Waktu Solat

Saturday, October 31, 2009

Keputusan Yang Membebankan RAKYAT


Satu keputusan baru yang sangat mendadak dan mengejutkan telah diputuskan oleh kerajaan,
berkenaan kenderaan yang berumur 15 tahun ke atas perlu memasuki PUSPAKOM setiap kali ingin menyambung cukai jalan..Satu dalil kezaliman kerajaan..Apa yang kerajaan fikir hanyalah untuk menambahkan pendapatan mereka dan juga kroni mereka.

Beruntunglah Mahathir dan kroni-kroninya yang memegang PROTON..Mereka langsung tidak memikirkan rakyat, lebih-lebih yang berpendapatan rendah..Mungkin sebab kroni-kroni mereka semua berpendapatan tinggi...Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

Cubalah kita bayangkan betapa ramainya penduduk pedalaman yang kenderaan mereka hanya cukup-cukup syarat untuk berjalan sahaja.. Itu pun sudah dikira bagus kerana mereka masih lagi membayar cukai jalan.. Kenderaan mereka hanya digunakan sekali atau dua kali seminggu sahaja untuk ke pekan.. Katakanlah nilai kereta mereka rm500.. bila sampai masa nak masuk PUSPAKOM, mereka perlu kemaskini kereta mereka.. baiki brek, tukar tayar secondhand, tukar wiper, dan baiki apa-apa yang patut yang boleh mencecah sampai 2 3ratus.. test kali pertama,rm50.. tak lulus.. pastu gi baiki apa-apa yang patut lagi.. pastu test lagi, rm50 lagi.. tak lulus lagi, baiki lagi.. Biasa la kereta buruk.. pastu test lagi, baru lulus.. Tak mustahil kan, kalu sampai 2 3kali test? Sebab tujuan kerajaan bukan setakat nak hapuskan kenderaan lama dan bukan jugak setakat nak meningkatkan pengeluaran kenderaan malaysia, tetapi jugak nak menambahkan pendapatan negara.. Bila lepas PUSPAKOM, lega la sekejap si tuan kereta tadi.. Pastu teringat insuran plak..!! Alahai, lagi la parah.... Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

Dahlah mereka terpaksa mengabaikan rezeki mereka seharian.. Mana taknya,kalau tunggu giliran nak bayar cukai jalan pun kena tunggu berjam-jam, camana plak tunggu giliran nak test PUSPAKOM.. Kalu bayar cukai jalan perlu masa 2minit setiap orang (tak termasuk yang bayar di pejabat pos, melalui wakil insuran dan sebagainya), takkan test PUSPAKOM boleh cepat daripada itu.. Jumlah yang masuk PUSPAKOM sama ramai dengan pengguna yang bayar cukai jalan tiap-tiap hari.. Bezanya PUSPAKOM SATU SAHAJA, ORANG YANG BAYAR CUKAI JALAN DI MERATA-RATA TEMPAT DAN BERBAGAI-BAGAI ALTERNATIF.. Alahaii... Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

Nak tukar kereta baru pun,ribet yang diberi hanya rm5000.. Pastu bulan-bulan camana plak nak bayar? Bukannya ada slip gaji nak buat loan.. dan bukan jugak ada kereta baru yang harga dalam 6, 7ribu.. Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

Friday, October 30, 2009

Sunyinya tanpa wanita


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.



Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.. .
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Saturday, October 24, 2009

Warga SKAP........ Blogger




Kepada seluruh warga SKAP selamat berblogger.......

kepada Zamri J.... jangan ajar ajaran sesat sudah.

diharap semua warga SKAP mempunyai blog. masing-masing.

Mari Berblog jangan tak ada blog.

Aku ada bata blok.

Wednesday, October 21, 2009

Pindah My Document

Tabiat menyimpan fail dalam My Document kekadang menyusah kita.... sbb tu PC kita lembab.
Banyak sangat segala data-data kita punya simpat kat drive C. Lagi pun, kalau nak format komputer tak gaduh hilang data kita.

Paling cantik kita biak jee drive C untuk running program.

Tip ini untuk kita pindahkan folder My Document ke drive D atau ke mana-mana drive yang anda suka.

Langkah-langkah

1. Klik kanan pada ‘My Document’

2. Pilih ‘Properties’

3. Pada menu ‘My Document Properties’ (seperti pada gambar), klik ‘Move’


4. Pada menu ‘Select A Destination’, pilih folder baru yang anda mahukan. Katakan anda mahu pindah ke drive D. Jadi, pilih drive D, dan klik ‘Make New Folder’. Namakan folder itu, ”My Document’. Kemudian klik ‘Ok’

5. Pastikan folder yang betul pada ruang ‘Target’. Jika betul, klik ‘Ok’

Monday, October 19, 2009

Berimankan Kita??


