Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhhani, katanya: “Ada tiga macam waktu, di mana Rasulullah melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu itu.
“Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama sekali.”
Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh dielakkan begitu saja. Ia adalah tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam iaitu dengan adanya sebahagian umat Islam yang melaksanakannya, akan selesailah tanggungjawab itu.
Orang yang paling berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarga atau waris terdekat si mati.
Contohnya, anak si mati sekiranya si mati adalah bapanya dan jika warisnya tidak berkemampuan atau berpengalaman, maka bolehlah meminta bantuan imam atau bilal di sesuatu kawasan untuk menguruskannya.
Selain mengetahui waktu sesuai dan tidak sesuai mengebumikan mayat seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, cara mengebumikan mayat hendaklah dilakukan selari dengan ajaran Rasulullah.
Dalam hal ini, mayat hendaklah dibaringkan di atas rusuk sebelah kanan dan menghadap kiblat.
Permukaan tanah yang menguburi jenazah hendaklah lebih tinggi sedikit daripada permukaan bumi agar diketahui kewujudan sesuatu kubur itu.
Namun, di sini tidak ada kewajiban untuk memberi tanda (nisan) di atas kubur seseorang kerana lazimnya satu lubang kubur boleh diisi semula selepas beberapa tempoh berlalu.
Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi saw bersabda: "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." (Hadis riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment