Waktu Solat
Tuesday, June 30, 2009
3 TANDA KEKOTORAN HATI
Monday, June 29, 2009
Generasi Bebas Jenayah
Generasi bebas jenayah ..... bunyi macam kempen yang baik untuk remaja. Aku sekeluarga pergi Taiping, singgah sekejap kat Taiping Centeral. Konon-konon nak beli baju untuk anak-anak..... Sesampai je kat situ, ada kelibat remaja-remaja sedang menjalankan kempen generai bebas jenayah. ( mintak tanda tangan )
Apa yang aku lihat kalau begitulah cara yang dilakukan untuk mengatasi remaja kita dari melakukan jenayah? Aku rasa silap... cara pergaulan yang bebas, berpeluk jantan betina tanpa rasa malu... kalau tak malu dengan Allah, malulah dengan manusia di sekeliling. Dengan ada nyanyian lagu, naik bingit telinga aku. Aku rasa tak tenang, pening kepala, beserabut dan macam-macam lagi.
Aku kata kat isteri aku, jom pe kat tempat lainlah. Aku keluar dari Taiping Centeral lebih kurang jam 7.15 malam. Aku terfikir, bila program nak tamat. Waktu maghrib dah nak hampir ttp dia orang masih kat situ, berseronok dengan dunia mereka.
Kita takut remaja kita melakukan jenayah sesama manusia tetapi kita tidak takut remaja melakukan jenayah dendan Allah. ( umpamanya tinggalkan solat ). Apa-apa pun aku bersangka baik, harap-harap mereka bersolat.
Aku ngan keluarga pun pe masjid, lepas solat kami pi nagoya....
Sunday, June 28, 2009
10 Peringatan Bumi kpd Manusia
ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.
Beliau berkata, saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas mati.
Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-
Wahai anak Adam!
(1)Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan dimasukkan ke
dalamnya kelak!
(2)Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan
diazab dalam perutku!
(3)Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan menangis di dalam
perutku!
(4)Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan kecewa
dalam perutku!
(5)Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan
menyesal dalam perutku!
(6)Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingat, engkau
akan dimakan oleh ulat dalam perutku!
(7)Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dihina dalam
perutku!
(8)Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan
jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita!
(9)Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku,
tetapi ingat, engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku!
(10)Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingat, engkau akan
keseorangan di dalam perutku!
Friday, June 26, 2009
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi ..
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'
Tuesday, June 23, 2009
Berbanggakah anda menyambut Hari Bapa?
Sesungguhnya, anak adalah harta (aset) paling bernilai bagi seorang bapa. Tetapi anak yang macam mana. Ada sebuah hadis menyebut apabila mati seseorang anak Adam (manusia) maka ada tiga perkara yang masih boleh memberi manfaat kepadanya.
Pertama adalah sedekah jariah;
kedua ilmu yang bermanfaat, dan
ketiga anak soleh yang mendoakan orang tuanya
Beruntunglah bagi seorang bapa jika mempunyai anak-anak yang mendatangkan manfaat kepada kita apabila kita berada di alam kubur (barzakh) dan alam seterusnya.
Muhasabah (koreksi)lah diri, apakah benar kita sudah menyediakan anak-anak untuk memikul amanah yang berat itu? Sebagai permulaan, eloklah ditanya soalan ini.
Apakah nanti apabila aku mati, anak-anak itu dapat menguruskan jenazahku iaitu memandi, mengkafan, menyembahyang dan menguburkan diriku?
Atau
adakah mereka akan duduk jauh-jauh, bersembang-sembang di bawah rimbunan pokok di halaman rumah dan menyerahkan semua urusan menyempurnakan aku kepada tok bilal, pak imam dan sebagainya?
Anak yang dapat menolong kita adalah anak-anak yang soleh. Namun semasa hidup ini adakah kita sudah menyediakan anak-anak kita untuk menjadi orang soleh dan solehah?
Tataplah muka surat akhbar yang mengkisahkan si anak dan bapa; jarang
benar ditemui si bapa yang meluahkan kebimbangannya akan perangai si anak;
hampir semuanya nampak ceria saja, antara lain menunjukkan si bapa bangga bergambar di sisi si anak yang tidak menutup aurat dengan sempurna,
atau
si anak menjadi seorang artis berjaya.
