Waktu Solat

Wednesday, September 1, 2010

PUNCA MANUSIA LEMAH IMAN


Fenomena lemah iman kaum Muslimin seolah-olah sudah menular dengan begitu drastik ketika ini. Suatu fenomena yang semakin sukar untuk dibendung. Akibat dari kurangnya iman inilah pelbagai kejadian tidak bermoral berlaku seperti rogol, bunuh, rompak dan sebagainya. Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap apa yang berlaku, kita pastinya turut merasa bimbang, apakah yang akan berlaku kepada umat Islam pada masa akan datang jika keimanan ini terus merudum dalam jiwa mereka. Kenapa ini terjadi? Antara faktor yang dikenal pasti kelemahan iman di dalam diri seseorang itu ialah:

1) Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan hati.

Kerana perasaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hati telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun.

Firman Allah yang bermaksud:

kemudian setelah itu, hati mu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi” (2:74)

Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian, tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang terbujur kaku.

2) Melakukan kederhakaan dan dosa.

Terdapat orang melakukan kederhakaan secara terus- menerus, ada pula yang melakukan pelbagai jenis kederhakaan. Apabila sering melakukan kederhakaan akan menyebabkan menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi, seterusnya hati menjadi sirna daripada merasa kederhakaan itu dan akhirnya berani melakukan secara terangan-terangan.

3) Tidak tekun dalam ibadah.

Tidak khusyuk semasa solat, membaca al-Quran, berdoa dan lain-lain. Tidak memikirkan dan menyemak makna-makna doa yang dibaca, sehingga membaca hanya sekadar rutin harian. Mungkin doa yang dibaca hanya sekadar terbatas kepada doa-doa yang tertentu sahaja, sehingga tidak merasa perlu untuk makna-maknanya. Padahal Allah s.w.t. Tidak menerima doa yang dibaca sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam satu hadis: ‘tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main” (ai-Tarmizi)

4) Malas untuk beramal ibadah.

Ibadah yang dilakukan hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allah s.w.t. Telah menyifatkan orang-orang yang munafik dalam firmannya:

dan apabila mereka berdiri untuk solat , mereka berdiri dengan malas”(q4:142)

5) Tidak tersentuh oleh ayat-ayat alquran.

Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, gambaran kiamat dan lain-lainnya di dalam al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi al-Quran dan tidak berusaha untuk membuka langsung al-Quran.

6) Tidak mahu sebar dakwah.

Tidak mahu berusaha untuk menyebarkan dakwah. Keadaan ini jauh berbeza dengan para sahabat nabi. Seorang pemuda Ibn Amr langsung tidak beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang zaman sekarang hanya duduk senang dan tidak memikirkan tanggungjawab untuk berdakwah meskipun sekian lama sebagai seorang Muslim.

No comments:

Related Posts with Thumbnails