Waktu Solat

Sunday, February 27, 2011

11 Tips Menghindari Marah


IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.


Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah...walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah...segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya...

Friday, February 25, 2011

Bahagia dan sengsara ada petandanya


Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

Thursday, February 24, 2011

Kesabaran itu KUNCI kejayaan


Sabar

Sayyidina Ali K.W

1. Sabar adalah kunci kesenangan.

2. Sabar adalah benteng dari kefakiran.

3. Sabar adalah keberanian.

4. Kesudahan sabar adalah positif dan menyenangkan.

5. Sabar termasuk salah satu sebab kemenangan.

6. Sabar adalah kendaraan yang tidak akan menjatuhkan pengendara¬nya.

7. Menanggung kesombongan kehormatan lebih berat daripada menanggung kesombongan kekayaan, dan kehinaan kefakiran menghalangi seseorang dari kesabaran, sebagaimana kebanggaan kekayaan mencegah seseorang dari berbuat adil.

8. Menanggung beban adalah kuburan aib.

9. Sabar ada dua, yaitu: sabar terhadap apa yang engkau benci, dan sabar terhadap apa yang engkau sukai.

10.Buanglah darimu segala kesusahan yang menimpamu dengan kesabaran yang teguh dan keyakinan yang baik.

11.Sesungguhnya di antara perbendaharaan kebajikan adalah sabar terhadap segala musibah dan menyembunyikan musibah itu.

12.Orang yang bersabar pasti akan meraih keberuntungan, meskipun itu diperoleh setelah waktu yang lama.

13.Bagi setiap bencana pasti ada batas yang berakhir padanya, sedang¬kan obatnya adalah sabar terhadapnya.

14.Kesabaran yang teguh akan memadamkan api nafsu.

15.Seandainya kesabaran berbentuk seorang laki-laki, pasti dia adalah seorang laki-laki yang saleh.

Wednesday, February 23, 2011

Mencari KEREDHAAN-Nya...

Bila melihat alam yg indah ini

Tidak terasa kebesaran ALLAH

Bila mendapat musibah..lupa dirinya HAMBA

NIKMAT yang datang tiada terasa dari-NYA.

Sepatutnya rasa malu kepada-NYA

Kerana ANUGERAH-NYA kepada kita

Membuat DOSA rasa kekesalannya

BUTA HATI lebih MERBAHAYA

BUTA MATA tidak nampak DUNIA

BUTA HATI tidak nampak KEBENARAN

BUTA HATI ditipu NAFSU dan SYAITAN

Bukan dilupakan saja..semua orang rasa

BANGGA dengan DOSA..

Bila menyebut NERAKA tidak terasa akan

GERUNNYA..

Bila menyebut SYURGA tidak terasa

NIKMATNYA..

ITU MENUNJUKKAN JIWA KITA MATI ATAU

BUTA...



...... DI MANA KITA....????

Monday, February 21, 2011

Kanta Lekap Dan Hukumnya


Ustaz Ahmad Adnan yang di petik dari blognya menjelaskan tujuan pemakaian kanta lekap adalah terbahagi kepada dua iaitu :
1. TUJUAN PERUBATAN- bagi orang yang memakainya kerana masalah mata yang di hadapinya memakainya sebagai ganti cermin mata.Hukumnya adalah harus dengan syarat tak mendatangkan mudarat.
2.TUJUAN PERHIASAN-bagi yang memakainya sekadar suka-suka bukan kerana keperluan (bukan masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan.Perhiasan di haruskan selagi tidak melanggar syarat iaitu :
  • tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  • tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain
  • tidak mengubah ciptaan Allah
  • tidak merupa penipuan atau pemalsuan
  • tidak menyerupai perbuatan orang kafir
  • tidak berkebihan
  • tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat -syarat di atas sebahagian ulama telah memfatwakan haram memakai kanta lekap yang berwarna (mengubah warna mata yang asal)kerana ia mengubah ciptaan Allah,berupa penipuan ,pelmalsuan dan meniru perbuatan orang kafir serta membawa kemudaratan sebagaimana yang telah di sahkan oleh doktor.
Ditambahkan lagi bagi perempuan boleh mendatangkan fitnah iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya.Bagi penggunaan kanta lekap dalam pengambilan wuduk,solat dan puasa tidak menjekaskan ibadat.Bahagian dalam mata tidak wajib di basuh atau di sampaikan air kepadanya dan yang wajib hanya diluar sahaja iatu kelopak mata.Begitu juga dengan puasa.Menurut ulama memasukkan sesuatu kedalam mata tidak membatalkan puasa.Solat juga tidak terjejas kerana memakai kanta lekap.


sumber ; http://ilmudanulamak.blogspot.com

Saturday, February 19, 2011

Alangkah Peliknya Kita


Alangkah peliknya kita......


Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil
bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,

30 minit terasa terlalu lama utk berzikir
tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya,

betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Pelik ya,

tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan
kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,

dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak
sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan
tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,

pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,
tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya,

susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan
saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn
bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya,

rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran
walau satu halaman, tp majalah hiburan
dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,

ramai org berebut paling depan utk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang
bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,

susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya,

kita begitu percaya pada yg dikatakan di email
yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa
yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya,

kita boleh mengirimkan ribuan jenaka
dan surat berantai di email, tapi bila mengirim
yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Friday, February 18, 2011

CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM


Perlu disedari, dalam memilih pemimpin, ada tanggungjawab yang akan dipikul di hadapan Allah SWT terhadap pilihan kita. Di antara ciri2 pemimpin dalam Islam, ialah:

1. Jujur
Pemimpin Islam mestilah jujur terhadap dirinya sendiri serta pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik yakni pemimpin yang perkataannya selari dengan perbuatannya.

2. Layak
Kelayakan di dalam kepimpinan serta ilmu2 berkaitan mestilah dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orangramai hanya akan mengikuti seseorang jika mereka benar-benar meyakini bahawa orang yang memeompin mereka benar-benar berilmu serta mengetahui apa2 yang sedang dan akan dilakukannya.

3. Pendorong (Inspirasi)
Orang ramai akan merasa lapang sekiranya pemimpin mereka membawanya pada rasa tenang dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk mana sekalipun situasi yang sedang dihadapi.

4. Sabar
Pemimpin Islam haruslah bersabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan masalah, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil sebarang keputusan dalam apa jua situasi. Segala keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan yang teliti.

5. Rendah diri
Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah diri, tidak suka menunjukkan kelebihannya (riya') serta tidak merendahkan atau menghina orang lain.

6. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di—rahimahullah—mengatakan: "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya—padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan pemimpin2 selain baginda?"

7. Berkomunikasi dengan rakyatnya
Seorang pemimpin Islam juga perlu pandai berkomunikasi dengan orang ramai. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi dengan mengenepikan sikap emosional atau kepentingan sendiri. Dan yang terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil satu tindakan yang tepat di dalam apa jua keadaan.

Thursday, February 17, 2011

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

Tuesday, February 15, 2011

Antara Takut Dengan Allah Dengan Manusia


Saranan hendaklah takut kepada Allah
Selalu sahaja di dalam ceramah-ceramah
Di atas mimbar, hari Juma’at ketika khutbah
Hati tidak juga terasa
Biasa saja
Ketika Allah disebut hati tidak terasa apa-apa
Takut tidak juga membara

Tapi teringat sahaja peperiksaan akan tiba
Bimbang menerpa
Selepas periksa
Bimbang lagi
Takut keputusan tidak berjaya
Bila hendak bertemu boss
Hati gementar bila bertemu
Lebih-lebih lagi gementar
Bila ditanya oleh boss
Gugup sahaja

Dengan bini yang cerewet dan membebel tidak jemu-jemunya
Si suami bila balik jantung berdenyut-denyut hati bergelombang
Takut ditanya tengking herdik
Sumpah seranah mesti kena
Apatah lagi ketua negara
Bila berada dengan orang-orang pentingnya
Tidak ada yang sanggup berkata
Kalaupun berkata, gugup-gugup sahaja
Boss mereka bila berkata
Semua mereka angguk-angguk setuju
Walaupun hati belum tahu
Walaupun ada yang tidak setuju
Semuanya membisu
Kalau beri pandangan sebaliknya
Takut jawatan yang ada terancam
Tumpah pula periuk nasi

