Waktu Solat

Sunday, May 31, 2009

Kejam atau... Biadap ?








B.a.b.i ada HALAL...


Lagi satu penghinaan terhadap umat Islam seluruh dunia. Kes ini berlaku di Singapura. Ce.......nya Singapura. Hingga tak terkata laa.
Mana pergi umat Islam di Singapura...... Kenapa diam seribu bahasa...?

Saturday, May 30, 2009

Petua mengempiskan perut yang boroi




Cara 1 - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Cara 2 - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis

Cara 3 - Puasa aje, sampai perut tu kempis

Friday, May 29, 2009

8M mengatasi keinginan merokok


MELENGAH

Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.

MENARIK NAFAS PANJANG

Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

MINUM AIR

Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

MEMBUAT SESUATU

Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

MENGUNYAH SESUATU

Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.

MANDI ATAU BASUH TANGAN

Kalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

MEMOHON DOA

Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah..

Thursday, May 28, 2009

Apom Balik Bukan Apam Balik..




Pagi tadi aku belajar bikin apom balik ngan kawan aku...
Boleh laaa sikit-sikit... maklum laa baru belajar..

Aku cerita sikit tentang resepi apom balik niii

Bahan-bahan :- ( untuk sekilo tepung gandum )


Tepung 1 kg
Telur 2 biji
Minyak Masak 200 gram
Gula 500 gram
Majerin 20 gram
Soda Bikarbonat 1/4 botol ( botol kecil )
Baiking Powder 1/4 botol
Air 1 kole.

Selepas siap ramuan dicampur... apa lagi kasi kacau laaa ramuan tuuu sampai kembang.
Dah kembang boleh laa masak..

Selamat Mencuba?????????

Wednesday, May 27, 2009

Mogok Lapar ........


Apakah hukum dari dari segi ajaran Islam....

"Utusan Melayu @ Utusan Meloya yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : " mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain " .

Apa-apa pun kita rujuk pendapat ulamat tersohor di era ini iaitu Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi . Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka.

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”

Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Apa-apa pun fikir-fikirkanlah.......







Asap ROKOK Punca MIGRAINE, SAKIT KEPALA


Kepada perokok-perokok di Malaysia ini, terutamanya perokok bangsa Melayu. Bertimbang rasalah bila anda merokok , asap yang dikeluarkan dari mulut anda adalah lebih bahaya dari asap rokok yang anda hisap.

ASAP ROKOK INI BOLEH MENYEBABKAN SAKIT KEPALA KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH MIGRAINE.

Kepada remaja-remaja sekolah rendah dan sekolah menengah, kalau rakan sekelas atau satu sekolah anda hisap rokok, jauhi mereka. Kerana ianya boleh mendatangkan SAKIT KEPALA , DEMAM, SELESEMA, ASMA kepada anda dan lain-lain penyakit walaupun anda tidak menghisap rokok.

Bayi yang terdedah pada asap rokok boleh membawa kepada maut yang dipanggil Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Bayi Mati Mengejut.

Kepada orang dewasa yang merokok, janganlah merokok depan anak-anak dan isteri-isteri. Kepada guru-guru yang merokok janganlah tunjuk pada murid-murid, yang anda merokok walaupun di luar sekolah. Kepada pemimpin-pemimpin politik yang merokok janganlah tunjukkan anda merokok dihadapan penyokong anda. Kepada penyanyi dan artis yang merokok janganlah tunjukkan anda merokok depan peminat anda.

Terlalu banyak kemudaratan merokok ini. Remaja kita di sekolah rendah dah ramai hisap rokok, yang di sekolah menengah tak payah ceritalah.

Kalau nak sangat merokok, pastikan asap rokok itu ditelan terus dalam perut atau dibuang dalam beg plastik.

KEMUDARATAN ASAP YANG DILEPASKAN OLEH PEROKOK AKAN BERTAMBAH BURUK KETIKA CUACA PANAS DAN KERING.

