar dan usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestine?




1.Sumbangan wang ringgit sebanyak mana yang termampu.




2.Iringan doa kepada Ilahi ajar penderitaan ini dapat ditamatkan segera.




3.Boikot barangan buatan israel dan Amerika.









Muda mudi kita tidak peka dengan penderitaan ini, mereka tanpa rasa bersalah dan simpati masih menjunjungi tempat-tempat sedemikian.Walau apa pun kita sebagai pengguna tetap mempunyai option untuk memilih atau pun tidak walaupun bukan 100%. Tetapi jika kita seorang yang muslim lagi mukmim seharus atau sewajibnya kita memboikot terus ....... kesemua barangan buatan israel dan Amerika.


Insyaallah tuhan akan memberikan ganjaran kepada kita kelak suatu hari nanti




DUN pilihanraya


1. DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam

2. DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar

3. DUN yg paling panas , DUN Pedas.

4. DUN yg paling miskin . DUN Sekupang

5. DUN yg paling muda , DUN Sri Muda

6. DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai

7. DUN yg paling basah , DUN Sg Besar

8. DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang

9. DUN yg banyak hantu , DUN Pucong

10. DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.

11. DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat

12. DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.

13. DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang

14. DUN banyak air , DUN Ampangan

15. DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

16. DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun

17. DUN paling bahaya , DUN Baling.

18. DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

19. DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung

20. DUN ada binatang , DUN Kijang

21. DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena

22. DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

Tuesday, February 17, 2009

Belajar Buat Blogspot - Step by Step di sini!




Jom Bina Blog!
1. Layari www.blogger.com

2. Sekiranya anda sudah ada Google account (gmail), anda boleh terus login di bahagian atas www.blogger.com dengan id dan password gmail anda.

3. Jika anda tidak ada Google account (gmail), boleh scroll ke bawah sedikit dan klik perkataan 'Create Your Blog Now' . Isikan maklumat yang di kehendaki dan klik butang 'Continue'.

4. Pada tahap ini, anda akan sampai ke bahagian Dashboard blog anda. Dashboard adalah ibarat center kegiatan blogging anda. Jika anda ada banyak blog, maka semua link ke blog anda akan tertulis di sini. Jika anda tidak pernah buat blog, maka tiada apa-apa akan di tulis di sini

5. Klik 'Create a Blog' untuk memulakan setup blog anda. Jangan risau, lagi 5 minit siap la blog anda

6. Isikan ruangan 'blog title-tajuk blog' dan URL idaman anda. Saya nasihatkan pilih URL yang pendek dan senang sebut serta ingat. Contohnya http://dzserai.blogspot.com

7. Isi bahagian word verification pada ruang yang di sediakan.

8. Klik continue

9. Blog dah hampir siap. Pilih template yang anda inginkan. Pilihan template boleh di ubah kemudian. Selepas pilih, klik 'Continue'

10. DONE! Your Blog Has Been Created. Dah siap dah blog anda

11. Klik start posting. Maka anda dah boleh mula berblogging. ( panduan khusus untuk mat lanun..)

Lebihnya Jika Berkulit Gelap

Pesakit ahli politik

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

Monday, February 16, 2009

Penawar tekanan Bagi Wanita?

Aku ada terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Entah betul entah tidak. .

Walau bagaimanapun menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang... .

dipetik dari majalah PA&MA... Feb 2004... kalau tak caya...

So kengkawan yang tengah stress tu ... ..bolehlah cium ketiak suami. Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang. Kalau tak jadi jangan marah kan aku pulak...


Primary Games Science

Permainan secara online...

Sesuai untuk anak-anak sekolah rendah.. Permainan ini lebih menjurus kepada mata pelajaran science. Antara permainan yang ada ialah :

* Diego' Safari Adventure
* Bugs & Insects
* Farm Animals
* Fruits & Veggies
* Amazing Food Detective

Jika anda berminat boleh Klikk di

Primary Games Science

Selamat mencuba ...






Mana Yang Hebat

Pada pandangan tuan puan mana yang lebih hebat


3 Year Old Good Drummer - The best video clips are here

kagum ngam budak nii kecil-kecil dah pandai pukul drum.

atau



Dua tahun dah boleh pukul bola golf

atau



Baru dua tahun dah pandai berenang

atau



Menghafaz al quran di usia 4 tahun.. anda boleh buat?

tenung-tenung dan fikir-fikirlah mana yang lebih hebat..



