Waktu Solat

Thursday, March 31, 2011

Adab Sopan Santun Keluarnya Wanita dari Rumahnya


Wajib bagi wanita untuk beradab sopan santun spt garis panduan ini:

[1] Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah.

[2] Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian).

[3] Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki.

[4] Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat.

[5] Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun.

[6] Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu.


[7] Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu.


[8] Dan jika dia terpaksa harus bicara dgn seorang lelaki atau untuk meminta sesuatu, misalnya, maka wajib baginya untuk tidak merendahkan (mendesahkan) suaranya dengan mendayu-dayu.


[9] Jangan memakai pakaian yg glamour yang akan membuatkan pandangan orang terfokus padanya.

[10] Hendaknya tidak terlalu banyak keluar kecuali kerana memang dalam keadaan terpaksa.

Wednesday, March 30, 2011

Andai Isterimu Menangis...


Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.................!

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya2!

* Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis krnmu, tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jng menyia-nyiakannya. Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

* Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh ke dlm matanya. Dptkah kaulihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya
karenamu ?



Tuesday, March 29, 2011

Rahsia Tidur Rasulullah S.A.W.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Monday, March 28, 2011

Fakta Mengenai Air


Makhluk hidup mana yang tidak memerlukan air, dari yang bergerak mahupun yang tidak bergerak setiap makhluk hidup pasti memerlukan air untuk hidup. Berikut adalah beberapa fakta tentang air:

-Jumlah air di bumi sama seperti pertama kali terbentuk. Jumlah keseluruhan air di planet kita masih tetap sama selama 2 juta tahun. Jadi air yang anda minum memilki molekul air yang pernah diminum oleh manusia manusia terdahulu.

-Dalam waktu 100 tahun, sebuah molekul air menghabiskan 98 tahun di laut, 20 bulan seperti ais, sekitar 2 minggu di danau dan sungai, dan kurang dari seminggu di atmosfera.

-Air adalah satu-satunya substansi yang ditemui secara meluas di bumi dalam 3 bentuk: cair, gas, pepejal.

-80% air bumi adalah air permukaan. 20% lainnya adalah baik air tanah atau wap air atmosfera. Dari semua air di bumi, hanya 2,5% air tawar. Lebih dari 90% dari air masin dunia terletak di Antartika.

-Jumlah air di bumi memiliki volume sekitar 344 juta kilometer kubik. 315 juta kilometer kubik air laut.
1. 9 juta mil kubik air tanah dalam wap.
2. Posisi 7 juta mil kubik beku dalam ais di kutub.
3. 53.000 kilometer kubik air melewati danau planet dan sungai.
4. 4.000 kilometer kubik air kelembaban atmosfera.
5. 3.400 kilometer kubik air terkunci di dalam tubuh makhluk hidup.

-Jumlah total air dalam tubuh orang dewasa rata-rata adalah 37 liter.
1. Otak manusia adalah air 75%.
2. Tulang manusia adalah 25% air.
3. Darah manusia adalah air 83%.

-75% dari ayam adalah air. 80% dari nanas adalah air. 95% dari tomato adalah air. 70% dari gajah adalah air.

-Setiap hari, matahari menguapkan 1 trilion ton air. 1 pohon akan mengeluarkan 265 liter (70 galon) air per hari dalam pengwapan. Satu biji jagung akan mengeluarkan 15.000 liter (4.000 galon) air per hari dalam pengwapan.

-2/3 dari air yang digunakan di rumah digunakan di kamar mandi.

Saturday, March 26, 2011

Ghutuh Beghudung

Hargai Penat Lelah , Pengorbanan Isteri


SUAMI tidak sahaja mengharapkan layanan terbaik daripada isteri . Sebagai lelaki yang juga pemimpin rumah tangga , perlulah bersedia menghargai penat lelah isteri . Begitu juga dengan pengorbanan para isteri ,sentiasa kena ingat dan bersyukur kepadaNya dianugerahi isteri yang baik .