Ali setan ....

Tuesday, May 26, 2009

Coklat Crispy Haram?



Coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak **** yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

Untuk mengetahui kod **** yang tersebar di internet satu masa dahulu boleh download dengan klik button di bawah

Sunday, May 24, 2009

Ringtone Surah/Azan Haram


Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Arab Saudi


7 Sebab mengapa Allah menciptakan makhluk-makhluk halus


Allah berfirman:

" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah Ku. Aku tidak mahu daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak mahu daripada mereka memberi makanmakan ".

Surrah Adh-Dhariyyat ayat 56-57

1. Untuk memperkuatkan iman seseorang kepada Allah S.W.T. dan yakin tentang kebesaran Nya.

2. Disamping manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia.

3. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh yang nampak dan tidak nampak yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

4. Untuk menguji iman manusia atas kebolehan menggunakan akal fikiran serta anggota tubuh dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu daya dan helah pujukan syaitan.

5. Iman manusia hanya akan diketahui kekuatannya dengan adanya dugaan yang kuat.

6. Manusia harus sentiasa berwaspada akan janji iblis dan syaitan (hantu? ) yang bersumpah di hadapan Allah yang akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah Allah.

7. Supaya manusia sentiasa berwaspada kerana iblis dan syaitan tidak akan berhenti dan tidak akan mati dari terus menggoda manusia melakukan kejahatan dari segenap penjuru kiri, kanan, depan dan belakang kecuali dari bahagian atas ( kepala ) dan bawah ( kaki ).

" Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui ".

Surah Al-Baqarah; ayat 168-169

Saturday, May 23, 2009

Komik.... Zaman Bujang Dulu





Kembali kenangan lama..... buku-buku komik ini sering aku beli dulu... waktu bujang da... Aku beli dari harga RM 1.20 hingga RM 3.50. Sekerang Aku tak tau berapa harganya.... maklumlah dah tinggal lama benda ....

Sesiapa yang masih berminat boleh layari di SINI...

Friday, May 22, 2009

Hukum guna perisian tiruan (pirate)


Hanya nak berkongsi apa yang baru dibaca.

Ianya mungkin perkara yang kecil sahaja bagi sesetengah orang. tapi adakala memberikan impak yang besar kepada keseluruhan hidup terutama jika melibatkan wang ringgit, makan-minum serta melibatkan keluarga.

Dulu tak terfikir juga hal ni. tapi bila dah baca barula tersedar. Dulu pendapat saya, sama dengan pendapat yg diutarakan di bawah ni. Tapi bila tau hukum ni, nampaknya kena ubahlah pendirian diri..... tu.

Nak jimat duit, kita selalu beli sesuatu yang telah cetak rompak atau photocopy. memangla nak jimat duit.Tapi betul-betul terdesak ke?

Untuk jawapan bagi persoalan di atas sila klik di SINI>>>

Thursday, May 21, 2009

Membuat blog tersenarai di search Engine

Bagaimana caranya untuk kita membuat web/blog kita tersenarai di searchengine? pelbagai cara anda boleh lakukan untuk memastikan web/blog andatersenarai di search engine. Antara tips dan trick yang soleh lakukan adalah meta tag.

Meta Tag

Meta tag merupakan perkara yang penting didalam membina web/blog. Inimembolehkan web/blog kita tersenarai didalam search engine. Meta tag mengandungi ringkasan tentang laman web kita. Terdapat 2 meta tag yang sangat penting iaitu"description" dan "keyword". Pastikan laman web/blog anda mengandunginya.

antara contoh meta tag :

Ini adalah contoh meta tag soleh. Meta tag ini anda letakkan selepas coding web/blog anda.

Anda boleh meletakkan sebanyak mana keyword untuk web/blog anda. Jika anda tiadaidea, anda gunakanla keyword yang dicadangkan.