Adalah biasa untuk kita temui sebuah keluarga, si bapa berkopiah haji, si ibu bertudung litup tetapi si anak daranya selamba saja berjeans ketat dan berbaju pendek. Terlalu biasa melihat remaja bertudung, tetapi mendedahkan lengan dan bentuk badannya dengan pakaian terlalu ketat.
Ini antara penampilan luaran, yang dapat disaksikan umum, tetapi bagaimana bab lain seperti penyempurnaan Rukun Islam seperti bab sembahyang?
Sebagai bapa yang diraikan sempena Hari Bapa, apakah sudah dibereskan
tugas bapa yang wajib memastikan seluruh ahli keluarganya menunaikan
solat? Usahlah ketawa tersengih-sengih bergambar dengan si anak, berbangga sudah membesarkan mereka menjadi penyanyi, pelakon, pramugari, guru, jurutera dan profesion hebat-hebat lain, tetapi persoalan menyempurnakan Rukun Islam seperti solat tidak beres?
Perlu disedari betapa banyak orang sekarang sudah meninggalkan solat lima waktu. Secara automatik anak yang tidak solat terkeluar daripada senarai anak soleh. Jadi apakah yang kita boleh harapkan daripada mereka? Adakah
kita bangga jika mereka menitipkan wang RM100 atau RM200 sebulan kepada kita sebagai mengenang jasa kita sebagai seorang ayah sedangkan mereka tidak sembahyang?
Inilah kerunsingan yang perlu kita fikirkan sempena Hari Bapa ini. Runsing akan masa depan anak-anak aku ini, bolehkah mereka menjadi anak soleh yang akan mendoakan aku apabila aku masuk dalam kubur nanti. Bukanlah pada Hari Bapa ini kita kita disibukkan oleh runsing aku nak dapat hadiah apa, aku nak dibawa ke restoran mana atau aku akan dikelilingi anak-anak dara aku sedangkan mereka gemar mendedahkan aurat mereka dan tak sembahyang pun!
Bertanyalah secara jujur, berjayakah atau sudah berusaha keraskah kita mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh? Tentunya, kita akan berasa malu, kita gagal menjadi seorang bapa yang baik, yang mengikuti perintah Allah SWT sepenuhnya. Kepada-Nya kita mohon keampunan, bertaubat bersungguh-sungguh kerana gagal menjadi bapa yang baik sebagai dikehendaki-Nya.
Monday, June 22, 2009
4 ciri perempuan ahli neraka
1- Perempuan yang bermulut jahat kepada suami. Jika suami tiada dirumah, maruah dirinya tidak dijaga. Dan jika suami ada dia suka sakiti hati suaminya dengan kata- kata.
2- Perempuan yang menuntut itu ini dari suami di luar kemampuan suami.
3- Perempuan yang tidak memelihara auratnya di depan lelaki ajnabi ( lelaki asing ) dan suka keluar rumah memakai perhiasan untuk kelihatan lebih cantik.
4- Perempuan yang kerjanya hanya makan tidur , tidak mengerjakan sembahyang dan tidak taat pada Allah , Rasul serta suaminya.
6 Akibat Buruk Makan Berlebihan
MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:
• Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.
• Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.
• Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.
• Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.
• Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.
• Menimbulkan banyak penyakit.
Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”
Sunday, June 21, 2009
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Saturday, June 20, 2009
Thursday, June 18, 2009
Cantiknya Wanita
Allah berfirman:
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."
Tuesday, June 16, 2009
Monday, June 15, 2009
Kenapa Malas Bersolat
Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.
Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.
Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.
Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,
Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!
Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang.
Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
Saturday, June 13, 2009
Ramai Orang Tak Perasan Terlibat Dengan Syirik
Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir.
Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya
ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..
Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. ' Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau
sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2,
berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu
dosa syirik...'
Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ' Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.
Kata beliau seterusnya.. ..
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3.Mereka yang berdiam diri.
4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Friday, June 12, 2009
SEJARAH TELAH MENCERITAKAN TENTANG DUA PUAK DALAM PAS
Saidatina Aisyah sudah pun bertemu dengan Saidina Ali untuk membincangkan masalah ini, dan perbezaan pandangan ini telah ditemukan ketika itu. Tetapi, isu yang dimainkan oleh orang munafik, tetap dicanang sehinggalah orang Islam ketika itu mula berlagak menjadi seorang ulama’, dan mengkritik Saidina Ali, manakala satu kumpulan lagi mengkritik Saidatina Aisyah.