Kepada suami dan bakal isteri , pertimbangkan petua yang dibekalkan ini . Mudah-mudahan , ia berguna dan memberi cahaya kebahagiaan di dalam rumah tangga .

* Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri terutama isteri yang bekerja.Seelok-eloknya bahagikan sama rata,isteri bayar bil air ,suami bayar bil elektrik

* Bila isteri bercakap,pandang mukanya dan dengar dengan teliti

* Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda

* Jangan memaksa isteri melakukan seks jika keletihan atau tiada keinginan

* Kalau pasangan sudah mempunyai anak,sama-samalah menjaga anak.

* Jangan sekali-kali tersandar depan tv atau relak macam bos besar sedangkan isteri apabila balik dari kerja terus kedapur memasak,mengemas ,membasuh dan sebagainya

* Sekiranya suami makan dulu,tinggalkan lauk untuk isteri.Jangan apabila sampai giliran isteri yang tinggal hanya ekor ikan,janggut sotong atau ekor taugeh

* Kalau mahu pelawa kawan datang bertandang maklumkan kepada isteri terlebih dahulu.Kalau boleh awal supaya isteri dapat menyediakan makanan dan mengemas rumah

* Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya .Bagi wanita hal ini sangat sensitif

* Hormat keluarga , perasaan ibubapa isteri anda.Jangan sekali-kali memburukkan isteri anda di hadapan ibu bapanya walupun secara bergurau

Friday, March 25, 2011

Kelebihan menghafaz al-Quran


Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

Ganjaran di dunia.
Ganjaran di akhirat.


Ganjaran di dunia

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :

Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda. Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Wednesday, March 23, 2011

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Tuesday, March 22, 2011

Lima jenis sabar


SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian.

Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

" (Ali-Imran:200)Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan

Monday, March 21, 2011

10 KATEGORI SOLAT

Firman Allah swt yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar" dan sekiranya solat yang kita kerjakan tidak mampu mencegah diri kita dari melakukan maksiat, maka rujuklah kembali solat kita akan kesempurnaannya.

1. Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam tetapi engkar baginya bahkan langsung tidak pernah mendirikan Solat sepanjang hayat

2. Seseorang yang Solah bermusim 2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardu mengamalkan yang sunat.

3. Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan ini.

4. Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa roh.

5. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.

6. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.

7. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah khusyuk lahir batin akan tetapi masih belum berasa nikmat kesedapan beribadah.

8. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin.

9. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.

10. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.Dapat merasakan nikmat kehadiran Allah SWT dihadapan dirinya.Maka terbuka hijab dimulai dari takbiraul Ihram hingga selesai memberi salam.

Saturday, March 19, 2011

Kesilapan Yang Selalu Wanita Buat Tentang Aura


Aurat wanita adalah dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat² yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan di lihat oleh orang² yang jahat hatinya.



Kesilapan Yang Selalu Wanita Buat Tentang Aurat...

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

9. Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

10. Bertudung tetapi memanja-manjakan suaranya ketika bercakap dengan lelaki. Menyanyi dan menasyid, tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya...

kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Thursday, March 17, 2011

Menutup BUKAN Membalut


“ Dan katakanlah ( wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman : hendaklah mereka menahan( sebahagian) daripada pandangan mereka ( daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka , dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka , kecuali yang ( biasa) nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka , dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka , atau wanita-wanita Islam , atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan .

Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai oang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan , kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki .” ( surah An-Nur ayat 31)

Wednesday, March 16, 2011

Hilangkan Sifat Takabbur


Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

i

Tuesday, March 15, 2011

4 Masa Didunia


Sabda Nabi s.a.w. memetik sabda Nabi Ibrahim a.s. maksudnya: “Sewajarnya bagi setiap orang berakal, selagi akalnya tidak hilang, ia patut membahagikan masanya kepada empat bahagian:
  • 1.) Masa untuk seseorang itu bermunanjat serta melafazkan zikirnya kepada Maha Penciptanya
  • 2.) Masa untuk seseorang itu bermuhasabah dirinya sendiri.
  • 3.) Masa untuk berfikir (tafakur) tentang kehebatan kejadian makhluk Allah
  • 4.) Masa untuk seseorang memberikan tumpuannya pada kerja sehariannya bagi memenuhi keperluan hidupnya dan bagi orang-orang yang di bawah tanggungannya.”

