Waktu Solat

Tuesday, December 28, 2010

NELAYAN MUKMIN DAN NELAYAN KAFIR


Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."

MORAL & IKTIBAR
o Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka
o Dunia adalah syurga orang kafir
o Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat
o Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga
o Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka
o Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya
o Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang
o Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorang bukan bermakna Allah meredhainya
o Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati
o Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia
o Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya. Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan sebenarnya

Kaedah menubati penyakit riya’


Pertama: Bermohon dan berlindung dengan Allah agar sentiasa melindungi kita dari penyakit riya’.

Sabda Rasullulah s.a.w “Wahai sekalian manusia. Peliharalah diri dari kesyirikan ini kerana ia lebih samar dari langkah kaki semut” Mereka bertanya: “Wahai rasullulah s.a.w, bagaimanakah kami memelihara diri darinya padahal ia lebih samar dari kaki semut? Beliar menjawab (lalu membacakan doa):

Ya Allah kami berlindung dari Mu dari perbuatan syirik yang kami ketahui. Dan kami mohon keampunan kepadaMu pada apa yang kami tidak ketahui”

Kedua: Mengenal riya’ dan berusaha menghindarinya.

Ketiga: Menyedari bahawa kesan akibat kepada riya’ ini adalah satu kecelaan di dunia dan di akhirat.

Keempat: Menyembunyikan dan merahsiakan amal ibadah. Apa yang disembunyikan adalah amalan nawafil sahaja. Sedangkan yang fardhu akan dizahirkan dengan syarat aman dari riya’.

Kesemua ini tidak akan dapat dilakukan tanpa ada mujahadah dan latihan yang berterusan dan bersungguh-sungguh.

Sunday, December 26, 2010

4 perkara berharga dlm Islam

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.

Maka... .
Akal boleh hilang disebabkan marah.

Agama boleh hilang disebabkan dengki.

Malu boleh hilang disebabkan tamak.

Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
- Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
- Para ahli waris akan menarik hartanya.
- Ulat akan menarik tubuhnya.
- Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:

Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

- Memberi maaf pada waktu marah.
- Suka memberi pada waktu susah.
- Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
- Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

- Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
- Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
- Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
- Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Thursday, December 23, 2010

3 amalan sunnah yang termudah...


Rata-rata dari kita mungkin masih belum mengetahui ttg 3 perkara sunnah yg nabi SAW sentiasa lakukan yg terlalu mudah utk diikuti oleh kebanyakkan dari kita... Namun begitu, ada jugak yg suka melakukan sunnah yg terpaling susah utk diikuti iaitu poligami...

Walaupun ianya bukanlah menjadi suatu penghalang dlm agama islam sendiri iaitu utk berpoligami... namun ianya dikategorikan sebagai sunnah yg paling sukar diikuti... ( dari segi keadilan )

Justeru itu ada 3 sunnah yg termudah utk diikuti oleh kita semua iaitu :-

1. Menyebarkan salam sesama sahabat handai dan org yg tidak dikenali.

2. Sedekah senyuman yg menawan (tapi pastikan senyum pada org yg tertentu sajer)

3. Memaafkan kesalahan orang lain selalu...

Insyaallah jika 3 sunnah termudah niiii kita dpt laksanakan, ianya sudah memadai dari melaksanakan sunnah² yg lain terlebih dahulu......

Kemudian... perlahan-perlahan kita tambah amalan sunnah yang lain pula..

Tuesday, December 21, 2010

6 PERSOALAN HIDUP


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. " Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
( Surah Al A’araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Monday, December 20, 2010

KELEBIHAN MERAPATKAN SAF


Mengapa saf perlu dirapatkan?

Seorang pakar fizik dari USA telah membuat kajian tentang mengapa Islam menitikberatkan saf yang rapat setiap kali solat berjemaah.

Dalam tubuh manusia, terdapat dua jenis cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.Keseimbangan antara cas-cas ini akan menyebabkan tubuh seseorang itu berasa segar dan bertenaga.

Setiap hari, kita melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga. Penggunaan tenaga akan menyebabkan berlakunya lebihan cas negatif. Cas negatif dapat dineutralkan jika kita bersentuhan dengan seseorang yang lain. Dalam Islam soal merapatkan saf ketika solat berjemaah amat dititikberatkan. Ketika merapatkan saf, bahu akan bersentuhan antara para jemaah. Jadi, ini sekaligus akan meneutralkan cas didalam badan seseorang.

Menyentuh bab rakaat dalam setiap solat.Apa hikmah rakaat dalam solat Subuh hanya 2 rakaat? Ini kerana pada waktu subuh, cas-cas dalam badan seseorang itu hampir-hampir seimbang. Oleh itu 2 rakaat sudah memadai untuk solat berjemaah(meneutralkan cas).

Pada waktu Zohor pula, banyak tenaga telah digunakan untuk melakukan kerja. Jesteru, 4 rakaat adalah memadai untuk meneutralkan cas di dalam badan. Begitu juga waktu asar setelah menyambung tugas. Waktu maghrib pula 3 rakaat setelah kita penat memandu untuk pulang dari pejabat.

Timbul pula persoalan di benak pakar fizik tersebut, mengapa pula solat Isyak 4 rakaat sedangkan selepas itu adalah waktu untuk tidur? Selepas diselidik, fahamlah pakar fizik tersebut bahawa umat Islam digalakkan bangun malam untuk qiamullail.

Akhirnya pakar fizik tersebut mengagumi betapa indahnya Islam. Segala ibadah mengandugi faedah yang tersendiri. Dengan taufik hidayah Allah akhirnya pakar fizik tersebut memeluk Islam.
Related Posts with Thumbnails