Mereka mengkritik atas dasar tidak tahu, dan terpengaruh dengan dakyah munafik. Peristiwa ini berulang lagi hari ini, di mana golongan munafik ini terus menerus menyebarkan dakyah supaya terdapat perpecahan di dalam PAS. Walaupun Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi telah bertemu dan menyelesaikan perbezaan pandangan tersebut, muncul golongan media dan beberapa individu yang membuat spekulasi tanpa sumber.
Mereka menanam benih-benih perpecahan di antara ahli PAS. Saya menasihatkan kepada mana-mana ahli PAS yang tidak mengetahui hal sebenar, jangan terlalu gelojoh untuk menjadi hero. Ini kerana golongan munafik lebih dahulu menjadi hero dalam perpecahan di dalam Islam. Maka, kebanyakan ahli PAS sendiri yang termakan dengan dakyah golongan munafik ini sehingga membuat spekulasi tanpa sumber. Inilah fitnah.
Setelah keadaan semakin serius, maka terjadilah Perang Jamal, yang berlaku sesama umat Islam. Perang Jamal ini pun terjadi disebabkan golongan munafik. Pada mulanya Saidatina Aisyah dan Saidina Ali datang untuk menyelesaikan keadaan dan menyelamatkan umat Islam dari berpecah. Tetapi malangnya golongan munafik ini telah bertindak sebagai pencetus sehinggakan Saidina Ali menyangka ia adalah tindakan Saidatina Aisyah, dan begitu juga sebaliknya.
Keadaan parah ini telah menyebabkan tercetusnya Perang Jamal dan orang munafik bertepuk tangan melihat angka korban Para Sahabat RA begitu ramai ketika itu. Lihatlah apa erti jamal itu. Jamal adalah unta. Dua puak ketika itu datang untuk berbaik-baik lalu mereka datang dengan menaiki unta bukannya kuda.
Tetapi, kelicikan orang munafik ini berjaya mempengaruhi umat Islam sehingga mereka terlupa, mana mungkin mereka akan berperang kerana datang hanya menaiki unta. Hari ini pula, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi bertemu dalam keadaan “ingin mendapatkan penjelasan”, dan penjelasan telah diberikan. Lalu Tiadalah perbezaan pandangan di antara kedua-duanya.
Tetapi timbul pula golongan bawahan yang tidak tahu hal sebenar, mula bertindak sebagai juara isu, tetapi malangnya mereka berada di jalan yang silap. Berhati-hatilah dengan mereka yang bertindak sebagai pemberita ini, adakalanya sebahagian daripada mereka adalah munafik, dan sebahagian lain tidak. Tetapi, malangnya, orang yang tidak munafik itu terikut-ikut dengan rentak munafik, sehinggakan mereka menjadi penyebar fitnah kepunyaan munafik!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Thursday, June 11, 2009
Beza RM50 dgn RM1
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik
STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian
Idol..
tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".
Fikir-fikirkanlah........ Ambil cerita di atas untuk sebagai renungan bersama.....
Wednesday, June 10, 2009
AKIBAT BANGSA KU PINGGIRKAN ISLAM
Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan- keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu.
Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji. Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.
Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.
Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan. Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.
Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.
Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu bolehkah kita tolak?
Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan! Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya. Orang Melayu ada Allah, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Allah dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.
Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!
Orang Melayu ada Allah, ada Islam. Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Allah dan Islam? Kalau orang Melayu memperjuangkan Allah dan Islam, orang Melayu dengan sendiri terbela.
Formulanya, perjuangkan Allah dan Islam dalam hidup, insyaAllah, Melayu akan terbela.
Tuesday, June 9, 2009
Mengapa Kaabah terletak di Mekah dan mengapa ia empatpersegi
Monday, June 8, 2009
Istiqamah
“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).
Inilah perkara yang ringkas disebut, berat untuk dilaksanakan dalam hidup. Jadi, istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun.
Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu tertentu dia gugur dan layu.
Malangnya, apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dalam menyindir atau menentang kebenaran.
