Waktu Solat

Saturday, January 29, 2011

15 Pintu Dan 15 Senjata




15 Pintu Syaitan Yang Ada DiDalam Diri Kita
- pintu marah

- cinta dunia

- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)

- suka berangan angan kosong

- tamak

- bakhil

- suka pada pujian

- riak atau sombong

- ujub (merasa kagum)/takbur

- takut dan gelisah

- buruk sangka

- memandang rendah pada orang lain

- suka akan dosa

- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"

- putus asa daripada rahmat "ALLAH"



15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

- Banyakkan berzikir

- Banyakan Beristigfar

- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"

- Jangan tidur berseorangan

- Baca doa pagi dan petang

- Bersugi

- Melaksanakan solat jemaah

- Berwudhuk sebelum tidur

- menutup aurat

- Membaca doa masuk tandas

- Banyak berselawat pada hati

- Bertaubat, beristighfar

- Banyakan baca Al-Quran

- Membaca surah Yassin setiap pagi

Thursday, January 27, 2011

Jom Pee Mengundi ...!



Tengok dan teliti gambar.....

Nilailah sendiri..... Tepuk dada tanya iman...

Mana yang lebih TENANG...

Renung2 dan fikirlah sendiri

HIDUP Pakatan Rakyat...

ALLAH-HU-AKBAR الله أكبر

Wednesday, January 26, 2011

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya.. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Tuesday, January 25, 2011

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Sunday, January 23, 2011

10 jenis makanan antikolestrol


1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Saturday, January 22, 2011

10 jenis solat tidak diterima.....


RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

Rasulullah bersabda: “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah, antaranya:

Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

Orang lelaki mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
Orang lelaki menjadi imam, padahal orang menjadi makmum membencinya.

Orang lelaki melarikan diri.

Orang lelaki minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

Orang suka makan riba.

Orang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Friday, January 21, 2011

10 Peringatan Bumi kpd Manusia


ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.


Beliau berkata, saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas mati.

Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

Wahai anak Adam!

(1)Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan dimasukkan ke
dalamnya kelak!

(2)Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan
diazab dalam perutku!

(3)Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan menangis di dalam
perutku!

(4)Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan kecewa
dalam perutku!

(5)Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan
menyesal dalam perutku!

(6)Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingat, engkau
akan dimakan oleh ulat dalam perutku!

(7)Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dihina dalam
perutku!

(8)Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan
jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita!

(9)Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku,
tetapi ingat, engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku!

(10)Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingat, engkau akan
keseorangan di dalam perutku!

Thursday, January 20, 2011

ISLAM MEMENTINGKAN KASIH SAYANG


Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.


Huraian :-

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.

ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.

iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman


4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Tuesday, January 18, 2011

Terjemahan Al-Quraan di dalam Bahasa Melayu






Sesiapa yang ingin membaca terjemahan Al-Quraan di dalam Bahasa Melayu...?

Kalau berminat anda bolehlah melawati laman niii


Klik di http:www.salindah.com

Monday, January 17, 2011

7 Orang Yang Akan Dapat Perlindungan


Tujuh golongan yang akan diberi perlindungan oleh Allah di dalam perlindunganNya sendiri pada hari yang tidak ada lagi perlindungan kecuali perlindungan Allah itu:

1. Imam yang adil

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam ibadat kepada Allah.

3. Seorang yang hatinya sentiasa terikat kepada masjid.

4. Dua orang yang bercinta dan mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah, berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki dirayu oleh serang perempuan cantik dari tingkat yang tinggi , lalu dijawabnya:
"Aku takmahu! Aku takut kepada Allah.

6. Seorang yang bersedekah, disembunyikannya sedekat itu sehingga tangan kirinya pun tak tahu berapa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.

7. Seorang yang termenung duduk sendirian, lalu teringatlah dia kepada Allah, sehingga berlinanglah air matanya.

Sunday, January 16, 2011

Untuk kaum Hawa


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...
KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..
MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..
oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..