Anda boleh lihat meta tag yang digunakan oleh web/blog yang mempunyai rankingtertinggi di search engine. Caranya ialah anda view source web/blog mereka.

- untuk internet explorer (IE) : di atas sekali ada menu VIEW,anda klik pada view dan pilih source. Anda lihat pada meta tag mereka.

- untuk Monzilla Firefox : anda klik pada menu view, dan pilih Page Source atauanda boleh mengggunakan shortcut dengan klik Ctrl + U.

Awas : isi kandunganSearch engine tidak suka kepada kandungan yang serupa atau duplicate. Ini akanmemyebabkan web/blog anda tidak tersenarai di search engine.

Anda boleh copykandungan dari web/blog lain tetapi pastikan anda mengubah 30%-40% isi kandungannya anda ubah. Ini akan dikira milik anda yang unik jika anda mengubahnya.

Wednesday, May 20, 2009

Bertimbangrasa dengan orang bawahan



ISLAM menganjurkan kita bersikap timbangrasa dengan orang bawahan atau pekerja. Sifat timbangrasa adalah satu sifat yang mulia. Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.
Hadith:
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : " Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :" Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah.
Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka." (Al-Bukhari)
Huraian:
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya.
Sikap ‘egoist’ akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua.
Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan.

Tuesday, May 19, 2009

Sibuk Sambutan Hari Guru.... Pelajar Sibuk Yang Lain..



Di Kuantan.. ketika guru-guru dan pelajar-pelajar lain sibuk menyambut hari guru, terdapat sekumpulan pelajar sibuk memanjat pagar sekolah. Apa nak jadi dengan pelajar kita sekarang ini... Adakah mereka tidak minat lagi untuk belajar atau mungkin guru tak pandai mengajar?

Pelajar sekolah sanggup membuang masa dengan melepak tanpa arah tujuan dan menunggang motosikal ala mat rempit. Dengan selamba mereka mempamerkan aksi-aksi bahaya menunggang motosikal tanpa mempedulikan keselamatan orang awam. Adakah remaja sekolah kini sudah hilang rasa kasih sayang terhadap dirl sendiri dan ibu bapa.

Masalah ini tidak oleh dibiarkan berlarutan... jika ianya sudah parah sukar untuk dipulihkan.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Cuba fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada negara kita yang tercinta ini jika mereka yang bijak tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak akhlaknya menjadi pemimpin.

Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru....... Cikgu!


Selamat Hari Guru....... Cikgu!

Yang merancang, cikgu...

Yang mesyuarat untuk sambut hari guru, cikgu .....

Yang mengemas dewan, pun cikgu

Yang sambut, cikgu...

Yang cari sumbangan, cikgu...

Yang beri sumbangan pun cikgu...

Yang beli hadiah, cikgu....

Yang suruh pelajar beli hadiah, cikgu...

Yang dapat hadiah pun, cikgu... tukar-tukar hadiah sesama cikgu pun ada...

Yang beli kek, cikgu...

Yang potong kek pun cikgu....

Yang buat jamuan, cikgu... guna duit guru(KGKT)...


Sebenarnya cikgu menyambut hari guru untuk diri sendiri, bukan diraikan pada hari tersebut. Inilah nasib guru-guru..... jika berlaku sedikit kesilapan guru-guru akan dipersalahkan...... Apa-apa pun kepada semua guru dan bakal guru terus perjuangan yang murni ini dalam mendidik anak bangsa.

Friday, May 15, 2009

LOGO HARI GURU

LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Tema 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa

Thursday, May 14, 2009

Do’a dan Teguran HAMKA kepada Pemerintah Zalim


Siapa yang tak kenal dengan ulamak terkenal Indonesia iaitu HAMKA. Ulamak ini sering ditindas, dihina dan dipenjara oleh pemerintah Indonesia ( Soekarno ) yang berkuasa ketika itu. Pada hari kematian Soekarno ,beliau ( Pak Hamka ) telah menziarahi jenazah Soekarno, Pak Hamka mengalirkan air mata.