Sunday, February 15, 2009

SuAmI, IsTeRi Dan CeRmiN

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri
orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dia orang ni dibina di atas
pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan
di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah
hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawa balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya

tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik

tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je
bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni
taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang
perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Gila Bola

Bola....
terlintas dalam fikiran.. tentu bola sepak saja. Pada hal , macam-macam jenis bola ada antaranya bola sepak, bola keranjang, bola tampar, bola jaring dan macam-macam bola lagi.

Bak kata coca cola ( jangan minum coca cola )

Tidur bola, makan bola, cakap bola, tengok bola, hantu bola,mandi bola, tendang bola, bola satu ke bola dua dan bolaaa bolaaa bolaaa

Apa-apa pun aku tak minat tonton bola.

Kalau lah minat bola pun jangan lah sampai jadi macam niii





Ole-Ole dari Bota

Selama 5 hari aku di Bota..... ( kejohanan ragbi rimau MSSPk ), sempat aku beli oleh-oleh sikit. Nak beli banyak2 almaklum lah.. hujung bulan.. duit tinggal ciput jee.
Jadi aku beli baju nii.. harga dia RM 35.00 sehelai. Mahalnya.... ( fikir punya fikir aku pun ambil jugak ) Mula-mula ambil saiz S.. ingatkan dah kecil... rupa-rupanya sais S baju ni besar ( bukan standard saiz orang Malaysia ) Aku tanya kat taukeh, ada saiz kecil .. dia pun tunjuk saiz XXS.. ( dalam kepala otak aku ada juga saiz XXS ) . Aku pun rembat sehelai...



Dah beli kat diri sendiri... terpikir kat anak-anak pulak. Aku belek2 apa benda yang murah....
Jumpa juga... beg ni nak jee simple ttp 10 ringgit satu. Nak beli satu takut berebut aku ambil 2... melayang duit aku 20 ringgit

Dah beli beg itu tak cukup lagii , ada lagi 2 orang belum dapat ( anak ada 4 orang ) itu pun belum kira ngan anak mata, anak tekak.....
Bekas air ni aku ambil dua. Nak beli satu RM 15, taukeh tu kata " ambil satu RM15, dua kalo RM 20 ". Kesimpulannya aku ambil 2 botol.




Akhirnya dapat juga anak-anak aku ole-ole. Teringat pulak kat bini... aku tak beli apa2 pun.
Nak beli tak ada benda yang sesuai... duit balance ada RM 50.00 .. aku bagi ajee duit tu kat dia.

Selesai... kalau tak penat aku.

Wasiat Rasulullah S.A.W. Kepada Saiyidina Ali

Janganlah kamu tidur sebelum melakukan 5 perkara:

1. Baca Al- Quran kesemuanya

2. Bersedeqah sebanyak 4000 dirham.

3. Menziarahi ka'abah.

4. Jagalah tempat kamu di syurga.

5. Hendaklah kamu memaafkan kesalahan orang yang melakukan kesalahan.


Bagaimanakah akan mampu di lakukan ke semua perkara tersebut?

Maka Sabda Rasulullah S.A.W.:


1. Bacalah surah Al-Ikhlas 3 X = baca Al-Quran kesemuanya.

2. Bacalah surah Al-Fatihah 4 X = bersedeqah 4000 dirham.

3. Bacalah Lailaha Illallah 10 X = Menziarahi Ka'abah.

4. Bacalah Lahaulawala Quwwatailla Billah 10 X = kamu menjaga tempat kamu di syurga.

5. bacalah istighfar 10 X = kamu memaafkan kesalahan orang yang melakukan kesalahan.

Anti Virus Avast


Aku ingin berkongsi lagi koleksi anti virus yang aku ada. Kali ni... pula anti virus avast. Kau orang boleh download.. guna pc atau notebook kau orang. Tak kira program vista atau window semua boleh...

Ciri-ciri Anti Virus Avast :

- Antivirus kernel
- Simple User Interface
- Enhanced User Interface
- Resident protection
- Script Blocker (Professional Edition only
- P2P and IM Shields
- Network Shield
- Web Shield
- Automatic updates
- PUSH updates
- Virus Chest
- System integration
- Command-line scanner
- Integrated Virus Cleaner
- Support for 64-bit Windows / Vista
- Internationalization

Download

Saturday, February 14, 2009

Peminat Roti Canai...!!!


Seorang sahabat yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya
sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.

Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.

Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Sendiri mau ingat leeee...


Related Posts with Thumbnails