Waktu Solat

Sunday, December 5, 2010

Mengapa Amalan Kita Ditolak Oleh Allah?

1. Pengumpat
Naik malaikat Hafazhah kelangit pertama membawa amalan seorang hamba yang dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, bersinar-sinar cahaya amalannya seperti matahari, lalu malaikat penjaga pintu langit pertama berkata: "Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskan kemukanya! Aku Allah tempatkan di sini sebagai peneliti dosa orang- orang mengumpat supaya tidak membiarkan amalan-amalan orang mengumpat naik melintasi aku ke atas".

2. Bermegah Dengan Kebendaan
Datang pula malaikat Hafazhah lainnya yang telah melepasi pintu langit pertama yang membawa amalan soleh hamba Allah yang sangat bersinar-sinar amalannya itu. Apabila sampai kelangit kedua, maka malaikat penjaga pintu lagit itu pun berkata: "Berhenti! Ambil amalan itudan pukulkan kemuka orang yang empunya amalan itu, kerana bersarang dengan kemegahan dunia, tidak boleh melintasi aku kerana ia bermegah-megah dengan amalannya kepada manusia, mencari keredhaan manusia (kerana pangkat, kerana jabatan, kerana wang, kerana nama, dan kerana pujian dan sebagainya)".

3. Takabur
Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi, yang telah melepasi pintu langit pertama dan kedua yang membawa amalan hamba Allah yang bercahaya dan cemerlang dari amalan sedekah puasa, sembahyang yang menakjubkan malaikat Hafazhah sendiri. Apabila tiba dilangit ketiga, ditahan oleh malaikat penjaga pintu langit ketiga. Katanya: "Berhenti! Ambil amalan itu dan pukulkan kemuka tuannya, aku malaikat pengawas sifat-sifat takabur, tidak membenarkan melintasi aku dengan perintah Allah, kerana amalan ibadahnya mengandungi sifat takabur, selalu takabur dalam majlis ramai".

4. `Ujub
Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi kelangit yang keempat, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua dan ketiga yang membawa amalan hamba Allah yang bersinar-sinar cahayanya. Sungguh hebat, berdengung bunyinya amalan itu yang berisi tasbih, sembahyang haji umrah, tidak dibenarkan melintasinya, lalu berkata malaikat penjaga pintu langit itu: "Berhenti di sini! Tidak boleh meliwati dari sini, aku malaikat penjaga pintu langit keempat, diperintah Allah amalannya itu dipukul kebelakangnya dan diperutnya kerana aku malaikat peneliti sifat `ujub, dia sangat `ujub (takjub/hairan) dengan amalan sendiri (merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya".

5. Hasad Dengki
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga dan keempat yang membawa amalan hamba Allah, apabila tiba dipintu langit yang kelima, dilihat oleh malaikat penjaga pintu langit kelima itu bahawa malaikat Hafazhah membawa amalan seperti belarak pengantin perempuan dengan hebatnya. Lalu malaikat penjaga langit itu berkata: "Berhenti! Pukulkan amalan itu kemuka tuannya, ketengkuknya, kebahunya, aku malaikat pengawas sifat dengki manusia tidak akan membenarkan orang-orang yang hasad dengki amalannya itu naik melewati aku dilangit kelima ini".

6. Rahim
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima yang membawa amalan hamba Allah, apabila tiba dipintu langit yang keenam, lalu ditahan oleh malaikat penjaga langit keenam: "Berhenti! Ambil amalannya itu dan pukulkan kemuka tuannya kerana dia tidak bersifat rahim sesama manusia seperti orang yang ditimpa bala/musibah dia hanya suka sahaja melihatnya. Aku malaikat rahmat sentiasa meneliti sifat rahim manusia. Allah perintahkan aku supaya jangan membiarkan amalan hamba yang tidak bersifat rahim naik ke atas".

7. Riak
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam yang membawa amalan hamba Allah yang indah cemelang bersinar-sinar seperti matahari diiringi oleh tiga ribu malaikat, apabila tiba dipintu langit yang ketujuh, maka ditahan oleh malaikat pengawal pintu langit itu: "Berhenti! Pukulkan amalan itu kemukanya dan segala anggota badannya dan tutupkan pintu hatinya dengan amalan itu. Aku diperintahkan Allah melarang orang yang begini amalannya meliwati dari langit ketujuh kerana amalannya menghendaki pujian dari ahli-ahli ilmu (ulama' fuqahah) supaya dia disebut termasuk ke dalam golongan ulama' fuqahah supaya mashur namanya (amalan riak: memperlihat-lihatkan, menunjuk- nunjuk kepada manusia mencari pujian dari amalannya itu)- kerana amalannya itu tidak ikhlas kerana Allah – riak kepada manusia – Allah tidak melihat amalan orang yang riak".

8. Tidak Ikhlas
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh yang membawa amalan hamba Allah yang soleh dari sembahyangnya, zakatnya, haji umrahnya, solehnya, waraknya, baik akhlaknya, berdiam diri sentiasa dalam zikir. Diiringi oleh malaikat segenap petala langit kerana kebesaran, kehebatan amalannya itu sehingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit dan menembusi segala hijab yang amat jauh di atas dari langit ketujuh terus menuju kehadrat Allah s.w.t. lalu mereka sekeliannya berhenti dihadapan Allah taala menjadi saksi atas amalan orang soleh itu kerana ikhlasnya. Allah berfirma yang bermaksud: "Kamu semua penjaga amalan hamba-hamba-Ku, Aku pengawas atas dirimu. Sebenarnya amalannya bukan kerana keredhaan-Ku, hanya lain yang dicarinya, maka Aku laknatkan ke atasnya", dan semua malaikat pun turut melaknat pula bersama Allah dan melaknatkan pula oleh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan segala isinya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails