Waktu Solat

Friday, July 9, 2010

SeTitek Air Laut Dihujung Jarum.


Itulah ibarat Allah nyatakan ilmu yg.kita
mampu mileki sepanjang hayat didunia.
Tapi kalau tak sampai setitek pun kalau
faham adalah lebih menfaat dari setitek.

Kalau nak cerita ilmu semasa alam roh dulu
kita pun dah dilupakan.Kalau ingat2 lupa
kira O.K juga.

Tapi yg.kita cerita alam yg.kita dah lupa
hanya sendiri saja la yg.faham dan tak akan
dapat fahamkan orang lain.

Mujurlah AlQuran tu wajib kita yakin dan
gunakan tanpa was2.Itu pun kadang2 hati
kecil masih nak berbalah dan banyak soal.

Memanglah begitu kalau belum menempuh jalan2
nya dan ditunjuki jalan2nya masakan yakin
dengan cerita zaman dolu2 dalam kitab tu.

Tak semudah yg.tersirat dapat diterangkan
kerana itu izin dari Allah barang siapa yg.
ingin ditunjuki.

Maka berusahalah untuk itu......

Tuesday, July 6, 2010

4 GOLONGAN WANITA PENGHUNI SURGA & NERAKA


4 GOLONGAN WANITA PENGHUNI SURGA
  • Pertama, wanita yang mampu menjaga diri,taat kepada Allah dan suaminya,serta wanita yang banyak anaknya.
  • Kedua, wanita sabar dan menerima pemberian itu sedikit.
  • Ketiga, wanita yang mempunyai rasa malu ,jika suaminya meninggalkannya pergi dia memelihara diri dan hartanya.Jika suaminya berada dirumah ia dapat mengekang lisannya (untuk tidak menyakiti suaminya).
  • Keempat, Wanita yang di tinggal mati suaminya beserta anak-anaknya yang masih kecil.

4 GOLONGAN WANITA PENGHUNI NERAKA
  • Pertama, wanita yang jelek lisannya (ucapannya) terhadap suaminya, jika suaminya pergi ia tidak mau menjaga diri,dan jika suaminya berada di rumah ia menyakiti suami dengan ucapannya.
  • Kedua, wanita yang membebani atau menuntut suaminya dimana suaminya tidak mampu untuk melakukannya.
  • Ketiga, Wanita yang tidak menutup dirinya dari lelaki lain dan keluar dari rumahnya dengan dandanan yang menyolok.
  • Keempat, Wanita yang sama sekali tidak mempunyai cita-cita kecuali hanya makan,minum dan tidur, ia juga tidak senang melakukan shalat, tidak mau taat kepada Allah dan RasulNya serta suaminya.Maka wanita yang mempunyai sifat-sifat seperti itu adalah wanita terkutuk termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertobat "

Monday, July 5, 2010

FIFA 2010

Fight Israel Fight American 2010









ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA

Friday, July 2, 2010

Surah Yassin...


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surahYassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Qurana itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quransebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris
bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
enyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunatdua
rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada
hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi
sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Thursday, July 1, 2010

Tanda-Tanda Hati Yang Mati


1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan
�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Related Posts with Thumbnails