Waktu Solat

Sunday, August 8, 2010

Tiga amanah wajib dijaga setiap mukallaf


Amanah kepada Allah
- Melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
- Ibn Mas’ud menyatakan bahawa amanah kepada Allah wajib ditunaikan dari perkara sekecil-kecilnya hingga perkara paling besar, termasuk dalam perkara mengambil wuduk, mandi junub, solat, puasa, zakat dan haji.


Amanah kepada diri sendiri
- Memelihara amanah yang membabitkan diri sendiri termasuk memelihara anggota tubuh badan iaitu lidah daripada mengumpat, mencaci dan sebagainya. Memelihara telinga daripada mendengar perkara yang keji dan dusta.
- Memelihara mata daripada memandang perkara yang haram. Seterusnya, memelihara seluruh anggota yang dikurniakan oleh Allah daripada terjebak ke lembah kemaksiatan yang boleh mendapat kemurkaan Allah SWT.

Amanah terhadap manusia
- Kewajipan ini meliputi kehidupan yang lebih luas yang membabitkan semua pihak sama ada secara langsung atau tidak.
- Ia boleh dikaitkan dengan seorang pelajar atau anak terhadap ibu bapa dan gurunya, guru terhadap murid, pekerja kepada majikannya, majikan terhadap orang bawahannya, alim ulama terhadap orang awam, isteri terhadap suami dan sebaliknya.
- Hal ini menunjukkan betapa besarnya amanah yang mempunyai kelangsungan dengan hidup kita dan sentiasa mengitari kehidupan duniawi, seterusnya mengecapi kebahagiaan ukhrawi.

- Ada banyak hadis yang memberi penekanan terhadap persoalan amanah, antaranya:

Sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah bahawa Rasulallah SAW bersabda: “Tunaikanlah/kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi)

No comments:

Related Posts with Thumbnails