Waktu Solat

Tuesday, August 31, 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan


Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Monday, August 30, 2010

ZAKAT FITRAH


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.



SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sunday, August 29, 2010

Seandainya Nabi SAW di sisi kita..




Kenapa kita tak nak buat rancangan macam niii?

Kita buat jugak candit camera.... ttp mengarut...!

Ikut sangat budata mat salleh tuuuu...

Contohnya rancangan ..." Wakenabeeeeeeb "

Pekena orang sampai teruk......

Sedangkan tak ada mesej kebaikan langsung yang dipaparkan...

Cuba buat macam rancangan dalam youtube tuuuu...

Kita dapat tengok masih ada tak lagi bangsa kita mempunyai peribadi yang mulia..

Fikir... lah sendiri !!!!!!!

Saturday, August 28, 2010

Wanita & rumput semalu

Untuk sekadar renungan bersama ......... bukan untuk mengajar .....

Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Insya-Allah.

"Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.(Qur'an, 3:190-191)."

Thursday, August 26, 2010

DI SEBALIK SEBUAH PENGERTIAN KEMERDEKAAN


Apa erti merdeka
Kalau remaja asyik seronok dan leka

Apa erti merdeka
Kalau anak muda badan tinggal tulang kerangka

Apa erti merdeka
Kalau remaja asyik dok fikir partner dan marka

Apa erti merdeka
Kalau anak –anak tak takut jadi anak derhaka

Adakah di katakan merdeka
Kalau manusia bebas buat apa dia suka

Adakah di katakan merdeka
Kalau anak murid tumbuk guru sampai luka

Adakah di katakan merdeka
Kalau pengantin berani tampar Tok Imam dekat muka

Adakah di katakan merdeka
Kalau orang bebas kalau jenayah sudah berluasa

Apakah itu merdeka
Kalau di atas tutup di bawah buka

Apakah itu merdeka
Kalau belum kahwin, perut besar buah nangka

Apa gunanya merdeka
Kalau di negara sendiri menjadi gurkha

Apa gunanya merdeka
Kalau masyarakat hidup berburuk sangka

Apa gunanya merdeka
Kalu negara diserang Amerika

Sebenarnya:
Segala-galanya punyai pengertian tersendiri

Apa yang perlu
Anda harus mencari dan terus mencari
Hingga anda temui

Erti sebenar di sebalik sebuah pengertian kermerdekaan ..... ?

Wednesday, August 25, 2010

Doa Untuk Bukan Islam Ketika Khutbah


Kisah niii tiba-tiba jee meletup..

Bermacam-macam andaian dibuat dalam hal ini..

Aku tak nak komen apa-apa dalam hal ini..

Maklumlah aku nii bukan arif tentang bab niiii

Kita janganlah hemtam kromo jeeee ..

Biar orang yang arif dalam hal ini tentukan sama ada

Iainya boleh atau tidak...

Aku kenal Ustaz Zakaria Haji Ahmad niii dah lama...

Dan aku pernah ikuti kuliah pengajiannya..

Beliau seorang yang berilmu...

Dah tentu sebarang tindakan beliau tak akan dibuat secara

membuta tuli..

Apa- apa pun mari kita baca jawapan dari Ustaz Zaharudin niii

Tuesday, August 24, 2010

Keredhaan Dari-Nya


Janji dan azamku.
Kanku perbataskan perbuatanku,
Kanku singkatkan perbualanku,
Kanku sukat gerak dan gayaku,
Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku,
Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki ajnabi.

Keranaku tahu juaku mengerti.
Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya,
Dilihat dari akhlaknya,
Ditinjau dari lemah-lembutnya,
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya,
Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya.
Pandanglah kataku,
Renunglah dengan mata hatimu setulusnya,
Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu,
Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan,
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran.
Seperti katamu yang kusemat dihatiku,
Hati ini milik-Nya,
Cinta ini kerana-Nya,
Hidup ini semestinya untuk-Nya.
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
dan pandangan hatilah yang hakiki.
Ketika iman sudah menghiasi hati,
dan kemanisannya mula dikecapi,
Semua ujian tidak akan menggugat diri,
Kesunyian kesedihan dan kekecewaan akan berganti,
dengan keyakinan dan kesyukuran.
Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman?
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya?

Monday, August 23, 2010

Sembahyang Hadiah....!


Hari Ahad semalam...

Aku peee.. sembahyang jenazah.. ( ada orang ajak )

Lepas tu.. depa ada bagi satu sampul surat ?

Rupa-rupanya ... untuk buat solat hadiah ( kpd jenazah tersebut )

Amalan Solat Sunat Hadiah dilakukan untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Ramai yang tak tahu cara solat ini :.... ( termasuk aku pun )

Caranya iaitu :--

Lafaz niat : Sahaja aku solat sunat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala Kedua2 rakaat dimulai dengan bacaan:-
Al-Fatihah 1X

Ayat Kursi 1X

Surah At-Takasur 1X

Surah Al-Ikhlas 11X
Selepas salam baca Al-Fatihah dan niat hadiahkan pahala Solat Sunat Hadiah tersebut kepada orang yang meninggal dunia.

Sunday, August 22, 2010

Belajar Tips Komputer






Banyak tip-tip berkaitan ngan komputer...

Kita boleh belajar...

Mai kita klik kat sini...

" tipsseo-blogger-komputer "

Saturday, August 21, 2010

12 SIFAT SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Friday, August 20, 2010

BACAAN AL QURAN YANG SANGAT MERDU





Kalau macam niiii bacaan dalam sembahyang ...........!!

ALLAH-HU-AKBAR الله أكبر

Sungguh merdu ayat-ayat quran....

Nescaya
Sembahyang Tarawih ramai yang tunggu sampai 20 rakaat...

Tak ada yang nak buat lapan rakaat jeeee


Thursday, August 19, 2010

Akhlak Muslim Bersiap Menyambut Ramadhan


Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkahan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan, Ramadhan adalah penghulu (pemimpin) dari sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal keistimewaan Ramadhan saja yang akan suka cita bila Ramadhan akan tiba.

Sepatutnya kita harus mempersiapkan diri baik-baik guna menyambutnya.

Bagaimana caranya?
Langkah-langkah berikut ini barangkali boleh membantu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa. Hendaknya kita memasuki dan menjalani puasa dengan pengetahuan, pedoman-pedoman yang baik, serta pengalaman-pengalaman yang telah lalu. Pelajaran itu boleh mengenai rukun, syarat sah, syarat membatalkan, perkara-perkara sunnah dan makruh, serta hikmah yang terkandung di dalamnya.

2. Persiapan rohani, iaitu menenangkan jiwa dalam menghadapi bulan puasa. Rasulullah dan para sahabat mempersiapkan kedatangan Ramadhan sejak enam bulan sebelum bulan tersebut tiba.

3. Memperbanyak doa sejak bulan ini (Rajab dan Sya’ban), semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi kesehatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah supaya kita dapat berpuasa dengan hati yang jujur, tulus dan jauh dari riya’, ujub, dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat untuk melaksanakan satu bentuk latihan dengan sempurna agar kita memperoleh predikat sebagai muttaqin (orang yang bertakwa).

5. Siapkan diri untuk menjalankan puasa dengan perkataan dan perbuatan yang baik dengan sepenuh hati serta ikhlas semata-mata kerana Allah.

6. Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan yang memberatkan dan merugikan diri, seperti berbelanja berlebihan, tenggelam dalam hiburan, membuang waktu, dan melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. Hal tersebut jesteru bertentangan dengan hikmah puasa.

7. Sambutlah bulan puasa dengan cita-cita dan azam (tekad) yang tinggi dengan memperbanyak ibadah, baik siang atau malam. Ini diperlukan untuk melatih diri dan mensucikan jiwa. Caranya dengan mulai melakukan ‘pemanasan’, yakni dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita sejak bulan Rajab dan Sya’ban.

8. Ucapkan tahniah kepada saudara seiman dengan kita. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa’i dari Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah senantiasa menggembirakan para sahabat saat kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah menggembirakan para sahabat dengan sabdanya, ”Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperoleh kebajikan pada malam itu, berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.”

Semoga dengan kesungguhan kita dalam menyambut kehadiran Ramadhan, kita bisa meraih kesuksesan dalam menjalankan ibadah puasa.

Wednesday, August 18, 2010

Saling Ingat-Mengingati





Sempena bulan ramadhan yang indah ini.
marilah kita saling ingat-mengingati.

Ahli mungkar lebih banyak menonjol daripada ahli haq :
yang tidak berakhlak seperti gemar mengata,
mengumpat, pengajak judi dan
tinggal solat lebih digemari orang.........

umur kita semakin singkat.
begitu jua umur dunia.
diam-diam tak diam
mati semakin menghampiri.
tanda-tanda kiamat semakin jelas.

semoga Allah swt memberi pertunjuk kepada kita semua
...amin..

Monday, August 16, 2010

Kelebihan Bersahur.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Sunday, August 15, 2010

Kelebihan Menjadi Wanita


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga

adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan

menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,

dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan

diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi

12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu

dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Saturday, August 14, 2010

Amalan Bacaan Sebelum Dan Tatkala Berbuka Puasa

BACAAN SEBELUM BERBUKA PUASA

Disunatkan baca sebelum berbuka iaitu ketka hampir waktu berbuka membaca kalimat-kalimat berikut seberapa banyak yang mungkin :




" Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Allah, aku memohon ampun kepada Allah. Aku pohon akan Engkau keredaanMu dan syurgaMu, dan aku berlindung denganMu dari kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulai, Engkau menyukai kemaafan maka memaafkanlah kami, ibu bapa kami dan sekalian muslimin dengan berkat limpah rahmatMu wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. "


DOA TATKALA BERBUKA PUASA

Disunatkan ketika hendak berbuka puasa itu membaca doa berikut :


" Ya, Allah, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman, dan di atas rezekiMu aku berbuka, dengan berkat limpahrahmatMu ( aku berupaya melakukan semua ini ) wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. Ya Allah, telah hilang rasa dahagaku, dan sudahpun kembali segar urat-uratku, dan telah tetap pahalaku - insya Allah Ta'ala - dengan berkat limpah rahmatMu wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. "

Friday, August 13, 2010

HINDARI PERKARA YANG MEMATIKAN HATI


PEMBUNUH jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya
Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya
Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia
Bahkan perosak segala-galanya terutama agama
Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati
Mata tidak dikawal daripada dosa
Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah
dan tidak bersopan
Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan
Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan
yang tidak halal
Di waktu keseorangan suka berangan-angan
dan berkhayal-khayal
Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal
Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati
atau menghitamkannya
Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan
kenalah jaga
Kerana di sana boleh memberangsangkan
nafsu haiwan kepada manusia
Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa
Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah
akan menimpanya
Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya
Lahirlah berbagai-bagai maksiat
dan kemungkaran oleh manusia
Gejala masyarakat pun bermaharajalela
Punah-ranahlah pergaulan manusia
Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian
di dalam masyarakat manusia
Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia
Di Akhirat masuk Neraka

Zikir La ilaha illallah








Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak – Fadhilat dan Kelebihan.






Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu ‘.

Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: ‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .

Tuesday, August 10, 2010

5 PESANAN RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ;
‘umatku diberikan 5 perkara yang
belum diberikan kepada umat
sebelum mereka iaitu ;

1.Apabila malam pertama bulan
Ramadhan, maka Allah melihat
mereka dengan kasih sayang
& barangsiapa yang dilihat Allah
dengan kasih sayang maka tidak
akan diseksa selamanya.

2.Allah memerintahkan kepada
para malaikat agar meminta
ampun untuk mereka

3.Bau mulut orang yang berpuasa
bagi Allah lebih harum dari
minyak misik

4.Allah berfirman kepada syurga
“berhiaslah engkau”.Dan Allah
berfirman pula, “beruntunglah
bagi hamba-hamba-Ku yang beriman,
mereka menjadi kekasih-Ku.”

5.Allah memberi keampunan
kepada mereka semua.’

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan....!!






Doa Bulan Ramadhan

Ya Allah, Ramadhan-Mu telah tiba,
Bulan suci yang di dalamnya Engkau janjikan beribu pahala.

Ya Allah, kami seharusnya sedar
masih terlalu banyak dosa dan kesalahan yang kini kami sandang
masih terlalu sedikit pahala untuk menghadap-Mu

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
Ampunilah dosa kami, dosa orang tua kami,
dan dosa para pemimpin kami

Ya Allah bukakanlah hati kami, lapangkanlah dada kami
Untuk saling memberi maaf diantara kami.

