Setiap kali selepas sembahyang kita seringkali berdoa.... "Ya Allah ya tuhanku, murahkanlah rezeki ke atas ku...". Persoalannya kadang-kadang kita hanyalah bekerja makan gaji dan gaji pula tak berapa banyak jadi macamana rezeki nak murah sedangkan pendapatannya tetap setiap bulan?
Murah rezeki tidak semestinya mendapat wang yang lebih dari biasa. Dijauhi dari bala bencana samada kecil atau besar juga termasuk kategori murah rezeki juga. Kalau orang berpendapatan yang besar tapi setiap hari terpaksa ke hospital dan terpaksa membayar bil perubatan yang tinggi maka tidak bermakna pendapatannya. Begitu juga kenderaannya sering rosak dan ada sahaja yang perlu dibaiki ini juga tidak termasuk dalam kategori murah rezeki. Murah rezeki bermaksud kita hidup selesa, bebas hutang, makan minum mencukupi dan kita sentiasa rasa redha dengan apa yang ada.
Kerana itulah kita sering tengok orang-orang kaya, jutawan berkejar ke sana ke mari, 24 jam bagaikan tidak cukup masa. Ada sahaja yang nak diuruskan. kadang-kadang cawangan sana telefon ada masalah, kemudian cawangan sini pula telefon ada masalah yang lain pula...jadi apakah makna semua ini?. Ibadah jadi terabai dan bila itu terjadi adakah rezeki menjadi berkat? Sudah terntu tidak dan percayalah bila rezeki tidak berkat, duit berjutapun tidak akan pernah mencukupi...
No comments:
Post a Comment