Waktu Solat

Friday, April 29, 2011

Thursday, April 28, 2011

Lima perkara semua kita mahukannya


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3: Kesihatan yang baik
4: Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita
5: Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Senang saja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari :-

Kata Nabi Muhammad S.A.W;

1. siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
2. siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
3. siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
4. siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
5. siapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Monday, April 25, 2011

5 Perkara Yg Mesti Disegerakan


Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.

Saturday, April 23, 2011

Al-Muttaqin TV




satu website yang bagus...
Sebab banyak mengandungi video2...
Dari sumber2 yang boleh dipercayai (Insyallah).......

Mai Kita buka la...... www.almuttaqin.tv
Moga2 sama2 kite mendapat pencerahan dan rahmat dari Maha Pencipta....
Wallahu A'alam...

Friday, April 22, 2011

Menghayati Kebesaran Ilahi


12 Barisan Di Padang Mahsyar Kelak


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk **** hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."



BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Tuesday, April 19, 2011

7 Golongan Yang Mendapat Naungan ALLAH di Padang Mahsyar


Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan ALLAH di Padang Mahsyar nanti, di mana pada hari itu tiada naungan selain naungan ALLAH SWT:

1. Pemimpin yang adil- bukan hanya pemimpin negara tetati menrangkumi semua golongan yang dikatakan sebagai pemimpin seperti ayah , pemimpin dalam keluarga, ketua kampung, guru besar, dan lain-lain.

2. Remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada ALLAH


3. Lelaki yang hatinya bertaut kepada masjid


4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana ALLAH; mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH


5. Lelaki yang digoda(untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita bangsawan lagi jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.”

6. Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekah oleh tangan kanannya

7. Orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat sunyi hingga mengalir air matanya

Sunday, April 17, 2011

Antara 7 perkara selalu di amalkan oleh Rasulullah SAW


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman”(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)”(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah”diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Saturday, April 16, 2011

Ciri-ciri wanita ahli Surga

01.Bertakwa

02.Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03.Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05.Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06.Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07.Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10.Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11.Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14.Berbakti kepada kedua orang tua

15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Friday, April 15, 2011

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wednesday, April 13, 2011

Tips mudah membersihkan hati..


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir
Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?

Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.

1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan

2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati

3. Berakhlak baik

4. Menimba ilmu tanpa henti ( terutama ilmu akhirat )

5. Bekerja keras cara bijak

6. Bersederhana dalam hidup

7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja

8. Memaafkan orang lain

Sunday, April 10, 2011

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Saturday, April 9, 2011

Pesanan Rasulullah SAW kepada wanita


Dari Aisyah bwh adiknya Asma pernah dtg mengadap Rasulullah SAW dgn pakaian yg nipis..[mendedahkn auratnya]....lalu Rasulullah bersabda,"apabila seorang wanita telah baligh tidak boleh lgi terlihat[auratnya]......kecuali ini dan itu,"Rasulullah menunjukkan pada muka dan tapak tangan baginda....

Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu wanita yg berpakaian tpi telanjang(dedah aurat).Yg condong kepada maksiat & menarik org lain utk bermaksiat.mereka ini tdk akn msok syurga dan tidak akn mencium baunya."

Rasulullah saw bersabda"tidak dibenarkn seorng lelaki duduk berdua-duaan dgn wanita TANPA DIHADIRI MUHRIM<-(adik beradik lain).Rasulullah saw bersabda"tdk berdua-duaan seorang lelaki & wanita melainkan yg ketiganya syaitan"

"Setiap wanita mana yg memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum.......supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti dia telah BERZINA"

HARGAILAH DIRIMU SEBAGAI SEORANG WANITA.....
"seindah2 perhiasan dunia.....adalah wanita solehah"...

Friday, April 8, 2011

32 laknat yg menakutkan..

Menurut Al-Quran dan Hadis terbongkar sebab-sebab serta jenis manusia yang beroleh laknat dari Allah. Mari kita renungkan dan menjauhinya..

1. wanita yang membuat tatu atau yang menyuruh membuat tatu.

2. wanita yang menyambung rambut atau meminta untuk disambung rambutnya(palsu)

3.Orang yang mencabut bulu keningnya atau meminta supaya bulu keningnya dicabut

4.Orang yang mengasah giginya atau orang yg meminta giginya diasah

5. Pemakan riba, wakilnya, penulisnya dan saksinya.

6. pengamal cina buta atau orang yang mengupah agar melakukan cina buta.

7. Pencuri, perompak, peragut dan seumpamanya.

8. peminum arak, penghidangnya, pemerahnya , penjualnya, orang yang memakan bayarannya, pembawanya dan orang yang menerimanya.

9. pengubah tanda sempadan tanah

10. pencaci kedua ibu bapanya

11. orang yang percaya adanya ****

12. lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki

13. orang yang menyembelih binatang-binatang untuk selain Allah s.w.t

14. pembuat bid'ah dan para pembantunya.

15. orang yang membuat dan mengukir patung-patung.

16. golongan homeseksual.

17. orang yang menyesatkan (melencongkan) orang yang buta dari perjalanannya.

18. orang yang memperkosa binatang

19 orang yang mencederakan muka haiwan

20.orang yang memudarat dan memperdayakan orang Islam

21. orang yang berzina dengan isteri orang lain

22. suami yang menyetubuhi isterinya melalui duburnya

23. orang yang melakukan kerosakan di muka bumi

24. orang yang memutuskan silaturrahim

25, orang yang menyakiti Rasulullah s.a.w

26.orang yang menyembunyikan sesuatu yang diperintahkan Allah agar disampaikan

27. orang yang menuduh wanita-wanita mukminat yang suci dengan tuduhan perzinaan

28. orang yang menganggap jalan (AGAMA) orang kafir lebih baik daripada agama Islam

Selain itu terdapat juga laknat para malaikat sebagaimana terkandung di dalam Al Quran dan hadis nabi s.a.w

29. malaikat melaknati isteri yang menjauhi tempat tidur suaminya di waktu malam sampai subuh.

30. malaikat melaknat orang yang dinisbahkan kepada selain bapanya

31. malaikat juga melaknati orang yang mengacu-acukan pisau (senjata) ke arah kawannya

32. malaikat juga melaknati orang yang melaknati para Sahabat ridwanullahi 'alaihim.

Sama-sama lah kita menjauhi sebab-seba kelaknatan tersebut sebagaimana kita menjauhi binatang-binatang yang buas. Usahlah kita menuruti dan mengikuti jalan-jalan iblis laknatullah serta syaitan yang terkutuk!

Thursday, April 7, 2011

Pelik dengan perangai manusia sekarang

Aku tak pelik dengan perangai manusia hari ini.

Aku pelik dengan orang yang bertanya perkara-perkara pelik.

Umat Islam pada hari ini banyak pada kuantiti tapi kurang kualiti.

Kebiadapan mencemuh orang adalah akibat kurangnya akhlak yang diterapkan didalam Islam.

Umat Islam pada hari ini suka berhibur laki perempuan menari poco-poco bersama dengan alasan bersenam.

Perbuatan yang tak menghalalkan cara.

Sejauh manakah batas-batas ini dijaga? ade? takde kan...

Yoga ada perbuatan pemujaan yang dilakukan oleh penganut hindu.
Sedangkan Islam melarang umatnya meniru perbuatan penyembahan yang dilalukan oleh orang kafir. Kalau nak kata senaman, solat pun senaman yang lagi berpahala. Kenapa tak buat? kita terlalu meniru-niru perbuatan orang kafir.

Sekarang heboh pula video lucah ...... Tersebar secara berluasa...? Setahu aku... kalau seseorang itu mengedar atai memiliki video lucah akan ditangkap dan didakwa ttp ada orang menyatakan beliau ada simpan video lucah kenapa tak ditangkap?????????

Kita niii seronok sangat dengan cerita yang tidak benar....!!! Wahai seluruh rakyat Malaysia jika kita menyebarkan fitnah maka tunggulah azab dari ALLAH.

Allah s.wt. telah berfirman maksudnya
"Hai bani selama engkau berdoa dan berharap kepadaku, aku ampun akan apa yang terjadi daripada kamu dan tidak aku hirau bertapa banyaknya.
Hai bani adam andaikan dosa mu memuncak kelangit kemudian engkau meminta ampun kepada ku, aku ampun bagi mu dan tidak aku hiraukan bertapa banyaknya.
Hai bani adam sendainya engkau datang kepadaku dengan dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan aku dengan sesuatu pun, nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan."

Pandangan Ulama pada hari ini dipandang sepi. Pandangan orang berkepentingan dunia lebih dipandang tinggi.
Jika Ulama bersuara dan mengeluarkan fatwa maka ada pihak-pihak yang menidakkannya.

Tuesday, April 5, 2011

KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI


Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani. Antaranya ialah:

1. MENGGANGGU KETENANGAN

Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.

2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN

Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk, muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati, sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari Tuhan.

3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA

Jika orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.

4. MEROSAKKAN JASMANI

Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.

Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila.

Monday, April 4, 2011

7 wasiat


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Sunday, April 3, 2011

MENANTI DI BARZAKH


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Related Posts with Thumbnails