Waktu Solat

Sunday, January 31, 2010

Pemasangan 2 Skrin LCD ...




video tutorial pemasangan dua buah skrin LCD (Liquid Crystal Display) pada PC...

Langkah demi langkah ditunjukkan oleh pihak PC WORLD.

Kebanyakan pengaturcara atau penggemar permainan video berdefinisi
tinggi
berminat memasang multi-skrin untuk pandangan yang luas beberapa
tetingkap Folder atau program perisian dipaparkan sekaligus. Tips ini amat
berguna kepada mereka yang bercita-cita memasang lebih dari
satu skrin
.

Selamat mencuba

Ttp... kena tengok poket tu dulu... ada isi ke tidak....

KALAU TAK ADA.. JANGAN MIMPI NAK BUAT...

Saturday, January 30, 2010

Tidur waktu khutbah




Banyak orang tidur waktu khutbah...

Ttp tau sama ada wuduknya batal atau tidak..

Mai kita dengar kuliah niiii

Thursday, January 28, 2010

Edit Blog Dan Website



MAi kita buat gempak sikit...

Nak edit mana-mana blok atau website ????

Ttp hanya kat paparan skrin jeeee...

Paparan asal tak berubah

Kalau nak mencuba mudah :

1. Cari mana-mana blog atau website

2. Pastu copy java code kat bawah dan paste kat browser search bar

3. Tekan enter , patu edit.... ok

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

Wednesday, January 27, 2010

Madu Oh Madu..


Kali nii kita cerita madu pulak..

Ttp bukan kisah bermadu..

Tok Malau ?

Madu bukan bermadu... Ingat tu tok..

Mai kita kenal pasti madu tu asli atau tak

Antara tip-tipnya seperti berikut :-

  1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.
  2. Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
  3. Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.
  4. Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.
  5. Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
  6. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
  7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.

Tuesday, January 26, 2010

KEBAIKAN SOYA....


KEBAIKAN SOYA:

ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Monday, January 25, 2010

Amal Bekam Sunnah


Bekam Sunnah merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semasa hayat baginda . Ulama telah membuat kajian terperinci berkenaan amalan berbekam ini dengan berpandukan hadis-hadis sahih.Ulama Islam telah menganjurkan umat Islam supaya melakukan amalan berbekam ini sebagai amalan yang mendapat pahala bagi yang mengamalkannya. Malahan ia diredoi oleh Allah Subhanahuwataala.

Hadis yang berasal dari Ibnu Abbas dalam shohih al-Bukhari, Ath-Tibb,Juz1,hal 5680 yang bererti dalam sabda Nabi bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu , sayatan alat bekan dan kay dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay .

Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah bersabda dalam hadisnya yang bererti bahawa Sebaik-baik Perawat ialah Pembekam .

Marilah kita beramal dengan berbekam sunnah . Kembalilah kepada rawatan Islam yang sebenar . Sesungguhnya amalan bekam sunnah mempunyai banyak nas-nas sahih berdasarkan hadis-hadis nabi. Biarlah kita beramal sesuatu yang mempunyai sandaran yang kukuh ; iaitu tidak lain dan tidak bukan daripada seorang insan yang kamil lagi siddiq , Nabi Muhammad S.A.W. melalui hadis-hadis baginda . Janganlah kita berbuat sesuatu amalan dalam hal berubat tanpa ada sandaran yang benar ( sahih ) .

Jika anda berminat : sila hubungi Cikgu Zainal ( h/p : 0197070381 ) Kawasan Sekitar Bagai Serai, Perak

Sunday, January 24, 2010

Math Practice Site



Laman untuk kanak-kanak ....

Lebih kepada latihan Matematik..

Mai kita cuba untuk anak-anak kita

Sila klik di sini

Saturday, January 23, 2010

5 cara pilih sahabat


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Thursday, January 21, 2010

Penampar Lagi......


cikgu kena penampar..

hairan!!!!!!!

kalau dulu guru-guru sering tampar murid jikalau murid lakukan kesalahan.

sekarang niiii terbalik pulak...

guru-guru pulak kena

dunia nak kiamat betul??????

cerita dari kosmo

Wednesday, January 20, 2010

Wanita Akhirnya....


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir.

Tuesday, January 19, 2010

Koleksi Kuliah Agama


MAi kita dengar kuliah agama pulak...

Pilihlah ustaz pilihan anda

Dalam bentuk MP3...

Mari kita bersihkan hati dengan kuliah-kuliah ini

Jika anda berminat sila klik di sini

Nak download:

1. pilih ustaz pilihan anda

2. pastu klik kat " Download MP3: http://www.mediafire.com/?kzutndmmkej"




3. Pastu klik start download



Sunday, January 17, 2010

Gula Oh Gula



Keratan Akhbar Kosmo

"

Sorok gula, lesen pemborong ditarik

KANGAR - Kemarahan seorang bapa, Othman Samah yang meminta supaya tidak dihantar pulang ke kampung halaman sekiranya meninggal dunia ekoran kecewa 'dibuang' anak sendiri, mulai reda setelah beberapa hari menetap di Rumah Penyayang Jejawi dekat sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata, warga emas berusia 60 tahun itu kini dilihat lebih tenang dan tidak lagi marah memikirkan nasib malang menimpanya. " cerita selanjutnya

Bila nak selesai msalah ni...... ingatkan dengan kenaikan harga gula baru-baru....

