Waktu Solat

Tuesday, May 31, 2011

7 hal agar selalu takut kepada Allah

Abu Al-laits sebagaimana Imam Al-Ghazali dalam “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk melakukan 7 hal agar selalu takut kepada Allah:

1. Takut kepada lidah.

- Mencegah lidahnya dari perkataan dusta, menfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna. Sebaliknya ia menggunakan pada jalan berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu.

2. Takut kepada kalbu.
- Mengeluarkan dari dalam hatinya rasa permusuhan, kedengkian, dan
hasad dengki.Ini kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan, sebagaimana hadith jujungan mulia: “Hasad dengki memakan kebaikan seperti api membakar daun kering”

3. Takut pada pandangan.
- Tidak memandang sebagaimana perkara-perkara yang diharamkan
Allah. Sebaliknya, ia mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya pada hari kiamat Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.”

4. Takut pada perut.
- Tidak memasukkan ke dalam perutnya segala makanan dan minuman
yang haram. Sebagaimana hadith yang bermaksud: “Apabila satu suap makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap malaikat di bumi dan langit melaknatnya selama suapan berada di dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahanam.”


5. Takut pada tangan .

- Tidak menggunakan kepada jalan kemungkaran. Sebaliknya pada jalan yang diredhai Allah. Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w : “Allah s.wt membangunkan sebuah rumah itu 70 ribu buah rumah yang masing-masing memiliki 70 ribu kamar. Tidak ada orang yang dapat memasukinya kecuali orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana Allah.”

6. Takut pada kaki.

- Tidak berjalan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Sebaliknya ia bejalan pada ketaatan dan keredhaan Allah serta dalam bergaul dengan para ulama.

7. Ketaatan.-
Menjadikan ketaannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah serta takut akan riak dan kemunafikan. Apabila melakukan hal itu, termasuklah ia dalam orang-orang yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya di dalam surah At-Thur ayat 17 dan surah Az-Zukhruf ayat 35.

Monday, May 30, 2011

Sepuluh sebab pembatal syahadah


Sepuluh Pembatal Keislaman itu ialah:

1. Syirik

2. Murtad

3. Tidak mengkafirkan orang kafir

4. Meyakini kebenaran hukum thaghut

5. Membenci sunnah Rasul, meskipun diamalkan

6. Mengolok-ngolok agama

7. Sihir

8. Menolong orang kafir untuk memerangi kaum muslimin

9. Meyakini bolehnya keluar dari syariat Allah

10.Tidak mau mempelajari dan mengamalkan agama

Kenaikan Tarif Elektrik

Syukur.......

Tarif elektrik naik juga akhirnya.....

Sudah pasti kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat...

Hidup BN...................... Padan ngan muka Rakyat.... Hidup susah tanggung sendiri!!!!!!!!!!!!

Tarif elektrik naik, 75 peratus pengguna tidak terjejas
30/05/2011 5:53pm

PUTRAJAYA 30 Mei - Sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.

Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. - Bernama

sumber : utusan meloya

Sunday, May 29, 2011

17 Adab Orang 'Alim


1) tidak lekas marah atau tersinggung dengan soalan pelik2 atau tidak menasabah yang diajukan oleh para hadirin atau anak murid tentang sesuatu perkara.

2) bersikap lemah lembut/penyantun.

3) duduk dengan penuh hibbah/tetap dan menundukkan kepala.

4) meninggalkan sikap takabbur dan tidak bersikap bongkak melainkan pada orang-orang yang ZALIM.

5) tawadhuk kepada sekalian anak murid dan hadirin.

6) meninggalkan gurauan yang tidak berkaitan atau berlebihan.

7) mempunyai sikap kasih sayang kepada anak2 murid dan hadirin.

8) memberi perhatian kepada pertanyaan anak2 murid yang lembab/*****.

9) membaiki dan membetulkan anak2 murid atau hadirin yang jahil dengan jalan atau jawapan ke arah kebenaran dan kebajikan.

10) tidak malu untuk berkata, "aku tak tahu" atau "wallahu'alam" kepada perkara atau hukum yang tidak diketahui akan dia.

11) hendaklah bersungguh-sungguh dan memahami setiap soalan yang dikemukakan dan kemudiannya hendaklah dijawab akan dia soalan tersebut dengan sungguh-sungguh lagi benar jua.

12) menerima dalil-dalil atau hujah benar yang dibawa oleh anak-anak murid atau hadirin yang membetulkan kesalahan akan dia

13) jika berasa dalam keadaan yang salah atau silap, segera betulkan kesilapan dan kesalahan tersebut pada anak2 murid dan hadirin.

14) menegah segala yang hadir majlis ilmu itu mempelajari akan dari perkara2 ilmu yang pelik2 dan salah.

15) menegah pada segala yang ada itu dari mempelajari benda2 yang melalaikan yang hanya ke arah dunia semata-mata.

16) mengutamakan perkara fardhu 'Ain sebelum mengajar fardhu Kifayah.

17) hendaklah dia beramal dengan ilmunya itu sebelum dia mengajarkan akan ia pada orang ramai.

Saturday, May 28, 2011

Cara Memilih Sahabat.


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Tuesday, May 24, 2011


Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Monday, May 23, 2011

Hikmah 13 Dalam Solat


1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Friday, May 20, 2011

4 Perkara Untuk Sihat

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Thursday, May 19, 2011

Cara Untuk Meningkatkan Keimanan Kita


1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.

2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.

Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.

3. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.

4. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.

5. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.

6. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.

7. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.

8. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.

9. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.

Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.

10. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.

11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'


Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini. Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu. Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

sumber : malaysiakini


Minyak baru naik.... lepas tuuu gula pulak naik.... Niiii tarif elektrik nak naik pulak....

Ini sudah bagus................ 1 malaysia " rakyat didahulukan ,pencapaian di utamakan "

Betoiiii ....betoiiii pandai BN memerintah.....

Jangan sampai rakyat naik minyak pulak lepas niiiiii

Wednesday, May 18, 2011

8 Peristiwa Penting Ketika Kelahiran Dan Kematian


1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan


2-Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.


3-Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.



4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.



5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.



6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.


7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.



8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Guru... dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawanya ada mesra,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.

Saturday, May 14, 2011

Kiblat kita


  1. Kenapa Kaa'bah berbentuk empat segi?
    Bentuk Kaa'bah empat segi kerana menunjukkan struktur Islam itu sendiri dan gelombang otak juga mempunyai empat jenis iaitu "beta", "alpha", "theta" dan "delta".

  2. Kenapa Kaa'bah ditutupi kelambu berwarna hitam?
    Ini menunjukkan manusia dipenuhi dengan hawa nafsu. Islam sahaja yang boleh mengawal hawa nafsu tersebut seperti sedikit warna emas yang terdapat pada kelambu Kaa'bah itu.

  3. Kenapa putaran tawaf di Kaa'bah berdasarkan arah lawan jam?
    Jika dilihat dari satelit, Kaa'bah berada di pusat bumi. Putaran tawaf berdasarkan arah lawan jam kerana ia tertakluk kepada hukum tangan kanan. Kalau seseorang itu bertawaf dengan betul, tenaganya akan meningkat pada gelombang ini dan orang yang sakit pun boleh sembuh.Seperti kisah-kisah yang kita selalu dengar apabila adanya tetamu Allah yang agak uzur atau berpenyakit namun apabila sampainya di Tanah Suci menjadi sihat.

  4. Kenapa solat menghadap Kaa'bah (kiblat)?
    Solat menghadap kiblat juga seperti bertawaf di Kaa'bah. Ini jika dibuat pengiraan dari sudut ketika rukuk, sujud dan sebagainya dalam perlakuan solat.Cuba kita fikirkan kebaikan ketika bersujud yang dijelaskan dapat menghilangkan stress.

  5. Kenapa Kaa'bah di Masjid al-Haram dipanggil Baitullah?
    Baitullah ialah rumah Allah. Semakin rendah gelombang maka semakin kuat tenaga seseorang itu. Doa makbul di Kaa'bah kerana kesedaran bertuhan iaitu semakin kuat tenaga seseorang itu menunjukkan dia semakin mencintai Allah.

Wednesday, May 11, 2011

Tanda-tanda Kekurangan Iman Dalam Diri Kita


1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.

2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.

3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.

4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib

5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.

6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.

7. Berat dalam mengingat Allah.

8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.

9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.

10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.

11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.

12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain

13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.

14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.

15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.

16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.

17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.

18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.

19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.

20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Sunday, May 8, 2011

7 petanda kebahagiaan dunia


1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh

3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yang halal

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin
soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Friday, May 6, 2011

Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wednesday, May 4, 2011

Tips Mencapai Ketenteraman


Tip capai ketenteraman, elak kejahatan


1- Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.

2- Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelok-eloknya tiga kali.

3- Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.

4- Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.

5- Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negatif.

6- Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan.

Monday, May 2, 2011

Cara-cara dan Doa Yang Makbul


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
Reply With Quote

Sunday, May 1, 2011

Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali R.A


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Related Posts with Thumbnails