Monday, March 14, 2011

Jangan Ada Benci


Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

Saturday, March 12, 2011

Untuk Suami...!


Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan
memu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya




pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh

Friday, March 11, 2011

10 kunci kejayaan dunia dan akhirat


1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.

2. Kunci kemenangan adalah sabar.

3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.

4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.

5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.

6. Kunci maksiat adalah kesombongan.

7. Kunci solat adalah taharah.

8. Kunci ibadah haji adalah ihram.

9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.

10. Kunci syurga adalah tauhid.

Thursday, March 10, 2011

Siapakah orang yang..............?


Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan .

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Wednesday, March 9, 2011

Suami perlu sabar membimbing isteri


Fikrah: SUAMI tidak boleh membenci isterinya atau sampai menceraikannya, hanya kerana satu tingkah laku isteri yang tidak menyenangkan. Sebaliknya, dia dituntut mengambil kira perilaku lain isterinya yang menyenangkan, sebelum membuat sebarang keputusan. Sabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, bermaksud: "Sesungguhnya, orang perempuan itu dicipta dari tulang rusuk. Dia tidak akan boleh lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu dapat kepuasan darinya, padahal dia tetap bengkok.

Dan jika kamu hendak meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan, sedangkan mematahkan (bererti) menceraikannya." (Hadis riwayat Muslim) Hadis itu menggambarkan tingkah laku perempuan atau isteri yang sejak lahir, memang dipengaruhi oleh sifat-sifatnya yang asal. Betapa rumit dan sukarnya mendidik wanita. Jika dididik dengan kasar, maka akan patah (gagal). Kalau dibiarkan, maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh itu, dalam mengendalikan urusan dengan isteri, seorang suami harus sabar dan bijaksana, tahu masalah dan keadaannya.

Jangan terlalu berkasar atau berlembut dalam mendidik isteri. InsyaAllah, dia akan diberikan ganjaran kejayaan seorang isteri yang salih. Seorang isteri pula, di samping taat kepada Allah, perlu taat kepada suaminya. Jika kedua-dua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Isteri itu akan dipersilakan masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Sabda Rasulullah, maksudnya: "Jika seorang perempuan sembahyang lima waktunya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari pelbagai pintu yang dikehendakinya."


Tuesday, March 8, 2011

20 PERKARA JANGAN


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal, kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan (EKSIDENLAH!)

Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya

Friday, March 4, 2011

10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.

Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.

Prinsip tulus ialah â€Å“berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.

Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).

Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.

Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.

Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.

Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.

Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Wednesday, March 2, 2011

Kita Dan Ibu


Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu

- KETIKA BERUSIA SETAHUN
IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

- APABILA BERUSIA 2 TAHUN
IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

- MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN
IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

- KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

- BERUSIA 5 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

- SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

- APABILA BERUSIA 7 TAHUN
IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

- MENJELANG USIA 8 TAHUN
IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

- KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

- BERUSIA 10 TAHUN
IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

- APABILA BERUSIA 12 TAHUN
IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

- MENJELANG USIA 13 TAHUN
IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP
AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

- KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

- BERUSIA 15 TAHUN
IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN
DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

- MENJELANG USIA 18 TAHUN
IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

- KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN
PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

- BERUSIA 20 TAHUN
IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA,
KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

- SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

- APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH
BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

- MENJELANG USIA 24 TAHUN
IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH?."

- KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

- PADA USIA 30 TAHUN
IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA
MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

- KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI
KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

- APABILA BERUSIA 50 TAHUN
IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA
MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

- DAN KEMUDIAN SUATI HARI
KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH
DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG
....
Related Posts with Thumbnails