Kiblat kita

- Kenapa Kaa'bah berbentuk empat segi? 
Bentuk Kaa'bah empat segi kerana menunjukkan struktur Islam itu sendiri  dan gelombang otak juga mempunyai empat jenis iaitu "beta", "alpha",  "theta" dan "delta".
  - Kenapa Kaa'bah ditutupi kelambu berwarna hitam? 
Ini menunjukkan manusia dipenuhi dengan hawa nafsu. Islam sahaja yang  boleh mengawal hawa nafsu tersebut seperti sedikit warna emas yang  terdapat pada kelambu Kaa'bah itu.
  - Kenapa putaran tawaf di Kaa'bah berdasarkan arah lawan jam? 
Jika dilihat dari satelit, Kaa'bah berada di pusat bumi. Putaran tawaf  berdasarkan arah lawan jam kerana ia tertakluk kepada hukum tangan  kanan. Kalau seseorang itu bertawaf dengan betul, tenaganya akan  meningkat pada gelombang ini dan orang yang sakit pun boleh  sembuh.Seperti kisah-kisah yang kita selalu dengar apabila adanya tetamu  Allah yang agak uzur atau berpenyakit namun apabila sampainya di Tanah  Suci menjadi sihat.
  - Kenapa solat menghadap Kaa'bah (kiblat)? 
Solat menghadap kiblat juga seperti bertawaf di Kaa'bah. Ini jika dibuat  pengiraan dari sudut ketika rukuk, sujud dan sebagainya dalam perlakuan  solat.Cuba kita fikirkan kebaikan ketika bersujud yang dijelaskan dapat  menghilangkan stress.
  - Kenapa Kaa'bah di Masjid al-Haram dipanggil Baitullah? 
Baitullah ialah rumah Allah. Semakin rendah gelombang maka semakin kuat  tenaga seseorang itu. Doa makbul di Kaa'bah kerana kesedaran bertuhan  iaitu semakin kuat tenaga seseorang itu menunjukkan dia semakin  mencintai Allah. 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment