Waktu Solat

Sunday, March 21, 2010

Pendidikan Seks Wajarkah ????


Proposal kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya adalah untuk memperkenalkan pengajian seks dalam pembelajaran persekolahan. Adakah tindakan ini wajar?

Alasannya , hanya untuk mengatasi masalah sosial remaja yang semakin runcing. Umpamanya masalah pembuangan bayi, masalah dadah, masalah rempit dan sebagainya.

Masalah sosial yang ingin ditekankan di sini adalah seks bebas. Mengapa remaja cenderung untuk melakukan perkara yang terkutuk dalam semua agama ini? Salah satu faktor adalah kerana untuk mempunyai pengalaman sendiri selepas mengetahuinya daripada media-media.

Andaikata pendidikan seks diberikan kepada pelajar pada peringkat awal lagi, kita seharusnya khuatir masalah ini akan melibatkan lebih ramai remaja daripada golongan bawah umur. Ini adalah kerana pabila sudah diberikan pendedahan secara teori, sifat semula jadi remaja yang ingin tahu akan membuak-buak untuk mengetahuinya secara praktikal pula

Andaikata perkara ini ditimbangtara dengan menggunakan logik akal fikiran sahaja nescaya akan membawa padah yang dahsyat. Maka seharusnya kita kembali kepada agama dan al-Quran. Apa yang baik itu telah digariskan oleh Allah SWT dengan jelas dan apa yang membawa keburukan juga telah digaris dengan jelas.

Sebenarnya masalah ini dapat diselesaikan sekiranya kita kembali kepada pendidikan berasaskan Al-Quran........

No comments:

Related Posts with Thumbnails