Waktu Solat

Saturday, May 29, 2010

20 amalan murah rezeki


Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyak istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah SWT

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

12. Melazimi kekal berwuduk

13. Bersedekah

14. Melazimi solat malam (tahajud)

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Thursday, May 27, 2010

Versi Lagu Kedah Hijau Kuning









Lima Perkara Perosak Hati



Jagalah hati sebaik-baiknya. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati daripada kerosakan adalah wajib.

Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara:

1- Bergaul dengan semua orang tanpa sebenar.

2- Berangan-angan kosong.

3- Bergantung kepada selain ALlah.

4- Kekenyangan.

5- Banyak tidur.


Keterangan Lanjut Klik Di Sini


Monday, May 24, 2010

Keajaiban Matematik Didalam Al-Quran


Dr Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain, iaitu jumlah kata-kata untuk laki-laki dan perempuan adalah sama.

Walaupun ini masuk akal secara matematik, fakta mengejutkan adalah bahawa jumlah kali kata orang muncul dalam Quran adalah 24 dan berapa kali muncul kata wanita juga 24, oleh kerana itu tidak hanya ini ungkapan yang benar dalam pengertian gramatikal tetapi juga benar secara matematik: 24 = 24.

Setelah analisis lebih lanjut berbagai ayat, ia menemukan bahawa ini adalah konsisten sepanjang turun Quran, di mana ia mengatakan satu hal seperti yang lain. Lihat di bawah untuk mendapatkan hasil menakjubkan: –

Jumlah perkataan di dalam Al-Quran:
Dunia 115 . Akhirat 115
Malaikat 88 . Syaitan 88
Hidup 145 . Mati 145
Manfaat 50 . Korup 50
Manusia 50 .Rasul 50
Iblis 11 . Carilah perlindungan dari Iblis 11
Musibah 75 . Terima kasih 75
Sedekah 73 . Kepuasan 73
Orang yang disesatkan 17 . Orang Mati 17
Muslimin 41 . Jihad 41
Emas 8 . Kehidupan senang 8
Magik 60 . Fitnah 60
Zakat 32 .Barakah 32
Fikiran 49 . Cahaya 49
Tongue 25 . Sermon 25
Berani 8 . Takut 8
Public speaking 18 . Publicising 18
Hidup susah 114 . Bersabar 114
Lelaki 24 . Perempuan 24

Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul: – Solat 5; 12 Bulan; Hari 365;
Laut 32, Tanah 13; Laut + tanah = 32 13 = 45% Laut = 32/45 * 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 * 100 = 28,88888889 = 100.00
Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah ini suatu kebetulan?
Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini?
Allah, Yang Maha Kuasa Semua mengajarnya ini. Sebagaimana Quran mengatakan kepada kita

Friday, May 21, 2010

Untuk Wanita2 Seluruh Dunia....... !


1. "Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

13. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

14. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

16. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

17. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

18. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

19. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah

Wednesday, May 19, 2010

Lapan Tanda Amalan Ikhlas Kerana Allah


Ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:

Pertama, takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya ia seorang yang berkebolehan. Kerana ia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata.

Kedua, orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.

Ketiga, lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, ia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat.

Keempat, baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan.

Kelima, tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah Taala.

Keenam, suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya, semuanya kerana Allah Taala dan agamanya.

Ketujuh, ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat dapat memetik hasil dan lambat mencapai kejayaan.

Kelapan, gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya.

Monday, May 17, 2010

Sajak Untuk Guru - KENANGI




Hayati bait-bait sajak ini.....

Dan Renunglah dimana niat kita jika kita seorang guru...

Fikir-fikirkanlah ....

Tepuk Dada tanya Iman....

Terima Kasih Cikgu ! Layakkah Aku....?


Dua hari telah berlalu
Email, SMS, MMS masih bertamu
Kad dan nota juga tak jemu
Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu!
Tapi.... Layakkah Aku?


Setengah tahun hampir bettemu
Berapa waktu ku biarkan berlalu
Murid di kelas tanpa guru
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Hari-hari ke kelas tak mementu
Kekadang lewat, bukan selalu
Ku biar murid terus menunggu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Kerja rumah ku beri murid tak laku
Ingin ku marah bimbang jawatanku
Nanti hilang dek saman malu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Murid berkelahi bukan tugas ku
Biar guru disiplin jadi penentu
Tugas ku hanyalah tugas ku
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru.................



A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Thursday, May 13, 2010

11 jenis manusia didoa malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.

Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.

Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin dicoretkan di sini.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Tuesday, May 11, 2010

Sepuluh Jenis siksaan yang Menimpa Wanita


Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Isra dan Mi'raj, membuat Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mau melindungi rambutnya dari dilihat lelaki lain.

Siksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan dari punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Beliau juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kalajengking. Mereka adalah perempuan yang dapat shalat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak berwudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci setelah habis haid dan nifas.

Selain itu, Beliau melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Beliau juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Siksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala: censored: dan badannya pula seperti keledai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kalajengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Sunday, May 9, 2010

Dosa-Dosa & Facebook





Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.


Untuk keterangan lanjut baca kat sini

Thursday, May 6, 2010

Software Azan Pro




Software azan ni versi kedua.....

Perisian ini akan mengingatkan kita setiap kali waktu solat..

Anda berminat ??????

Download kat sini

Wednesday, May 5, 2010

Tujuh golongan dapat perlindungan Allah


RASULULLAH s.a.w pernah bersabda; terdapat tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t pada hari akhirat, apabila semua manusia dan makhluk dibangkitkan, iaitu :
  • pemerintah yang adil,
  • pemuda membesar dalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah.
  • Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kemuliaan masjid,
  • dua orang lelaki yang berkasih-kasihan semata-mata kerana Allah,
  • lelaki digoda perempuan cantik lagi berkedudukan bagi melakukan kemungkaran sedangkan lelaki berkenaan menolak pujukan dan rayuan wanita berkenaan, semata-mata kerana takut azab Allah kerana melakukan perbuatan terkutuk itu.
  • Lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah dengan tangan kanannya, sedangkan tangan kiri tidak mengetahuinya dan
  • lelaki yang basah mulutnya kerana berzikir pada malam hari ditemani kesunyian, sambil memohon ampun ke hadrat Ilahi akan dosa lampau serta memohon keampunan menerusi pelbagai ibadat, termasuk zikir, munajat, tahmid, tasbih, solat dan membaca al-Quran.

"Kita semua adalah pemimpin. Seorang bapa pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya di rumah.

Guru pemimpin kepada generasi pelajar yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa depan.

Pemerintah pemimpin kepada seluruh rakyat jelata.“

Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan amanah untuk dilaksanakan bagi memastikan orang di bawah pimpinannya memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa memastikan anggota masyarakat setempat terhindar daripada ancaman moden, termasuk masalah dadah, pergaulan muda-mudi melampaui batasan, Internet dan hiburan melalaikan.

Monday, May 3, 2010

Pantun Mari Sembahyang


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa bolehHalang!!!

Sunday, May 2, 2010

Sebab Turunnya Bala


Pernahkah anda berfikir mengapa Manusia ditimpakan bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Saturday, May 1, 2010

Kelebihan wanita


Usahlah anda mengeluh jika dilahirkan sebagai kaum hawa kerana disebalik lemahnya kaum hawa tersembunyi seribu satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh kaum adam.

1) Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.

2) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

3) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

4) Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

5) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka para malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

6) Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

7) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

8) Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

9) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratya iaitu memakai purdah di dunia dengan istiqamah.

10) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Related Posts with Thumbnails