Waktu Solat
Saturday, January 22, 2011
10 jenis solat tidak diterima.....
RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”
Rasulullah bersabda: “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah, antaranya:
Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
Orang lelaki mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
Orang lelaki menjadi imam, padahal orang menjadi makmum membencinya.
Orang lelaki melarikan diri.
Orang lelaki minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
Orang suka makan riba.
Orang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment