Waktu Solat
Sunday, September 26, 2010
Penyebab Doa Tidak Dimakbulkan .....
Ibrahim bin Adam (seorang ulama') pernah ditanya makna mengenai firman Allah swt:
" Berdoalah kepada-Ku, nescaya kan Kuperkenankan bagimu" (Al-Mukmin:60)
Ada yang bertanya,kenapa kita sudah berdoa tetapi doa kita tidak dimakbulkan?
Menurut Ibrahim bin Adam, antara penyebab doa tidak dimakbul adalah sebagai berikut
1. Anda kenal Allah swt, Tetapi Anda tidak taat kepada-Nya
2. Anda baca Al-Quran, Tetapi Anda tidak pernah mengamalkan pelajaran apa yang terkandung didalamnya.
3. Anda kenal syaitan dan Iblis, Tetapi anda selalu mengikut pujuk rayunya.
4. Anda mengaku cintakan Rasulullah s.a.w, Tetapi Anda meninggalkan sunnah2nya (tapi,kalau bab poligami ikut pulak)
5. Anda mengidamkan syurga, Tetapi Anda tidak melakukan amalan-amalan yang dapat melayakkan anda memasukinya...
6. Anda mengaku takut akan azab neraka, Tetapi Anda tidak mengelakkan diri daripada dosa2..
7. Anda mengaku bahawa mati itu pasti, Tetapi Anda tidak bersiap sedia ke Negeri Akhirat..
8. Anda sibuk mencari kesalahan orang lain, Tapi Anda lupa tentang kelemahan dan kesalahan diri sendiri..
9. Anda makan dan minum dengan rezeki yang Dia kurniakan, Tetapi Anda tidak pernah mengucapkan kesyukuran kepada-Nya..
10. Anda menguburkan orang yang telah meninggal dunia, Tetapi Anda tidak mengambil pelajaran daripadanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment