


Mai kita jengok sat kat sini
Semua software dalam bentuk portable...
selamat mencuba ????
HUKUMNYA
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.
WAKTU SOLAT
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah.
KAIFIAT
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Biasanya surah Sabbihis Marabbikal A�la
NIAT SOLAT HARI RAYA
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.
LAFAZ-LAFAZ TAKBIR
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ
Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:
1) Janganberdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan ’April Fool’.Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!” (AbuDaud)
2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.” (Muslim)
3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.” (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan. Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: ”Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”
4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya (At-Thabarani)
5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah swt mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya (An-Najm:59-61)
Hakikatnya, hadis ini adalah suatu motivasi paling hebat yang mampu mendorong kita untuk meningkatkan amalan bersedekah sepanjang Ramadan. Bayangkan, jika kita memberikan derma ke tabung masjid sebanyak RM1,000, maka ia akan diberikan pahala seolah-olah kita sudah berzakat RM1,000.
Tetapi, jika kita benar-benar menunaikan zakat RM1,000, maka di sisi Allah SWT kita seolah-olah sudah menunaikan zakat sebanyak RM70,000. Amat besar ganjarannya di sisi Allah dan sudah pasti kita tidak patut melepaskan peluang keemasan ini.
Sehubungan dengan itu, maka tepatlah Ramadan ini menjadi sebuah sekolah tarbiah rohani yang terbaik buat kita, yang disediakan oleh Allah SWT.
Ini kerana, pada bulan inilah kita benar-benar menghayati pelbagai amalan sunat khususnya dalam bab meraikan sedekah dan zakat.
Mudah-mudahan, setelah 30 hari dilentur nafsu kita dan 30 malam dicanai rohani kita melalui qiyamullail, maka kita akan benar-benar menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: "Maka sesiapa yang berpuasa (di siang hari) dan malamnya mendirikan qiam dengan penuh keimanan dan kebersihan hati (ihtisabaan), maka akan dihapuskan dosa mereka seperti mana pada hari mereka diperanakkan." (riwayat Ahmad dan an-Nasai).Fenomena lemah iman kaum Muslimin seolah-olah sudah menular dengan begitu drastik ketika ini. Suatu fenomena yang semakin sukar untuk dibendung. Akibat dari kurangnya iman inilah pelbagai kejadian tidak bermoral berlaku seperti rogol, bunuh, rompak dan sebagainya. Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap apa yang berlaku, kita pastinya turut merasa bimbang, apakah yang akan berlaku kepada umat Islam pada masa akan datang jika keimanan ini terus merudum dalam jiwa mereka. Kenapa ini terjadi? Antara faktor yang dikenal pasti kelemahan iman di dalam diri seseorang itu ialah:
1) Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan hati.
Kerana perasaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hati telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun.
Firman Allah yang bermaksud:
“kemudian setelah itu, hati mu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi” (2:74)
Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian, tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang terbujur kaku.
2) Melakukan kederhakaan dan dosa.
Terdapat orang melakukan kederhakaan secara terus- menerus, ada pula yang melakukan pelbagai jenis kederhakaan. Apabila sering melakukan kederhakaan akan menyebabkan menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi, seterusnya hati menjadi sirna daripada merasa kederhakaan itu dan akhirnya berani melakukan secara terangan-terangan.
3) Tidak tekun dalam ibadah.
Tidak khusyuk semasa solat, membaca al-Quran, berdoa dan lain-lain. Tidak memikirkan dan menyemak makna-makna doa yang dibaca, sehingga membaca hanya sekadar rutin harian. Mungkin doa yang dibaca hanya sekadar terbatas kepada doa-doa yang tertentu sahaja, sehingga tidak merasa perlu untuk makna-maknanya. Padahal Allah s.w.t. Tidak menerima doa yang dibaca sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam satu hadis: ‘tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main” (ai-Tarmizi)
4) Malas untuk beramal ibadah.
Ibadah yang dilakukan hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allah s.w.t. Telah menyifatkan orang-orang yang munafik dalam firmannya:
“ dan apabila mereka berdiri untuk solat , mereka berdiri dengan malas”(q4:142)
5) Tidak tersentuh oleh ayat-ayat alquran.
Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, gambaran kiamat dan lain-lainnya di dalam al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi al-Quran dan tidak berusaha untuk membuka langsung al-Quran.
6) Tidak mahu sebar dakwah.