Satu orang yang dalam poketnya hanya ada duit 1 ringgit.
Dalam bank tak ada duit. Dalam lemari tak ada. Bawah bantal pun tak ada.
Seringgit tu lah duit yang dia ada.
Ada ke kita panggil dia orang yang berduit?
Bukan ke seringgit tu duit juga!

Satu orang yang lain pulak ada harta hanya sebiji basikal buruk.
Merc tak ada. BMW tak ada. Banglow jauh sekali.
Tu la saja harta yang dia ada.. Basikal buruk!
Ada ke kita panggil dia orang yang berharta?
Dan bukan ke basikal buruk tu kira harta juga.

Hari ni kita mengaku orang beriman. Tapi iman yang macam mana?
Allah kata tanda-tanda orang beriman tu bila disebut nama Allah,
maka gementarlah hatinya.
Bila azan dilaungkan; 4 kali diawalnya dan 2 kali diakhirnya pak bilal
kata Allahu Akbar. Muka kita cam mana?

Kalau pucat macam sahabat Nabi, tu dah kira iman kelas pertama. Syabas!
Kalau gelabah semacam dan tak boleh buat kerja lain, Alhamdulillah!
Kalau selamba buat dek aje... ?
Yang di pejabat, sibuk dengan pejabat.
Yang di kedai, sibuk dengan kedai.
Yang tengok tv, sibuk tukar channel lain (sebab channel tu ada azan!)
Yang basuh kereta, masih dengan seluar pendeknya.
Yang bergelak ketawa ngan anak bini, bertambah besar nganga nya.
Dan yang yang yang, masih dengan yang yang yang nya.

Dan lagi Nabi ada kata kat sahabat,
hendaklah bersaksi atas iman orang yang berulang-alik dari rumah
ke masjid.

Dan Allah kata pulak orang yang memakmurkan masjid2 Allah,
itulah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
(rujuk Quran - surah At Taubah).

Jadi, beriman ke kita?

Fikir-fikrkan lah...

Sunday, October 18, 2009

Ibu.. Mak.. Mama.. Umi..Mummy.. ..


Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada...mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Saturday, October 17, 2009

10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam


1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara bertertib)

3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa sembahyang dua rakaat di dalamnya.

4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang berjemaah.

6. Seseorang yang daerahnya didatangi oelh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seseorang yang diundang ke jamuan ataum majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.

9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.

Thursday, October 15, 2009

AYAH YANG DERHAKA


Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya ;

1) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri.Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan islam dengan iman dan taqwa.

2) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.

3) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sumber yang diragukan.Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka.Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.

4) Seorang ayah yang terlalu memenuhi keinginan duniawi anak-anaknya secara melampaui batas, segala kemahuan dituruti tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Bila mana anaknya membesar menjadi insan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain hatta keluarganya sendiri.

Renung-renungkanlah saudaraku..

Kadang-kadang bila di dalam hidup kita dirundung masalah yang tidak pernah putus-putus, cuba kita muhasabah diri bagaimanakah hubungan kita dengan Allah selama ini dan bagaimanakah hubungan kita dengan ibu dan ayah kita.

Cubalah koreksi diri sendiri adakah solat kita sempurna, rezeki yang kita perolehi selama ini adakah berkat, dan adakah kita telah mengeluarkan zakat.

Mungkin selama ini hati kita masih lagi kotor dengan dosa yang kita lakukan tanpa pernah bertaubat.Ayuhla semua dirikan solat sunat taubat semoga diri kita, keluarga kita, anak- anak kita dikurniakan hati yang bersih, barulah kebahagiaan akan dapat kita kecapi.

Tuesday, October 13, 2009

Hati-Hati Membeli Kurma !!!



Adik aku baaru balik dari Mesir.... dia cite kat aku, yang Israel ada jual kurma keluaran dia orang. Maka umat Islam, berhati-hatilah kalau nak beli kurma tu.. aku masih ingat ayah aku ada cite kat dulu, masa kecil2.... Israel ada ternak ayam... masa tu orang kampung suka beli ayam tu.. murah dan ayam depa tu besar.. Ttp, bangsa laknat ni pe suntik ubat mandul kat ayam tu... sapa-sapa makan, alamatnya kurang zuriat dia orang.

Jadi hati- hatilah.....

Antara jenama kurma keluaran Israel iaitu .....
King Solomon, Jordan River, Carmel, Jordan Plains
dan Jordan Valley atau tertulis “produced in the West Bank”, “Made in Israel” dan ”Made in West Bank”, jangan beli kurma tersebut.

Selain dari itu, kita kena ingat , hasil duit pembelian barangan Israel, mereka akan digunakan untuk membina peluru untuk membunuh umat Islam khususnya di Palestin.

Monday, October 12, 2009

Sedekah Lambang Kebenaran, Kesucian Islam


Rasulullah SAW bersabda, ‘Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan menaikkan barangannya ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah.” (Hadis Bukhari).

Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk spiritual dan fizikal sebenarnya adalah sedekah. Amalan sedekah juga adalah satu lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud benar. Orang yang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.

