Waktu Solat
Friday, April 2, 2010
Nilai satu pahala
Setiap hari kita disogokkan dengan iklan di surat khabar, TV, radio, majalah dan lain-lain tentang kelebihan produk, hari-hari benda yang sama keluar dalam iklan, walaupun kita sudah tahu tapi masih lagi diklankan. Inilah pentingnya iklan disiarkan berulang kali supaya pengguna tidak melupakannya. Ini benda yang zahir dapat dilihat oleh mata.
Bagaimana pula dengan Pahala? ia suatu perkara ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata, jika ia tidak disebut-sebut maka alpalah kita kepadanya. Satu pahala bunyinya kecil, kita akan anggap remeh dengan satu pahala. Tetapi di akhirat nanti di bukakan hakikat satu pahala, kita akan menyesal kerana tidak menggunakan kesempatan untuk mengumpulkannya.
Tahukah kita bahawa di padang Mahsyar nanti disebabkan satu pahala seorang anak sanggup menuntut hak daripada bapanya, isteri kepada suaminya, pekerja kepada bosnya, sahabat kepada sahabatnya. Walaupun satu pahala mereka akan tuntut sampai kelubang cacing. Kerana satu pahala sangatlah berharga ketika itu, sanggup mencari selama beribu tahun berlegar-legar di padang Mahsyar. Begitulah bernilainya walaupun satu pahala.
Di Padang mahsyar setiap orang hanya memikirkan keselamatan dirinya sahaja, seorang anak sanggup saja menjual ibu-bapanya asalkan dia terlepas dari Api neraka. Pada ketika itu tiada belas kasihan dan rasa hormat lagi. Masing-masing amat risau dengan nasib dirinya sahaja. Seorang bapa akan lari dari anak dan isterinya, lari untuk mengelakan tuntutan disebabkan ia tidak memimpin anak dan isterinya dengan sungguh-sungguh didunia dahulu.
Semua hak yang tidak ditunaikan didunia akan dituntut di akhirat nanti. Hutang yang tidak dilunaskan walaupun 5 sen, perasaan yang dilukakan, penghinaan, penganiayaan, penipuan, penindasan dan apa sahaja kesilapan yang tidak diselesaikan didunia dahulu akan di bicarakan di mahkamah Ilahi. Pada ketika itu ramai orang yang membawa pahala yang begitu banyak boleh jadi bankrap kerana keburukan akhlaknya sesama manusia tidak dijaga. Setiap yang teraniaya akan datang menuntut hak mereka. Nilai tukaran atau tuntutan pada ketika itu ialah pahala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment