Waktu Solat

Friday, September 11, 2009

PETUA MENGENAL MALAM LAILATULQADAR dan KEMULIAAN MALAM LAILATULQADAR


Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya
Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini

Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana ALLAH S.W.T. meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails