Waktu Solat

Monday, December 21, 2009

7 Peringkat Solat



1. Sembahyang Orang Jahil

Sembahyang seseorang yang tidak faham tentang rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, syarat sah sembahyang, persoalan suci dari hadas kecil dan hadas besar dan sebagainya. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah , tetap tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.

2. Sembahyang Orang Lalai

Pada zahirnya adalah lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya. Sedangkan khusyuk dalam sembahyang merangkumi khusyuk, akal, hati dan perbuatan. Golongan inilah yang dikatakan lalai di dalam sembahyang sepertimana firman Allah : " Sebab itu , celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya." Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4. Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.

3. Sembahyang Kerana Selain Allah

Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang. Ini bermakna sembahyangnya bukan kerana syariat tapi kerana takut dimarahi ibu bapa, takut tersisih dan sebagainya. Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak.


4. Sembahyang Peringkat Mujahadah

Golongan yang sembahyangnya diperingkat ini pula, mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan , tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang , mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk. Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun ,mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya. Kalau dengan rahmat Allah , Dia hendak mengampunkan dosa hambaNya, Dia ampunkan. Kalau Dia hendak siksa pun, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.

5. Sembahyang Orang Soleh

Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang. Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.

6. Sembahyang Para Wali

Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang.


7. Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul

Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan ' fana ' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut.


Begitulah di antara beberapa peringkat sembahyang yang boleh kita kategorikan. Sembahyang yang dapat dihayati sungguh-sungguh akan dapat memberikan kesan kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya rugilah mereka yang lalai di dalam sembahyang.

Saturday, December 19, 2009

Kamus Online


Rujuk kamus untuk mencari maksud...

Secara online....

Tak perlu software....

berminat?????

klik di sini

Friday, December 18, 2009

Rezeki Dari Allah.

MANUSIA sering bimbang mengenai rezekinya -- apakah ada atau tidak cukup?
Tetapi apakah itu rezeki?

Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki?

Menurut Islam, Allah swt berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan
jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah
bahawa rezeki kita berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh
mengambil atau menyekat rezeki kita.

Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan
harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh.

Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau
pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari
segi percakapan dan amalan.

Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan
harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi.

Jika ditinjau dari segi zahirnya, ini adalah satu kebaikan bagi mereka.
Namun yang sebenarnya adalah khilaf. Harta dan pangkat ada kalanya tidak
mendatangkan kebaikan.

Bertakwa kepada Allah dan mengetahui akan sebab-sebab rahmat-Nya adalah
rezeki yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Rasulullah saw tidak
mengibaratkan kerana banyak harta itu adalah kaya, akan tetapi kesucian itu
adalah diiktibarkan kaya yang sebenarnya. Baginda pernah bersabda dalam
hadisnya yang bermaksud:

Bukanlah kekayaan itu oleh sebab banyak harta yang dipamerkan akan
tetapikekayaan itu adalah kekayaan jiwa.

Bukanlah nikmat Allah yang zahir yang dilimpahkan kepada manusia dengan
harta yang banyak dan sebagainya menunjukkan kebaikan dan keredaan Allah.
Bukanlah dugaan Allah ke atas hamba-Nya satu dalil yang menunjukkan
kemurkaan Allah. Perkara ini adalah sebaliknya.

Boleh jadi sesiapa yang telah dilimpahkan oleh Allah dengan pelbagai nikmat
itu mungkin dianggap sebagai satu "pujukan atau umpanan yang berperingkat'
dan berkemungkinan pula sesiapa yang diduga oleh Allah adalah sebagai satu
kelebihan di sisi-Nya.

Apabila kamu melihat seseorang itu dikurniakan atasnya rezeki dan masih
bermaksiat kepada Allah, maka ketahuilah kamu bahawa ini sesungguhnya adalah
satu pujukan atau umpan.

Oleh yang demikian, janganlah kamu sangka bahawa sedikit harta itu adalah
jauh daripada rezeki Allah.

Kesimpulannya, apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi seseorang, itulah
rezekinya yang sebenar. Selain daripada itu, apa yang diperolehinya itu
boleh membinasakan dan menyesatkannya.

Thursday, December 17, 2009

Amalan di Bulan Muharam


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 kepada semua muslimin serta muslimat. Mudah – mudahan hijrah ini akan meningkatkan lagi amalan kita dan semoga kehidupan kita lebih dirahmati dan diberkati Allah SWT.

"Moga ada satu penghijrahan yang besar dalam dan kepada diri kita, dan keluarga kita
pada tahun baru 1431 Hijrah ini insyaAllah... Saya doakan moga kita sama2 sentiasa beroleh keberkatan dalam hidup dan rezeki, rahmat, keredhoan dan hidayah Allah selalu hendaknya... Amin!"

Tuesday, December 15, 2009

Convert File Secara Online



Mai kita cuba....

jadi ke tak

convert file :

1. Format Archives (7Z BZ2 BZA CAB GZ LHA LZH RAR TAR TGZ YZ1 ZIP )
2. Format Movie (3G2 3GP AMV ASF ASX AVI DPG DV FLI FLV GIF GVI MKV MOV MP4 MPG NSV OGG OGM RM RPL SWF VOB WMV)
3. Format Image (AVS BMP CIN DCX DIB DPX FITS GIF ICO JFIF JIF JPE JPEG JPG MIFF OTB P7 PALM PAM PBM)
4. Format Sound (WAV MP3 WMA OGG AAC MP4 3GP)

secara online... tak perlu guna software

Mari kita cuba sama-sama di sini
Related Posts with Thumbnails