Waktu Solat

Tuesday, December 6, 2011

Peristiwa Bulan Muharram


Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.

Diterima taubat Nabi Adam a.s.

Dicipta Adam a.s.

Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.

Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.

Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.

Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.

Firaun lemas.

Dilahirkan Nabi Isa a.s.

Diangkat Nabi Isa ke langit.

Diangkat Nabi Idris ke langit.

Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.

Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.

Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.

Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi

Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara

Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;

Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;

Hari pertama Allah ciptakan alam;

Hari pertama Allah turunkan hujan;

Hari pertama Allah turunkan rahmat;

Allah jadikan Arasy;

Allah jadikan Luh Mahfuz; dan

Allah jadikan malaikat Jibril.

Saturday, November 26, 2011

Isteri Solehah




Sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Friday, November 25, 2011

10 Perangkap Syaitan Sifat Mazmumah Penyebab Utama .


ALLAH berfirman yang bermaksud: ``Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: ``Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: `` Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering ``(Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: ``Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melaluisifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: ``Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melaluisifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang
berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Friday, November 4, 2011

Mana satu yang betul ?



kalau dulu orang kata , gambar dapat menceritakan segala-galanya....

ttp sekarang aku dah pening kepala,

mana satu gambar yang betul !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, October 29, 2011

Jom Pakat Pee


Jom... ramai-ramai kita pe sana....

Sunday, October 16, 2011

Mahal Gilaa....


Kereta api di China canggih lagi dari kereta api kita tapi... murah ... pelik

OOOOhh... rasa-rasanya tempat duduk kat dalam kereta api kita tuuu dibuat daripada emas kot...

Mai kita fikir-fikirkan lah...

Thursday, October 13, 2011

Kenaikan Cukai 6% Telekom Malaysia



Rakyat malaysia kena tipu ngan BN................



sumber :really.tigaline.com

Tuesday, September 20, 2011

Peliknya umatku....


Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?


Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk menga mbil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringk at kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka,
pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina
detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.



sumber:

`Aisyah
Cinta Rasul Family

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Ketupat, lemang, rendang dan kari,
Ikan Kerapu Ikan Patin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Cara Menyambut Aidilfitri


Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya.

Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah:

:- Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah :185)

:- Mandi sunat di pagi hari raya :- Memakai pakaian baru atau bersih

:- Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok

:- Memohon kemaafan dan keampunan kepada dua ibubapa, suami atau isteri dan ahli keluarga yang lain

:- Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid

:- Solat Sunat Hari Raya

:- Ziarah menziarahi dan sebagainya. Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.

Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syara' mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara.


Sunday, August 28, 2011

Syaitan Pasti Ketawa



Syaitan pasti ketawa apabila kita bertemu selepas selesai Ramadhan.... :-

1. Ramai akan bersolat sunat Aidilfitri tetapi meninggalka solat subuh yang wajib.

2. Pagi Aidilfitri dimulakan dengan maksiat. Anak ramaja yang khayal bercinta mula mengatur tem janji untuk berdating.Sayang sekali, sebulan Ramadhan menahan diri, namum sebaganya musnah di pagi Aidilfitri.

3. Ada yang bertudung litup sepanjang ramadhan tetapi buka-bukaan pada hari Lebaran. Tiba sahaja hari Lebaran pakaian yang dipilih boleh menjejaskan kehormatan. Ada yang jarang, yang ketat, yang terdedah sana sini dan aurat tidak terjaga.

4. " Hari Terbuka " penuh dengan perkara sia-sia ( lagha ) . ziarah-mengziarahi adalah amalan mulia, apatah lagi dengan mengadakan hari terbuka agar dapat mengukuhkuhkan ukhuwah. namum apaertinya hari terbuka yang dipenuhi dengan pelbagai perkara yang boleh melalaikan, pergaulan tanpa batasan dengan hiburan yang keterlaluan.

5. Ada yang berjimat dalam bulan Ramadhan tetapi melakukan pelbagai pembaziran semasa menyambut Aidilfitri.

6. Ramai yang pasti akan mengmpat dan menfitnah sebagai hiburan dan pengisi acara ziarah-mengziarahi. Hal ini merupakan satu lagi dosa yang mudah kita lakukan semasa meraikan saudara mara serta rakan taulan yang datang bertandang.

7. Pasti ramai melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk agar mendapat pujian. Ini satu lagi penyakit yang melanda apabila musim perayaan. Tak kia tua mahu pun muda , masing-masing berlumba-lumba menunjuk-nunjuk mengikut cara masing-masing. Bak kata orang, " Biar Papa Asal Bergaya ".

8. Ramai akan menonton filem-filem dan rancangan hiburan yang akan merosakkan akhlah, melalui televisyen, VCD, pawagam atai lain-lain sumber. sehingga lalai untuk beribadah.


" SYAITAN PASTI KETAWA BERDEKAH-DEKAH. WALAUPUN SEBULAN SYAITAN BERCUTI , TETAPI MEREKA BAGAIKAN TETAP BEKERJA SEPANJANG BULAN! MANUSIA TETAP JAUH DARI ALLAH DAN SYURGA "

Friday, August 26, 2011

Zakat Fitrah


Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5 :-

1. Wajib - mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Sunat - sepanjang blan Ramadhan.

3. Makhruh - selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.

4. Haram - selepas terbenam matahari pada 1 Syawal ; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan , maka akan bertambahlah dosanya.

5. Paling Afdhal - sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri.

Wednesday, August 24, 2011

Kunci Kemurahan Rezeki


Kunci Kemurahan Rezeki

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian:

Pengajaran Hadis:

i) Allah yang mewujudkan sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya "Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah:26)

ii) Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini.

iii) Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.

iv) Oleh itu demi mencari keredhaan Allah kita hendaklah menggunakan waktu yang ada dengan beringat-ingat kepada yang susah dan memberi sedikit bantuan mengikut kemampuan. Sebenarnya di sebalik amalan bersedekah akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas baik oleh Allah S.W.T.
Related Posts with Thumbnails