Firman Allah swt yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah  dari melakukan perbuatan keji dan mungkar" dan sekiranya solat yang kita  kerjakan tidak mampu mencegah diri kita dari melakukan maksiat, maka  rujuklah kembali solat kita akan kesempurnaannya.
1. Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku  Islam tetapi engkar baginya bahkan langsung tidak pernah mendirikan  Solat sepanjang hayat
2. Seseorang yang Solah bermusim 2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal  dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi  Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan  yang fardu mengamalkan yang sunat.
3. Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap  sendiri sekadar mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan  ini.
4. Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah  mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa  roh.
5. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah  akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.
6. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah  akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.
7. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah  khusyuk lahir batin akan tetapi masih belum berasa nikmat kesedapan  beribadah.
8. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin.
9. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah  serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan  beribadah.
10. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah  serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan  beribadah.Dapat merasakan nikmat kehadiran Allah SWT dihadapan  dirinya.Maka terbuka hijab dimulai dari takbiraul Ihram hingga selesai  memberi salam.
No comments:
Post a Comment