Dah selesai masalah kekurangan gula..

Dalam hal siapa perlu dipersalahakan dan dipertangjungjawabkan?

Sama ada pembeli, penjual, pemborong, pengeluar , pihak berkuasa atau pihak kerajaan.

Kenapa pihak kerajaan tidak mengurus sendiri hal ini?

Banyak anak-anak syarikat kerajaan yang boleh menguruskan ladang gula dan tempat

pemprosesan gula.

Mengapa kita masih mengharapkan syarikat swasta mengurus perkara ini?

Lu pikir laa sendiriiii, gua malas nak pikir......


Saturday, January 16, 2010

Enjin Kapal Terbang Sudah Dijumpai......


apa macam...

real tak... enjin jet tu...

mai kita pasak kat kereta jebon tuuu

biar mendesup peeee...

Friday, January 15, 2010

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Definisi Kusuf dan Khusuf

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah saw pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah saw telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Thursday, January 14, 2010

PC tak boleh shut down


Untuk Mr. Budiman...

hang try niii tengok...

cuba cara ini.

Run>regedit

1. HKEY_LOCAL_MACHINE>SYSTEM>CurrentControlSet>Control>Session Manager>Memory Management
"ClearPageFileAtShutdown"=dword:00000001

2. HKEY_USERS>.DEFAULT>Control Panel>Desktop
"AutoEndTasks"="1"

kemudian yg last...

3. HKEY_LOCAL_MACHINE>SYSTEM>CurrentControlSet>Control
"WaitToKillServiceTimeout"="1000"

Bila dah siap dia akan save sbg satu file nama shutdown.reg kemudian diimport kedlm registry kita.
double klik utk import. mungkin kadang2 sesetengah windows @ antivirus detect sbg "unsafe script" cuma allowkan jer. cuba dulu cara ni

harap-harap jadi leee

Wednesday, January 13, 2010

Membuat Password Pada Dokumen Microsoft Word

Jika kita mempunyai dokumen penting (pada Micorosoft Word misalnya) maka sudah seharusnya kita mengetahui bagaimana cara membuat password pada Microsoft Word, karena salah satu cara memberi perlindungan terhadap sebuah dokumen adalah dengan memberi PIN atau password. Jangan sampai dokumen penting anda disalah-gunakan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Apalagi jika komputer kita dipakai oleh banyak orang, sementara kita tidak ingin dokumen kita dilihat oleh orang lain, maka pembuatan password sangat dianjurkan.

Adapun langkah-langkahnya adalah sebagai berikut:

  • Buka dokumen kita yang akan diberi password, kemudian klik menu Tools lalu pilih Options
  • Klik tab Security.
  • Isikan password kita pada kotak yang pertama (kotak disamping tulisan Password to open). Jika sudah klik tombol OK
  • Akan muncul kotak konfirmasi password. Tulis kembali password yang telah kita buat tadi, lalu klik tombol OK
  • Simpan dokumen dengan mengklik menu File lalu pilih Save

Dengan demikian jika hendak membuka dokumen tersebut maka harus memasukkan password yang telah kita atur tadi terlebih dahulu.


Selamat mencuba...

Monday, January 11, 2010

10 Cara Membahagiakan Orang Tua Kita


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.
Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


4.
Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.
Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang.

6.
Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.


7.
Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


8.
Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.
Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Saturday, January 9, 2010

Friday, January 8, 2010

Online Photo Editing




Mai kita cuba edit gambar...

Tak perlu software...

Hanya secara online

TTp kena daftar dulu beb.....

Jangan risau... percuma saja...

Kalau berminat klik di sini

Thursday, January 7, 2010

Test Kelajuan Streamyx



Mai kita test kelajuan streamyx

Ngan TM Speedometer...

Mai tengok berapa kelajuan streamyx anda?

Kalau Nak uji .....

Klik di Sini..

Selamat mencuba!!!!!!!!!

Wednesday, January 6, 2010

Kekuatan Sedekah


Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”
Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”
Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Tuesday, January 5, 2010

Aduh Kena Saman


Duit ... awal-awal tahun dah habis...

Belanja anak-anak sekolah...

Kena pulak saman lagi...

Yang lama pun tak bayar.....

Pening-pening?????

Mari semak saman anda.... sama-sama kita pe bayar///

Klik di sini

Monday, January 4, 2010

Rancangan Tahunan Untuk Guru-guru




Untuk guru-guru.......

Rancangan tahunan bagi guru-guru yang mengajar ......

Tak perlu pening-pening kepala lagi...

Sila layari laman ini ..... dan download terus......

Jika ber minat sila klik di sini
Related Posts with Thumbnails