Waktu Solat

Wednesday, March 31, 2010

Arak La.... Pulak


Brunei lebih takut laknat Allah

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Sumber Harian Metro 24 Mac 2010


Berlainan ngan negara kita Malaysia ..... kenyataan HarakahDaily.Net

Negara kita yang dicintai yang pemimpinnya mengaku negara kita negara Islam ttp tersenarai sebagai 10 tertinggi pengambilan arak di dunia..

Agak2-nya bilalah Malaysia nak haramkan arak yeeeee ?

No comments:

Related Posts with Thumbnails