Siapa yang tak kenal dengan ulamak terkenal Indonesia iaitu HAMKA. Ulamak ini sering ditindas, dihina dan dipenjara oleh pemerintah Indonesia ( Soekarno ) yang berkuasa ketika itu. Pada hari kematian Soekarno ,beliau ( Pak Hamka ) telah menziarahi jenazah Soekarno, Pak Hamka mengalirkan air mata.
Setelah solat jenazah dia telah berkata:
“Aku telah doakan engkau dalam sembahyangku supaya Allah memberi ampun atas dosamu. Aku bergantung pada janji Allah, bahawa walaupun sampai ke lowong langit timbunan dosa, asal memohon ampun dengan tulus, akan diampuninya.
Adapun dosamu pada diriku sendiri menganiaya aku, menuduhku dengan tuduhan palsu mengecewakan aku dengan anak cucuku sampai kami menderita bertahun-tahun, di hari perpisahan terakhir ini, aku jelaskan bahawa engkau telah kuberi maaf.”
Dari kata-kata Pak Hamka ini kita dapat mengerti bahawa ini adalah lambang kepada kebesaran jiwa yang dimiliki oleh Hamka tetapi ia mengandungi pelajaran yang amat besar bagi golongan pemerintah. Apabila Hamka menyebut dosa-dosa Soekarno pada dirinya itu adalah isyarat jelas yang ditujukan kepada para pemerintah yang zalim, yang menahan dan memenjara manusia (seperti Soakarno memenjara Hamka atas tuduhan yang direka-reka) . Sebenar Pak Hamka bukan berbicara dengan mayat yang sudah terbujur kaku tetapi kata-kata tersebut ditujukan kepada kepada para pemerintah yang berlaku zalim pada rakyatnya.
No comments:
Post a Comment