Ya Allah, kuatkanlah kalbu dan raga kami
Agar kami mampu menyempurnakan puasa kami.
Terimalah amal ibadah kami dalam redha-Mu Ya Allah.
Jadikanlah dan masukkanlah kami
Ke dalam golongan orang-orang yang bertakwa
Orang-orang yang bersuci
Sebagaimana bayi yang baru dilahirkan.

Amin.


Sunday, August 8, 2010

Tiga amanah wajib dijaga setiap mukallaf


Amanah kepada Allah
- Melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
- Ibn Mas’ud menyatakan bahawa amanah kepada Allah wajib ditunaikan dari perkara sekecil-kecilnya hingga perkara paling besar, termasuk dalam perkara mengambil wuduk, mandi junub, solat, puasa, zakat dan haji.


Amanah kepada diri sendiri
- Memelihara amanah yang membabitkan diri sendiri termasuk memelihara anggota tubuh badan iaitu lidah daripada mengumpat, mencaci dan sebagainya. Memelihara telinga daripada mendengar perkara yang keji dan dusta.
- Memelihara mata daripada memandang perkara yang haram. Seterusnya, memelihara seluruh anggota yang dikurniakan oleh Allah daripada terjebak ke lembah kemaksiatan yang boleh mendapat kemurkaan Allah SWT.

Amanah terhadap manusia
- Kewajipan ini meliputi kehidupan yang lebih luas yang membabitkan semua pihak sama ada secara langsung atau tidak.
- Ia boleh dikaitkan dengan seorang pelajar atau anak terhadap ibu bapa dan gurunya, guru terhadap murid, pekerja kepada majikannya, majikan terhadap orang bawahannya, alim ulama terhadap orang awam, isteri terhadap suami dan sebaliknya.
- Hal ini menunjukkan betapa besarnya amanah yang mempunyai kelangsungan dengan hidup kita dan sentiasa mengitari kehidupan duniawi, seterusnya mengecapi kebahagiaan ukhrawi.

- Ada banyak hadis yang memberi penekanan terhadap persoalan amanah, antaranya:

Sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah bahawa Rasulallah SAW bersabda: “Tunaikanlah/kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi)

Saturday, August 7, 2010

Saya Bertudung......tetapi...saya juga


Berpakaian :
Berbaju lengan labuh tetapi ketat.( Body shape )
Berbaju labuh tetapi lengan pendek.( T-Shirt )
Berbaju ,lengan Labuh tetapi seluar panjang Fit / low waist.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi 5 suku ( paras betis )
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh
tetapi tudung befesyen kebelakang nampak leher & dada.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi baju saya XX-ray

Bersifat :
( Penyayang ) Selalu keluar kesana sini dengan
teman lelaki.(Bukan Muhrim/Mahram)
( Mengeratkan Silaturahim ) Berpegangan Erat
tangan dengan teman lelaki semasa berjalan.
( Berhati-Hati ) Memeluk teman lelaki semasa membonceng motosikal.
( Ingin Tahu ) Selalu meletakkan kepala di
atas bahu teman lelaki saya semasa menyaksikan air laut.
( Tak cemburu ) Tak kisah Suami orang ker tidak.

Berpengalaman :
( Model ) memakai tudung semasa mengayakan
aksi-aksi di luar batasan.
( Penyanyi ) memakai tudung semasa berkaraoke
bersama teman-teman lelaki.
( Penari ) memakai tudung semasa beraksi di
atas pentas untuk uji bakat Malaysian Idol.
( Safety First ) memakai tudung semasa mencari
tempat maksiat yang line clear.
( Jurusolek ) memakai tudung tetapi kening ditarahnya sehingga nipis.

Friday, August 6, 2010

BERTUDUNG TAPI BERBONGGOL


“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.


“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Monday, August 2, 2010

Adab-adab Menziarahi Jenazah



1. Hadiah Al-Fatihah kepada simati

2. Ucapkan takziah kepada waris simati

3. Sebutkan kebaikan simati ,jangan sebutkan keburukan simati.

4. Uruskan jenazah seperti mandikan, kapankan dan solat kepada simati.

5. Hantar simati tanah perkuburan.

6. Beri sumbangan makanan atau wang kepada waris simati.

7. Halalkan kesalahan atau hutang atau tuntut hutang kepada waris simati selepas selesai
pengebumian.

8. Doakan simati supaya Allah beri rahmat dan cucuri rahmat kepada roh simati
Related Posts with Thumbnails