Setelah solat jenazah dia telah berkata:

“Aku telah doakan engkau dalam sembahyangku supaya Allah memberi ampun atas dosamu. Aku bergantung pada janji Allah, bahawa walaupun sampai ke lowong langit timbunan dosa, asal memohon ampun dengan tulus, akan diampuninya.

Adapun dosamu pada diriku sendiri menganiaya aku, menuduhku dengan tuduhan palsu mengecewakan aku dengan anak cucuku sampai kami menderita bertahun-tahun, di hari perpisahan terakhir ini, aku jelaskan bahawa engkau telah kuberi maaf.”

Dari kata-kata Pak Hamka ini kita dapat mengerti bahawa ini adalah lambang kepada kebesaran jiwa yang dimiliki oleh Hamka tetapi ia mengandungi pelajaran yang amat besar bagi golongan pemerintah. Apabila Hamka menyebut dosa-dosa Soekarno pada dirinya itu adalah isyarat jelas yang ditujukan kepada para pemerintah yang zalim, yang menahan dan memenjara manusia (seperti Soakarno memenjara Hamka atas tuduhan yang direka-reka) . Sebenar Pak Hamka bukan berbicara dengan mayat yang sudah terbujur kaku tetapi kata-kata tersebut ditujukan kepada kepada para pemerintah yang berlaku zalim pada rakyatnya.

Wednesday, May 13, 2009

Tiga golongan yang tidak diendahkan Allah

Tiga golongan yang tidak diendahkan Allah

ALLAH tidak mengendahkan tiga golongan ini. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya:

"Rasulullah SAW bersabda:" Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,"- kata Muawiyah, "juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka),

bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu:
1) Orang tua penzina
2) Pemerintah yang pembohong
3) Si miskin yang sombong." (Muslim)

Huraian:Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Mereka tidak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah dan ada pula yang tidak sabar dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT.

Nikmat kepanjangan usia contohnya, membuatkan manusia hidup bersenang-lenang melakukan berbagai maksiat tanpa berusaha menambahkan amal kebaikan selama tempoh hayatnya yang panjang itu. Bahkan tanpa segan silu masih bergelumang dengan dosa perzinaan.

Begitu juga dengan pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan, tetapi dia mensia-siakan kepercayaan itu dengan melakukan berbagai penipuan dan pembohongan yang mengecewakan harapan rakyat.

Termasuklah di sini, orang-orang miskin yang sombong yang juga dibenci oleh Allah di mana kemiskinan itu telah membuatkan dia lupa dengan akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya dan lupa untuk beramal dan selalu disibukkan oleh usahanya mencari makan dan minum untuk menyambung hayatnya.

Bahkan kerana miskin juga ada yang berlagak sombong dan menyisihkan diri daripada orang ramai tanpa mahu bergaul. Kerana kemiskinan juga banyak orang miskin yang terjerumus dalam kekafiran, dan ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain. Tiga golongan ini tidak akan dipedulikan oleh Allah dan bakal menerima azab di hari akhirat kelak.

Tuesday, May 12, 2009

Bersyukur......


Ingatlah bahawa Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud " manusia merancang, Allah swt juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan……. " Walaupuan musuh Allah itu membuat pelbagai perancangan untuk menjaduhkan Islam.. tetapi perancangan Allah melebihi daripada perancangan manusia.

Apa jua yang berlaku di Perak ini.... kita jadikan iktibar. Kemenangan ini harus disambut dengan sujud syukur kepada Allah. Kita jangan ingat semua kemenangan ini atas usaha kita semata-mata. Kita jangan leka dengan kemenangan ini, segala usaha untuk mengekalkan kemenangan ini perlu diteruskan.

