Waktu Solat

Monday, August 16, 2010

Kelebihan Bersahur.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Sunday, August 15, 2010

Kelebihan Menjadi Wanita


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga

adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan

menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,

dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan

diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi

12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu

dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Saturday, August 14, 2010

Amalan Bacaan Sebelum Dan Tatkala Berbuka Puasa

BACAAN SEBELUM BERBUKA PUASA

Disunatkan baca sebelum berbuka iaitu ketka hampir waktu berbuka membaca kalimat-kalimat berikut seberapa banyak yang mungkin :




" Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Allah, aku memohon ampun kepada Allah. Aku pohon akan Engkau keredaanMu dan syurgaMu, dan aku berlindung denganMu dari kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulai, Engkau menyukai kemaafan maka memaafkanlah kami, ibu bapa kami dan sekalian muslimin dengan berkat limpah rahmatMu wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. "


DOA TATKALA BERBUKA PUASA

Disunatkan ketika hendak berbuka puasa itu membaca doa berikut :


" Ya, Allah, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman, dan di atas rezekiMu aku berbuka, dengan berkat limpahrahmatMu ( aku berupaya melakukan semua ini ) wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. Ya Allah, telah hilang rasa dahagaku, dan sudahpun kembali segar urat-uratku, dan telah tetap pahalaku - insya Allah Ta'ala - dengan berkat limpah rahmatMu wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. "

Friday, August 13, 2010

HINDARI PERKARA YANG MEMATIKAN HATI


PEMBUNUH jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya
Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya
Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia
Bahkan perosak segala-galanya terutama agama
Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati
Mata tidak dikawal daripada dosa
Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah
dan tidak bersopan
Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan
Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan
yang tidak halal
Di waktu keseorangan suka berangan-angan
dan berkhayal-khayal
Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal
Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati
atau menghitamkannya
Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan
kenalah jaga
Kerana di sana boleh memberangsangkan
nafsu haiwan kepada manusia
Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa
Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah
akan menimpanya
Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya
Lahirlah berbagai-bagai maksiat
dan kemungkaran oleh manusia
Gejala masyarakat pun bermaharajalela
Punah-ranahlah pergaulan manusia
Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian
di dalam masyarakat manusia
Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia
Di Akhirat masuk Neraka

Zikir La ilaha illallah








Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak – Fadhilat dan Kelebihan.






Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu ‘.

Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: ‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .

Related Posts with Thumbnails