Saturday, January 15, 2011

Tips untuk baiki solat kita


2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba-hambanya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul-betulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua-dua tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga). ( utk muslimah )

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati
badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua-dua tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu". ( utk sembahyang seorang diri )

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua-dua tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang
terbuka di antara kedua-dua tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar
menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung di letakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") . Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok-elok duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua-dua kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak.

Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Friday, January 14, 2011

Aku Bimbang.......... !

Maha Suci Engkau, Allah...

Aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika bicaraku tidak membuatkan mereka gembira lalu Engkau menjadi marah kepadaku.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika bicaraku membuatkan mereka berduka lalu Engkau menjadi marah kepadaku.

Ya, Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika bicaraku menyakiti hati mereka lalu Engkau menjadi marah kepadaku.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika aku tidak dapat melayani kehendak mereka lalu Eangkau menjadi marah kepadaku.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika bicaraku kelihatan baik tetapi sebenarnya ****** lalu Engkau menjadi marah kepadaku.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika bicaraku menarik hati mereka sedang sebenarnya sia-sia lalu Engkau menjadi marah kepadaku

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika bicaraku mengajak mereka kepada kemungkaran lalu Engkau menjadi marah kepadaku.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika diamku dianggap sombong oleh mereka lalu Engkau menjadi marah kepadaku.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika diamku menimbulkan fitnah lalu Engkau menjadi marah kepadaku.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika aku berbicara terhadap mereka lalu Engkau marah terhadapku kerana bicaraku itu.

Ya Allah, aku bimbang berhadapan dengan orang...
Jika aku diam terhadap mereka lalu Engkau marah terhadapku kerana diamku itu.

Ya Allah bagaimana aku ini, ya Allah bagaimana aku ini, ya Allah bagaimana aku ini???...

Aku pohon hidayah-Mu ya Allah...
Lindungilah aku dengan rahmat-Mu...
Pilih aku dengan kasih sayang-Mu...
Tetapkanlah aku dengan cubaan-Mu...
Demi sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Menguasai segala sesuatu...
Dan kuakui aku tidak punya apa-apa...
Melainkan kelalaian atas kesombongan diriku sendiri...
Selainnya adalah milik-Mu jua...
Jadikan aku ini sebagaimana kehendak-Mu...
Lalu aku serahkan segalanya kepada-Mu...
Terimalah aku, terimalah aku, terimalah aku....

Thursday, January 13, 2011

Sajak Imam Bukhari r.a


Di kala malam yang sunyi sepi
Bani insan tengah tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk datang menghadap-Mu tuhan

Lemah lututku berdiri
di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran-Mu

Tuhan
Hamba tidak pasti
bagaiman penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji
untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad Rasul-Mu
yang mulia itu ada nyatakan:
Ampunan-Mu Tuhan lebih besar
dari kesalahan insan
hamba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah..

Tuesday, January 11, 2011

Ingin selamat dari seksa kubur....?


Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa

kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:"


1. Mejaga sembahyang 5 waktu.

2. Banyak bersedekah.

3. Banyak membaca Al Quran.

4. Banyak bertasbih.


Dan hendaklah ia meninggalakan:

1. Meninggalkan dusta.

2. Meninggalakan sifat khianat.

3. Meninggalkan sifat mengadu - domba.

4. Mejaga Kencing.

Monday, January 10, 2011

Istimewanya wanita ...


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yg penyayang tidak


Istimewanya Wanita


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yg penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.


3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Sunday, January 9, 2011

Hikmah sujud menurut keterangan perubatan


Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.

9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.

10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.

11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.

13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.

Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Friday, January 7, 2011

JANJI ALLAH

Orang Islam akan menguasai Bumi ini dengan syarat ia perlulah Beriman dan Beramal Soleh walaupun nyawa mereka itu diancam dari ancaman musuh Islam itu. Sehinggalah perasaan takut itu menjadikan keadaan aman bagi orang yg beriman dan beramal soleh, demi menegakkan hukum-hukum Allah. Bahkan mereka tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Termasuklah hukum manusia utk manusia adalah terkandung maksud ayat tersebut. Apabila ini dapat dibersihkan,insya Allah…Islam kembali menguasai dunia ini. Dan inilah babak ngeri bagi tali barut musuh Islam takuti, kalau-kalau perkara ini terjadi, musuh Islam lintang pukang kembali kpd Islam utk menjadi orang Islam atau musuh Islam akan mati dlm kekafirannya.