Setiap orang yang benar dan berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan kesejahteraan hidup dan rahmat. Orang yang bersedekah adalah dermawan, manakala yang bakhil adalah seteru Allah.

Dalam surah Al-Lail, Allah menyatakan mengenai sifat kedekut dan ego, di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud, “ Tuhan tidak akan merahmati sesiapa yang tidak berperikemanusiaan, iaitu tidak bersifat kasih sayang terhadap orang lain.”

Keberkatan yang lahir daripada sedekah itu terlalu banyak. Namun apa yang dinyatakan ini adalah yang akan jelas terpapar daripada wajah orang yang bersifat murah hati apabila dia telah melalui beberapa peringkat hidupnya iaitu:

l Keberkatan hidup – Seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang.

l Keberkatan ketika di penghujung kehidupan – Di akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah ini akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan.

l Ketika berada di alam kubur – Orang yang bersedekah pastinya di dalam kubur akan terhindar daripada fitnah yang begitu menakutkan. Alam kubur sebenarnya adalah ujian untuk orang yang ber ibadat dan berbuat amal kebaikan dalam hidupnya.

l Ketika di alam akhirat – Apabila di bangkitkan di hari kiamat nanti, orang yang suka bersedekah ini akan dilindungi oleh sedekahnya ketika hayat di dunia.

l Menjadi benteng dari api neraka – Sedekah akan menjadi benteng daripada api neraka kepada seseorang yang bersedekah walaupun sedikit.

Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW, antaranya ‘sesiapa yang berkemampuan untuk melindungi dirinya daripada api neraka walaupun dengan hanya bersedekah sebelah buah tamar, hendaklah dia melakukannya.’

Sunday, October 11, 2009

Dilarang berlebihan menghias kubur


Perkuburan ialah tempat persinggahan selepas mati. Umat Islam dituntut menghormati tanah perkuburan dan menziarahi untuk mendatangkan keinsafan. Adab-adab menziarahi kubur dan menjaga tanah perkuburan sentiasa dijaga.

Membersih dan menghias kubur adalah diharuskan dengan tidak berlebih-lebih atau bermegah serta tidak mengganggu hak orang lain kerana tanah perkuburan ialah hak orang ramai.

Membina binaan di atas kubur dilarang di dalam Islam berdasarkan hadis Nabi yang saudara sebut tadi bermaksud: “Rasulullah SAW melarang mewarnakan kubur dengan kapur putih, duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya.” (Riwayat Muslim)

Menghias kubur dengan tembok ukiran, kipas, meletakkan batu bata sehingga menjadi satu binaan di sekelilingnya adalah dilarang Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, umat Islam tidak perlu menghias sesebuah kubur dengan memasang batu bata berkenaan.

Hiasilah kubur dengan batu nesan saja dengan ditanam pokok di atas kubur supaya daun-daun pokok berkenaan akan mendoakan si mati supaya diampunkan dosanya.

Di dalam hadis jelas mengharamkan seseorang meninggikan kubur dan menghias kubur sehingga mengganggu kubur sebelah dan membawa kepada kemegahan (riak) dan lebih-lebih lagi digunakan sebagai tempat beribadat.

Hadis Nabi yang bermaksud: “Daripada Jabir ra katanya, Rasulullah SAW melarang menembok (meninggikan) kubur dan duduk di atasnya dan dibuatkan rumah di atasnya.”

Setiap negara mempunyai fahaman tersendiri, bagi negara kita yang memegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan apa saja yang boleh membawa kepada syubhah dan bidah eloklah dihindarkan amalan berkenaan.

Friday, October 9, 2009

Di Antara Tips Mengkhusyukkan Sembahyang

1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada keuzuran

2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha melihat setiap gerak-geri kita

4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

5. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

6. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

7. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

8. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

9. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

10. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

11. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

12. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha mengetahui akan segala rahsia hambanya

13. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

Wednesday, October 7, 2009

Belajar Excel


Sesiapa yang kurang pengetahuan tentang excel......

Ingin nak belajar ???

Anda boleh layari laman berikut..

Banyak tip-tip yang diajar dalam excel..

Jika anda berminat klik di Main Excel

Tuesday, October 6, 2009

Amalan Memudahkan Bersalin


Peringatan untuk ibu-ibu yang mengandung....

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/ melahirkan anak, insya-Allah.

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Monday, October 5, 2009

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N31




Kempen pilihanraya kecil bermula lagi...

Kali ni ..... 1 lawan 1

untuk keterangan lebih lanjut sila klik di prkn31baganpinang.pas.org.my/

Friday, October 2, 2009

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Sumber TerataiOnline For Worldwide

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 Hari

2. Gastrik - 10 hari

3. Diabetes – 30 hari

4. Sembelit – 10 hari

5. Kanser – 180 hari

6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
Related Posts with Thumbnails