H1N1 atau selsema babi kini berada di tahap membimbangkan, ia merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.
Di Malaysia khususnya umat islam apabila disebut sahaja virus selsema babi timbul satu perasaan resah, takut, bimbang dan bermacam-macam lagi. Tetapi mereka tidak takut dengan virus rasuah, zina, couple, murtad, buka aurat, maksiat dan bermacam lagi yang menular begitu cepat lagi cepat dari H1N1.
Apa yang menghairankan, mengapa pusat-pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah dilanda wabak ini? Adakah terlalu banyak maksiat berlaku di institusi pendidikan sehingga turunnya bala Allah? Jika kita hanya memandang H1N1 ini sebagai satu penyakit dan bukannya bala Allah, maka tidak timbul keinsafan dalam diri manusia. Manusia akan terus lalai dan dibuai kehidupan ini dengan penuh maksiat.
Apakah tindakan yang perlu diambil? Kita hanya mengharapkam Kementerian Kesihatan memberi suntikan vaksin dan tip-tip untuk mengelak dari terkenanya wabak ini.
Pada pendapat saya, adalah lebih baik kita muhasabah diri kita... dimana kita melakukan kesilapan yang terlampau banyak. Maka mohonlah pertolongan dari Allah, marilah kita seluruh rakyat Malaysia melakukan solat taubat, solat hajat memohon agar Allah memperkenankan doa kita semoga segala musibah yang melanda Negara kita ni, segera berakhir.
Apa yang penting, pemimpin nombor satu negara perlu melakukan perkara tersebut terlebih dahulu , baharulah diikuti oleh orang kanannya serta rakyat jelata. Jika perkara ini tidak berlaku , maka selagi itulah bala Allah akan terus menimpa umat Islam dan rakyat Malaysia amnya.
Untuk Renungan Bersama :
Dalam ayat 58 surah al-Israk, Allah menegaskan bahawa bala itu diturunkan bagi penduduk yang mengingkari Allah. Bolehkah kita kaitkan dengan kemunculan pelbagai penyakit termasuk H1N1 ini dengan peringatan tersebut?
JAWAPAN: Pada dasarnya, penyebab datangnya azab Allah SWT adalah kezaliman, kemaksiatan dan kefasikan.
Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman. (al-Qashash: 59).
Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik. (al-Ahqaf: 35).
Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim). (ad-Dukhan: 37).
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui dakwah Rasul-Nya telah diabaikan dan didustakan.
Jika melihat kepada ayat-ayat di atas kita tidak boleh menolak kemungkinan munculnya influenza A ini adalah akibat keingkaran manusia kepada Allah.
No comments:
Post a Comment