Wahai musuh Islam,
hari ini kamu berdabik dada kerana berjaya membunuh sekelian umat Islam,
berasa bangga dpt memikul harta umat Islam dan berlagaklah kamu,
wahai musuh Islam…untuk hari ini.

Tapi ingatlah wahai musuh Islam,
Hari besok,
Belum tentu milik kamu,
Adat hidup didunia,
Setiap yg berawal pastinya ada akhirnya
Setiap yg tarikh lahir pastinya expire date –nya.
Setiap yg ada sijil kelahiran pastinya ada sijil kematiannya

Begitu jugak,
Begini jugak,
Sistem-sistem pikulan kamu itu,
wahai musuh Islam,
Akan hancur berkecai yang tiada penyokongi,
Bagaikan nangka busuk yang jatuh tanpa ada yang menyambutnya.

Yang jijik lagi dihinakan,
Lihatlah kepincangan sistem-sistem musuh Islam,
lihatlah kemusnahan yang timbul,
Manusia semakin hari memahami kedonggengan sistem-sistem kamu pikulkan.

Bagaikan retak menunggu belah,
Bagaikan nangka busuk menanti jatuh,
Sekuat mana dari kekuatan kamu sediakan,
Untuk menahan Islam kembali berkuasa dibumi ini,

Tidak! Tiada! Tak mungkin!
Pastinya janji Allah kepada kami (kaum muslimin),
Pastinya benar belaka……
Pastinya terjadi dan tetap berlaku…..

Wednesday, January 5, 2011

Fadhilat Istighfar





Fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1) Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

Monday, January 3, 2011

Pelik negara ku Malaysia!!!!!!!!!!!!!!


Pelik dan ajaib.....

Negaraku Malaysia !!!!!

Apa yang tak peliknya ???

Negara kita pengeluar minyak petroleum........ ttp minyak negara kita mahal ?

Negara kita pengeluat minyak masak ( kelapa sawit ) ...... ttp minyak masak tak ada ?????

Negara kita membina kereta nasional... ttp kereta kita mahal dalan negara sendiri????

Negara kita ada beberapa negeri jelapang padi ..... ttp beras kita mahal dan depoh beras tak stok???

Negara kita ada beberapa ladang tebu terbesar.... ttp gula tetap mahal???

Entah laaaa apa nak jadi dengan negara kita....!

Pelik...pelik.....?

Sunday, January 2, 2011

Rancangan Tahunan

cikgu-cikgu mai sedut rancangan tahunan dari

Portal Rasmi SK KG TITINgan.....


sila klik kat SK KG Titingan


ribuan teruma kasih diucapkan kepada admin Portal SK Titingan.

Saturday, January 1, 2011

Siapakah Sahabat Syaitan



1. Orang kaya yang sombong.

2. Peminum arak.

3. Hakim yang tidak adil.

4. Peniaga yang tidak jujur.

5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.

6. Orang yang meremehkan sembahyangnya.

7. Orang yang menganiaya, menzalimi dan memakan harta anak yatim.

8. Orang yang beramal kerana ingin mendapatkan pujian dan nama.

9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.

10. Penghasud dan pendengki bila orang lain mendapat kesenangan

Siapakah Musuh Syaitan


1. Rasulullah s.a.w.
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat diatas dosa dan setiap kesalahannya.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.

6. Orang beriman yang banyak melakukan sedekah jariah.

7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk dan menjaga wuduknya.

9. Orang beriman yang sentiasa tidak berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang haram.

10. Orang beriman yang sentiasa menjaga sembahyangnya dan melakukannya dengan penuh khusyuk.

11. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al Quran.

12. Orang kaya yang sentiasa merendah diri.

13. Orang yang bangun sembahyang di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.

14. Peniaga yang jujur dan tidak pernah menipu akan sukatan timbangannya.

15. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil

Related Posts with Thumbnails