Dalam kegembiraan ini jiga kita perlu sentiasa ingatkan Allah. Kita wajib meneruskan doa demi keselamatan/kesejahteraan pemimpin/yang dipimpin. Sama-samalah kita berdoa agar Allah menjauhkan semua bentuk bencana yang pasti menggugat kedamaian rakyat seluruhnya.

Namun, apa yang penting daripada segala-galanya ialah mendoakan supaya DUN Perak berjaya dibubarkan. Doakan supaya tiada apa-apa halangan untuk matlamat itu. Doakan supaya PRU Negeri berjalan tanpa gangguan.

Gunakanlah hak kia sebagai pengundi dengan sebijak-bijaknya. Kita sendiri telah melihat siapa yang benar dan siapa yang salah dalam kemelut yang sedang berlaku sekarang ini. Janganlah jadikan pisang berbuah dua kali.

Perak memerlukan pemimpin yang rela berkhidmat kepada rakyat, bukannya yang gila kuasa. Tolak pemimpin yang mengkesampingkan kepentingan rakyat dan mendahulukan kepentingan diri.

Sunday, May 10, 2009

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh


Apa nak jadi dengan zaman sekarang ini.....


Kita terlalu lebih-lebihkan artis... Mereka diberi pelbagai pengiktirafan di dalam negara ini. Orang yang berjuang demi kesejahteraan negara tidak diambil peduli. Aduhai..... sudah nasib badan... belajar bertahun-tahun .... ribuan ringgit dihabis untuk menjadi seorang doktor tiada sesiapa pun mencucapkan terima kasih....

Apalah nasib seorang guru... mengajar anak-anak murid sehingga berjaya. Akhirnya murid yang berjaya sering melupai jasa-jasa guru. Jika berlaku kesalahan golongan ini sering dipersalahkan....

Jika anda seorang guru atau seorang doktor... pedulikan dengan apa orang kata, pedulikan dengan pujian ,pedulikan dengan anugerah.. Apa yang penting, tanamkan dalam diri kita keikhlasan dalam menjalankan tugas. Pengiktirafan ini biarlah datang dari Allah.......

Keterangan lanjut di sini

Friday, May 8, 2009

Wanita Ahli Neraka dan Siksaannya

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda: "Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa di siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala **** dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Wednesday, May 6, 2009

Persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra

Sebut pasal hantaran pada zaman ini, seakan dianggap macam value seseorang perempuan itu. Kalau yang graduate tu biasanya hantarannya lebih mahal dari yang setakat SPM. Ini belum dikira paras rupa, kedudukan keluarga dan sebagainya.

Saya tidak tau value market sekarang ini tapi rasanya purata dalam RM8,000 hingga RM10,000. Hantaran di tentukan oleh pihak pengantin perempuan kononnya untuk cover kenduri kahwin. Belanja kenduri kahwin, jika di bandar yang saya mendapat info dari teman yang berpengalaman ialah dalam RM20,000 ke atas. Ini majlis yang biasa-biasa jer bukannya grand sangat.

Memang tiada untung pun pasal kita bukan nak berniaga anakkan? Tujuan majlis perkahwinan pun sebenarnya untuk menghebahkan anak lelaki / perempuan tu dah kahwin.

Tetapi tahukah anda persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah SAW?

Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.

Tahukah anda apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib?

* alat menggiling gandum
* bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
* alat penumbuk
* sebuah bekas air
* kulit yang di samak
* sebiji pinggan


Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.

Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"

Nabi SAW menjawab : "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."

Tuesday, May 5, 2009

10 perkara termasuk perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya

Monday, May 4, 2009

9 sebab hati tak tenang

1) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti
ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yg diidendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

3) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada..

9) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

Sunday, May 3, 2009

Jenis-jenis syaitan

Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini
mengganggu hidup
harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan
kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga
keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak
mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada
Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa
sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat
dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Jangan anggap kita lebih..

"Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui..

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. .

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah..
Related Posts with Thumbnails