Insan yang beristiqamah tidak sedemikian rupa. Dia akan mempertahankan kebenaran di kala orang ramai suka dan tidak suka. Di kala kebenaran diterima ramai, atau ditolak orang. Tanpa mengira, samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung, atau rugi. Samada dia disukai kerananya, atau dibenci.
Kebenaran adalah kebenaran. Dia tidak akan menukarkan kebenaran dengan kebatilan hanya disebabkan kepentingan habuan yang diharapkan, atau pangkat yang diidamkan.
Ramai insan yang telah mengorbankan kebenaran kerana sayangkan hartanya. Ada yang menolak kebenaran hanya kerana pangkat yang dipegangnya. Bukan kerana mereka tidak tahu yang benar itu benar.
Kebenaran itu tidak pernah mengenali pangkat, puak, parti, gelaran dan warna kulit. Kebenaran tidak mempunyai identiti daerah, atau negeri atau bangsa atau keluarga. Kebenaran itu tetap kebenaran berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya.Oleh yang demikian, insan perlu istiqamah dalam pendiriannya, merentasi sempadan parti atau sebarang organisasi. Hidup untuk kebenaran, atas kebenaran. Ia satu prinsip yang lebih utama yang mampu mneyelamatkan manusia dari jatuh ke lembah penyelewengan hidup. Prinsip yang goyah dipukul badai, dan tidak lapuh dek panas mentari.
Sunday, June 7, 2009
Perceraian....
Saturday, June 6, 2009
Tok Guru Beri Sumbangan ...
Jika kita pendokong kuat terhadap parti PAS.... apa yang kita sumbangkan? Jangan kita hanya pandai berkokok menyalah antara satu sama lain tapi diri kita sendiri tiada apa-apa sumbangan yang diberikan terhadap perjuangan .....
Fikir-fikirlah ....
Putera Arab tempah pesawat RM1.68b
Kerabat Diraja Arab sanggup menghabiskan ratusan jutaan ringgit untuk kepentingan peribadi. Adakah mereka lupa anugerah yang dikurniakan oleh Allah untuk membantu sesama umat Islam? Adakah mereka lupa dengan penderitaan rakyat palestine yang dilakukan oleh Israel? Apakah sumbangan kita untuk membantu umat Islam yang sering ditindas oleh golongan-golongan yang benci kepada kebangkitan Islam?
Marilah kita sama-sama membantu seberapa yang boleh sama ada dengan wang ringgit, tenaga, idea yang bernas dan sekurang-kurang dengan doa setiap umat Islam.
Friday, June 5, 2009
Persandingan Menurut Islam
Untuk keterangan lanjut klik di sini
3 waktu dilarang kebumi jenazah
“Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama sekali.”
Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh dielakkan begitu saja. Ia adalah tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam iaitu dengan adanya sebahagian umat Islam yang melaksanakannya, akan selesailah tanggungjawab itu.
Orang yang paling berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarga atau waris terdekat si mati.
Contohnya, anak si mati sekiranya si mati adalah bapanya dan jika warisnya tidak berkemampuan atau berpengalaman, maka bolehlah meminta bantuan imam atau bilal di sesuatu kawasan untuk menguruskannya.
Selain mengetahui waktu sesuai dan tidak sesuai mengebumikan mayat seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, cara mengebumikan mayat hendaklah dilakukan selari dengan ajaran Rasulullah.
Dalam hal ini, mayat hendaklah dibaringkan di atas rusuk sebelah kanan dan menghadap kiblat.
Permukaan tanah yang menguburi jenazah hendaklah lebih tinggi sedikit daripada permukaan bumi agar diketahui kewujudan sesuatu kubur itu.
Namun, di sini tidak ada kewajiban untuk memberi tanda (nisan) di atas kubur seseorang kerana lazimnya satu lubang kubur boleh diisi semula selepas beberapa tempoh berlalu.
Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi saw bersabda: "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." (Hadis riwayat Bukhari)
Wednesday, June 3, 2009
Sebab tersirat stadium gong badak runtuh
Kata-kata buat wanita solehah
Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Dsebalik Hijabmu..
Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah Dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah..
Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi..
Wahai Gadis Solehah.. Jauh Disudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah..
Wahai Gadis Solehah.. Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga..
Akhlakmu Kau Pelihara.. Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..