Abu Al-laits sebagaimana  Imam Al-Ghazali dalam “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk  melakukan 7 hal agar selalu takut kepada Allah:
1.   Takut kepada lidah.
-    Mencegah lidahnya dari perkataan dusta, menfitnah, menipu dan perkataan  yang tidak berguna. Sebaliknya ia menggunakan pada jalan berzikir kepada  Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu.
2.   Takut kepada kalbu.
-   Mengeluarkan dari dalam hatinya rasa permusuhan, kedengkian, dan
hasad dengki.Ini kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan,  sebagaimana hadith jujungan mulia: “Hasad dengki memakan kebaikan  seperti api membakar daun kering”
3.   Takut pada pandangan.
-   Tidak memandang sebagaimana perkara-perkara yang diharamkan
Allah. Sebaliknya, ia mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya  mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :  “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya  pada hari kiamat Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.”
4.   Takut pada perut.
-   Tidak memasukkan ke dalam perutnya segala makanan dan minuman
yang haram. Sebagaimana hadith yang bermaksud: “Apabila satu suap  makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap malaikat di  bumi dan langit melaknatnya selama suapan berada di dalam perutnya. Jika  ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahanam.”
5.   Takut pada tangan .    
-    Tidak menggunakan kepada jalan kemungkaran. Sebaliknya pada jalan yang  diredhai Allah. Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w : “Allah s.wt  membangunkan sebuah rumah itu 70 ribu buah rumah yang masing-masing  memiliki 70 ribu kamar. Tidak ada orang yang dapat memasukinya kecuali  orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana Allah.”
6.   Takut pada kaki. 
-    Tidak  berjalan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Sebaliknya ia  bejalan pada ketaatan dan keredhaan Allah serta dalam bergaul dengan  para ulama.
7.   Ketaatan.-   
Menjadikan  ketaannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah serta takut akan  riak dan kemunafikan. Apabila melakukan hal itu, termasuklah ia dalam  orang-orang yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya di dalam surah  At-Thur ayat 17 dan surah Az-Zukhruf ayat 35.
No comments:
Post a Comment