Padahal Allah selalu mengancam dan menggugut
Memberi amaran dan ingatan
Dengar macam tidak dengar
Tahu macam tidak tahu
Percaya macam tidak percaya
Justru tidak terasa apa-apa
Tidak tergugat pun jiwa,
Tidak gerun, tidak gentar
Perasaan hati biasa sahaja

Begitulah manusia banyak sangat yang ditakutinya
Namun begitu takutkan Allah tidak juga terasa
Insaflah wahai manusia.........

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya,
Hanyalah orang-orang yang berilmu....

Monday, February 14, 2011

Terima Kasih Allah


Bersyukurlah anda belum memiliki segalanya yang anda impikan,
Jika tidak, apa yang anda ingin nantikan dalam hidup?

Bersyukurlah bila anda tidak tahu akan sesuatu,
Kerana membuka mata anda untuk belajar mengenainya..


Bersyukurlah menghadapi saat2 kesusahan dalam hidup,
Kerana saat2 itu mengajar anda untuk menjadi lebih matang..


Bersyukurlah dengan kekurangan diri anda,
Kerana membolehkan anda memperbaiki diri.

Bersyukurlah dengan setiap cabaran dan dugaan hidup yang melanda,
Kerana ia membantu anda untuk menjadi lebih kuat..

Bersyukurlah dengan kesilapan yang anda pernah lakukan dalam hidup,
Kerana ia akan menjadi pengajaran yang amat berharga buat anda..

Bersyukurlah ketika anda berasa letih dan lesu,
Kerana itu bererti anda telah melakukan suatu perubahan dalam hidup..

Sangat mudah untuk berterima kasih pada Allah apabila mengalami perkara2 yang baik dan indah..
Sebuah kehidupan yang bermakna dan tenang akan dinikmati oleh mereka yang turut mengucapkan terima kasih pada Allah saat2 menghadapi ujian dalam hidup..

Perasaan syukur dapat menukar sesuatu yang negatif menjadi positif,.
Cubalah sedaya upaya untuk berterima kasih pada Allah tatkala dilanda masalah dan cabaran hidup kerana sesungguhnya ia memberi peluang berharga untuk anda mencari rahmat Allah..

Sunday, February 13, 2011

7 HABUAN MATI SYAHID


Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar

2. Melihat tempat duduknya di Syurga

3. Dihiasi dengan hiasan iman

4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga

5. Dilindungi daripada seksa kubur

6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat

7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya

Friday, February 11, 2011

Wanita yang suka menangis...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya satu hari dia berdoa kpd Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya


" tempat dimana cinta itu ada."



Mesej ini buat setiap wanita
Mesej ini juga buat kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan
kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata.
Selami lah hati wanita mu..

Thursday, February 10, 2011

Menghilangkan Penyakit Hati Busuk


Jenis Penyakit Hati:

Iri, Dengki, Fitnah, Hasut, Prasangka Buruk, Khianat, dan lain-lain.

1. Tidak Banyak Bicara

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

Wednesday, February 9, 2011

Penyakit Kronik Masa Kini


Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:

"Pada suatu hari kelak, umar-umat akan memusuhi kalian(Islam) dari segala penjuru, seperti orang-orang lapar yang merebutkan makanan."

Para sahabat bertanya, "Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Bahkan, jumlah kalian pada waktu itu banyak, akan tetapi kalian hanya bagaikan buih yang terbawa arus air; dan sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari dada para musuh kalian; dan sungguh Allah akan mencampakkan wahn di dada kalian. "

Para sahabat bertanya kembali, "Apakah wahn itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."


Kita umat Islam memang bagai buih di lautan, sangat banyak. Namun sangat lemah.

Parah dalam kesakitan.

Umat Islam tenat sekarang.

Siapa perawatnya? Doktor mana?

Kita....

Kita yang sakit ini, perlu makan ubat-ubat iman. Kapsul-kapsul agama.

Ubat yang paling mujarab ialah Antibiotik Al-Quran dan Panadol Al-Hadis.

Cuba kita rawat diri, kemudian kita perlu juga rawat sahabat kita. Rawat masyarakat.

Rawat dengan baik.

Kita rawat dengan sepenuhnya, sehingga penyakit cinta dunia ini tidak muncul menjangkit lagi.

Kita lihat para doktor di klinik yang merawat para pesakitnya, jika dia sering mengungkit tentang penyakit-penyakit mereka, bagaimana mereka kan sembuh? Bahkan mereka menjadi makin parah.

Tetapi jika kita berbicara kepada mereka tentang mereka akan sembuh, mereka akan sedaya upaya dipulihkan, Nescaya, mereka akan bertambah gembira dan secara tidak langsung, mereka akan cepat pulih...

Apabila dikiaskan dengan umat Islam kini, kita memang dapat lihat banyak berlakunya persengketaan dan perpecahan. Jika kita hanya mengungkit kembali masalah-masalah umat ini dan malah memburukkan lagi dengan kecaman demi kecaman, umat malah akan menjadi semakin sakit..

Sebaliknya jika kita tidak mengungkit tentang masalah umat serta menjalankan usaha dakwah dan nasihat serta saling ingat mengingati, umat akan beransur pulih, sepertimana analogi pesakit tadi.

Begitu juga kita sebagai invidu Muslim, mula dengan diri kita, kita sembuhkan diri, kemudian kita juga perlu menyebar penawar tadi kepada yang lain...

Tuesday, February 8, 2011

Larangan sambut Hari Kekasih @ Valentine's Day


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Bukti-bukti Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian iaitu :

i. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine's Day menyebut bahawa: "Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love." Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

ii. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

iii. Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan 'Corpus St. Valentine Martyris'. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

iv. Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-

a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania

b. St. Valentine's Catholic Church di Peru, Illinois

c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania

d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich

e. St. Valentine Church di Buffalo, New York

Adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine's Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.

Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka. Maka para ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir.

Monday, February 7, 2011

Sunday, February 6, 2011

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Friday, February 4, 2011

Buat Isteriku YangTercinta


Ya Allah ...
Ya Tuhan kami
Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim..
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu di atas Arsy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya... Isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya

Ya Allah...Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang di sayangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya
Hanya padaMu Ya Allah ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang sering keliru
Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujia dariMu

Ya Allah .. Sesungguhnya diriku ini Hanyalah HambaMu yang Lemah dan Fakir
Limpahkan lah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah
Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah , atas segala Dosa-dosa yang telah aku lakukan

Tuesday, February 1, 2011

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Untuk maklumat terkini sila layari laman

ini http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/


Tuesday, February 1, 2011

update 04:49pm 1/2/2011 (Selasa) GMT +8

dilaporkan oleh Azizi Al Fahri, sumber Wan Mas Wan Ismail

1. pelajar dari Iskandariah berjaya mendapatkan penerbangan ke KLIA transit di Jordan flight Royal Jordan dari Airport Alexandria (Burg El Araby) -airport lagi satu, yang tak kena bom-

2. tiket boleh dibeli dari Malaysia, keluarga hanya perlu menghantar "reference code , ticket flight number e-ticket" kepada pelajar.

3. Semua airline o.k kecuali Egypt Air, elakkan Egypt Air.

INI ADALAH EFFORT PELAJAR SENDIRI YANG MEMBELI TIKET. BUKAN PROSES EVAKUASI DARI KERAJAAN. HARAP MAKLUM




keterangan di atas ... kita dapat maklum bahawa tiada usaha dari pihak KERAjaan untuk membantu para pelajar kita di Mesir....

mana pihak berwajib.....? kalau kena kat anak bini depa cepat ambil tindakan.

Mari kita berdoa agar semua pelajar kita selamat pulang ke tanahair.

Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan


- Rumah yang bersih dari kotoran

- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah

- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)

- Penghuninya jujur dan tidak berdusta

- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)

- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)

- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
Related Posts with Thumbnails