Waktu Solat

Tuesday, September 29, 2009

Adab Bersin


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah" .. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Huraian:

1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.

2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.

3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah" , sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah" sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa wayahdiikumullah" . Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan 'al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.

4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan "Afakallah" (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan "Yarhamukallah" .

5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.


Monday, September 28, 2009

Panadol Oh Panadol


Tersebut suatu kisah..... iaitu sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain ".

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sunday, September 27, 2009

Air Sembahyang


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu..

Saturday, September 26, 2009

Lock Off Komputer Dengan Satu Klik

Mula-mula.....

1. klik sebelah kanan kat mouse tu.. ( klik kat desktop )

2. pastu pergi kat "New" dan klik " Shortcut ".


3. Untuk " Create Shortcut Lock Off " copy kod kat bawah niiii ,,,,

rundll32 user32.dll,LockWorkStation

dan paste kat box create shortcut

4. kemudian klik " Next " dan " Finish "

5. Dah siap tu..... , kemudian rename shortcut tu ngan nama yang anda suka.




Friday, September 25, 2009

Mari Membaca Anal-Anak Kecil


Cerita Rakyat Nusantara...

Mari tanamkan minat membaca pada anak-anak kita

Satu laman web yang menarik...

banyak cerita-cerita rakyat yang boleh dibaca oleh anak-anak kita

percuma sahaja... ( daftar dulu , baru boleh baca )

jika berminat sila klik di sini

Wednesday, September 23, 2009

Puasa 6 Hari di Bulan Syawal


Rasulullah bersabda:

“Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa.” (H.R. Muslim)

Bulan Ramadhan telah berlalu, namun tidak ada kata untuk berhenti dari berbuat kebaikan. Di bulan Syawal ini, Rasulullah memerintahkan bagi sesiapa saja yang ingin mendapatkan pahala , , maka berpuasalah selama 6 hari di bulan Syawal . Oleh kerena itu, sangat-sangat digalakan agar kita berpuasa dibulan yang baik ini, adar kita tidak melepaskan begitu saja kesempatan yang ada di depan mata.

Cara paling utama dalam mengerjakan puasa 6 hari Syawal adalah dengan memulai puasa sejak hari kedua bulan Syawal selama 6 hari berturut-turut. Karena hal tersebut termasuk bersegera dalam berbuat kebaikan. Namun tidak mengapa kita mengerjakannya secara berselang-selang/ tidak berurutan.

Gunakanlah kesempatan yang masih adauntuk melaksanakannya kebajikan. Dan bagi yang memiliki tanggungan puasa Ramadhan sebaiknya segera melunaskan hutangnya, kerena pahala puasa Syawal ini ditetapkan bagi orang yang telah menyempurnakan puasa Ramadhannya.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri





selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini....

maaf zahir dan batin....

jangan lupa sembahyang raya ...

kepada yang nak balik kampung tuuu..

hati-hati dijalan raya.

Program Ramadhan Ditangisi Syawal Disyukuri 2009



terima kasih kepada semua guru yang menjayakan program ini....


tahniah....

Friday, September 18, 2009

AWAS: Sampul Raya Berlambang Salib

Dalam keghairahan menyambut hari raya..... ada puak-puak kafir yang sengaja menyakiti perasaan umat Islam...

golongan kafir ini tak akan berhenti untuk menganggu umat Iskam sehingga berakhirnya usia dunia ini..

Jadi berhati-hati wahai umat Islam...




Wednesday, September 16, 2009

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali kerumah. Di rumah,

dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju ke masjid .


Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pemuda lain memegang lampu. Dia bertanya pemuda tersebut, dan pemuda itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada pemuda yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
Pemuda kedua menolak.
Pemuda pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat..
Pemuda kedua menjawab
Aku adalah Syaitan


Pemuda itu terkejut dgn jawapan pemuda kedua.
Syaitan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah saja,
kamu tetap memutuskan kembali ke masjid .

Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHUWATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat..'
Jadi, jangan pernah biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tau ganjaran yg akan kamu dapatkan

dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut.

Monday, September 14, 2009

6 Jenis Wanita Malang


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Sunday, September 13, 2009

Capslock Conversion

nak ubah dari ini ke....


macam ni......


Nak ubah teks CAPSLOCK semuanya kepada huruf kecil....

katakan anda ada satu teks semuanya capslock, mau putih mata hitamku jugak la kalau nak taip balik utk kecikan huruf-huruf kecil tu.

kalau nak ubah cuba cara ni :-

copy teks yg di ingini --> buka MS Office Word
--> paste
pastu hilight balik(kat MS Word tadi)
--> tkn Shift + F3

anda akan nampak teks yang capslock tu akan berubah kepada huruf kecik.

selamat mencuba

Friday, September 11, 2009

PETUA MENGENAL MALAM LAILATULQADAR dan KEMULIAAN MALAM LAILATULQADAR


Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya
Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini

Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana ALLAH S.W.T. meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Thursday, September 10, 2009

Raihan, antara dua cinta




Hayati bait-bait lagu di atas.....


Apa yang ada jarang disyukuri...

itu sikap dan sifat manusia....

tidak pernah berasa cukup apa yang diperolehi....

kita selalu risau apa yang belum kita perolehi...

wahai manusia ....

jadilah orang bersyukur....

ingatlah bahawasanya nikmat yang kita perolehi ini hanya sementara sahaja....

bila-bila masa jua Allah boleh merentap daripada kita ....

Tuesday, September 8, 2009

Malam lailatul qadar


Ummah diminta pertingkat ibadat 10 malam terakhir Ramadan untuk ganjaran berganda

ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).



baca selanjutnya....

Sunday, September 6, 2009

Tips Mencuci/Membersihkan Keyboard


Masing2 ada cara masing kan:

ikut suka hati macam mana nak buat....

kalau ikut cara aku

1. cabut kabel keyboard tu dulu.
2. buka semua nat/skru kat belakang keyboard tu
3. ambil kain buruk dan lap habuk-habut tu.
4. pasang balik semua nat.
5. guna berus warna atau pengorek telinga untuk bersihkan celah-celah tu
6. boleh jugak letak sikit bahan pencuci ( ikut suka hati jenama apa ) tujuan nak bagi berkilat cuma time gosok pakai kain

atau boleh ikut cara dalam youtube kat bawah niii

Wednesday, September 2, 2009

Perjalanan Takdir Yang Menakjubkan


Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk ole seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya
seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.
tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya.

"Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.

Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA

Renungan:

3 golongan yg tidak akan memasuki syurga

1) Orang yg derhaka kepada kedua orang tuanya
2) Penagih arak
3) Orang yg mengungkit-ungkit sedekahnya

- Maksud Al-Hadis Riwayat An-Nasai-

Tuesday, September 1, 2009

Rasuah.....?



berdasar kisah di atas...

aku teringat satu cerita kawan aku.....

masa tu sama-sama dok lepak tepi padang sambil cite hal keje...

kisah hal yuran sekolah ,,,

ada murid-murid lambat bayar...

member aku ni.. tanya kat salah sorang murid " apa pasai hang tak bayar yuran lagi "

budak tu kata " sat cikgu, bapak aku tak buat roadblock lagi "

terpingga-pingga kawan aku ..... nak kata apa

jadi faham-faham ajeeee laaa
Related Posts with Thumbnails