Waktu Solat

Friday, February 12, 2010

10 pintu syaitan

1. melalui sifat sombong dan angkuh

Firman Allah," Jangan engkau memiringkan pipimu ke arah manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yg suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah. "(Lukman : 18)

2. melalui sifat kedekut dan bakhil

Firman Allah, "sesungguhnya Tuhanmu yg meluaskan rezeki terhadap sesiapa yg dikehendaki- Nya(menurut undang2 dan peraturan-Nya) dan Dia juga yg menyempitkan( menurut yg demikian)"(al- Israk : 30)

3. melalui sifat takbur yg hadir dlm diri seseorg

Firman Allah. "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yg takbur."(an- Nahl : 23)

4. melalui sifat riak dan suka dipuji

Rasullullah pernah berkata, "3 perkara yg membawa kecelakaan ialah yg kikir dan disegani, orang yg mengikut hawa nafsu dan bangga dgn diri sendiri."

5. melalui sifat hasad dengki dan iri akan kelebihan org lain

Rasulullah bersabda, "hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu kering."

6. melalui sifat suka memandang rendah dan remeh kpd org lain

Abu Umamah pernah meriwayatkan, "3 org yg tidak boleh dihina kecuali org munafik ialah org tua muslim, org berilmu dan imam yg adil.

7. melalui sifat bangga diri atau ujub

Allah berfirman, "Janganlan engkau mengikut org yg hatinya Kami lalaikan(butakan) drpd peringatan Kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsu dan adalah perbuatan itu melebihi yg patut."(al-Kahfi : 28)

8.melalui sifat suka berangan-angan

Menurut Imam Ahmad,yg diriwayatkan oleh Abu Naim drpd Muaz bin Jabal, "jangan kamu bersenang-lenang dlm kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan org yg bersenang-lenang sahaja."

9. melalui sifat suka berangan-angan dan pemalas

Sabda Rasulullah, "Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya. "

10. melalui sifat suka berburuk sangka

Rasulullah bersabda, "Nanti akan ada orang berkata kpd orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yg berkata itulah yg paling rosak." (Riwayat Muslim)

No comments:

Related Posts with Thumbnails