Waktu Solat

Monday, January 25, 2010

Amal Bekam Sunnah


Bekam Sunnah merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semasa hayat baginda . Ulama telah membuat kajian terperinci berkenaan amalan berbekam ini dengan berpandukan hadis-hadis sahih.Ulama Islam telah menganjurkan umat Islam supaya melakukan amalan berbekam ini sebagai amalan yang mendapat pahala bagi yang mengamalkannya. Malahan ia diredoi oleh Allah Subhanahuwataala.

Hadis yang berasal dari Ibnu Abbas dalam shohih al-Bukhari, Ath-Tibb,Juz1,hal 5680 yang bererti dalam sabda Nabi bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu , sayatan alat bekan dan kay dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay .

Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah bersabda dalam hadisnya yang bererti bahawa Sebaik-baik Perawat ialah Pembekam .

Marilah kita beramal dengan berbekam sunnah . Kembalilah kepada rawatan Islam yang sebenar . Sesungguhnya amalan bekam sunnah mempunyai banyak nas-nas sahih berdasarkan hadis-hadis nabi. Biarlah kita beramal sesuatu yang mempunyai sandaran yang kukuh ; iaitu tidak lain dan tidak bukan daripada seorang insan yang kamil lagi siddiq , Nabi Muhammad S.A.W. melalui hadis-hadis baginda . Janganlah kita berbuat sesuatu amalan dalam hal berubat tanpa ada sandaran yang benar ( sahih ) .

Jika anda berminat : sila hubungi Cikgu Zainal ( h/p : 0197070381 ) Kawasan Sekitar Bagai Serai, Perak

No comments:

Related Posts with Thumbnails