Waktu Solat

Wednesday, June 30, 2010

Facebook Mempertahankan Penghinaan ke atas Nabi SAW


Nilai-nilai Barat telah menunjukkan kebusukkannya. Baru-baru ini, laman sesawang sosial Facebook telah memberikan ruang kepada para penghina Nabi SAW untuk mempromosikan apa yang disebut sebagai "Draw Muhammad Day". Ia merupakan suatu tindakan provokatif yang mengajak orang ramai untuk memuat naik gambar-gambar yang menghina Nabi Muhammad SAW. Di England, tindakan penghinaan ini mendapat kecaman yang hebat daripada kaum Muslimin.

Dalam suatu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Californa ini membela kumpulan yang mendakwa sebagai "kebebasan menyatakan pendapat", mengatakan bahawa "kami sangat percaya bahawa pengguna facebook memiliki kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka dan kami tidak boleh mengambil kandungan, kumpulan atau laman yang berbincang tentang menentang negara, agama, entiti politik atau idea."

Keterangan selanjutnya.....

bagi peminat facebook.... renung-renungkan kenyataan ini...

walaupun ada kebaikan pada facebook ttp syarikat ini bersetongkol ngan penghinaan nabi kita. Di masa rasa sifat kasih sayang kita kepada nabi...... ? Kalau kita masih melayari laman tersebut secara tidak langsung kita sokong ngan laman itu.

RAHSIA WAJAH............


INILAH seraut wajah
inilah rahsia,jua hakikat kejelitaan
yang pemiliknya sering lupa.....
Tika hayatnya tersorok dlm balutan
daging dan urat darah,
disempurnakan dgn sentuhan 'RAHIM' iradah Allah,
utk sekadar pinjaman buat perhiasan.
Dan inilah wajah...yang dulunya disenangi
kini,setelah halkumnya tersumbat tanah,
pinjamannya dipersoalkan,menepati janji ALLAH

Jangan......
jangan dikhianati amanat Allah
setelah kau nikmati pinjamanNYA.
jangan kau jadikan sepasang mata
yg telah Allah pinjamkan
untuk melihat kehebatan penciptaan-NYA,
panah syaitan yang menusuk melalui jelingan.

Jangan kau gunakan bibirmu
yang telah Allah pinjamkan
untuk melafazkan tasbih dan rintih permohonan,
jerat maksiat di sebalik manisnya senyuman.

Jangan.....jangan kau khianati
nikmat seraut wajah
yang telah Allah pinjamkan
untuk kau basahkan
dengan titisan wudhuk dan derai air mata
lalu dilabuhkan di atas hamparan sejadah
dalam sujud tahajjud dan munajat taubat;
wadah jatuhnya pandangan haram lelaki ajnabi
tercelaka,dek sekelumit kepuasan diri.....

Monday, June 28, 2010

KELEBIHAN/FADILAT BULAN REJAB


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sunday, June 27, 2010

Koleksi Ceramah USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN



Anda berminat dengan ceramah USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Kalau berminat sila klik di sini

Thursday, June 24, 2010

Perempuan vs Muslimah???


Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu

Renung-renungkanlah...............??????.

Wednesday, June 23, 2010

Kata-kata Mutiara


"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !"
Related Posts with Thumbnails