Waktu Solat
Monday, August 31, 2009
Kemerdekaan menurut Islam
Tarikh ini disambut meriah dengan berbagai-bagai upacara bagi mengenang kembali detik-detik bersejarah terlepas dari belenggu penjajah. Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai suatu kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara. Namun demikian, pengertian kemerdekaan sebenarnya adalah luas serta tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara dari kuasa asing.
Hal ini dapat dirujuk kepada pengalaman Islam sebagai sebuah agama yang berjaya menjadi penggerak ke pada kemerdekaan yang syumul. Islam yang dipimpin oleh junjungan besar Muhammad s.a.w berjaya membawa kemerdekaan yang menyeluruh dan bermakna bagi bangsa Arab.
Sinar Islam telah membebaskan masyarakat Arab Mekah daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran Ilahi. Tidak syak lagi bahawa kemerdekaan iman atau akidah adalah merupakan suatu faktor utama yang menggerakkan kemenangan bangsa Arab sehingga menjadi suatu kuasa besar yang mengalahkan empayar Byzantine dan Parsi.
Tiada laungan semangat “hidup Arab” atau “hidup Quraisy” yang dikobarkan oleh Muhammad s.a.w bagi membebaskan diri daripada kuasa tersebut.
Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?
Renungan untuk kita bersama
Sumber : Email
Oleh : Amin Fadzlan
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "
Thursday, August 27, 2009
Hikmah hukum hudud dari aspek sains...
HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)
Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman ke atas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan ke atasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku ke atas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Untuk keterangan lebih lanjut klik di sini
Wednesday, August 26, 2009
Hukuman peminum arak
Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali (80 kali) sebat, dan tidak kurang dari empat puluh kali (40 kali) sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-
Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.
Dalil di atas.... merupakan dalil yang sahih, tak perlu lagi kita ragui. Mengapa dalam perundangan di Malaysia masih ada orang memberi pelbagai alasan. Jika kita mengaku kita umat Nabi Muhammad s.a.w... mengapa kita tidak mempercayai hadis di atas.
Bagaimanana dengan kenyataan ini " Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "
Adakah kita lebih pandai dari Allah? Allah mencipta manusia , maka Allah lah yang lebih mengetahui dimana kekuatan dan kelemahan manusia. Kita selalu digambarkan hukuman sebatan itu zalim macam hukuman sebat di dalam penjara bagi orang melakukan kesalahan rogol dan sebagainya. Peliknya orang kita, sebat untuk orang melakukan jenayah kita kata zalim, orang yang melakukan jenayah itu tak pula kita kata zalim. Mereka mencuri, merompak, membunuh dan merogol tak pulak kita kata zalim. Mereka tinggal dipenjara dapat pulak makan free.
Cara sebatan bagi orang merogol yang telanjang bulat dalam penjara tu sebenarnya tidak mengikut perlaksaan hukum Islam yang sebenar. Islam mengariskan cara-cara hukuman sebat , aku tak mahir dalam bab ini ttp kita perlu rujuk kepada golongan ulamak dalam hal ini.
Apa yang penting perlaksanaan hukum hudud itu adalah untuk membentuk peribadi manusia bukannya untuk menyiksa manusia.
Tuesday, August 25, 2009
N11 Sehari Sebelum PRK ( 2 )
N11 Sehari Sebelum PRK ( 1 )
Monday, August 24, 2009
Nak buat " read more "
Sesiapa nak buat read more atau baca selanjutnya atau apa-apa pun ...
tak kisah lah...
Perhatian " tok malau " ...
tok ada tanya nak buat read more...
tutorial tu ada kat blog niii
http://kujie2.blogspot.com
Harubiru dah try ttp bukan kat blog niii
Tpp kat blog satu lagiii
niii haa kat bawah nii
Ok tok malau selamat mencuba....
Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir N11
Esok dah nak memangkah ......
So hari niii kita kempen habis-habisan.....
Dapat informasi yang betul dan tepat ...
Jangan asyik nak baca " utusan meloya " dan " berita haram " jeee
Jangan juga asyik nak tengok TV3 suku dan RTM ( rancangan tipu melayu ) ....
Sesekali dapat maklumat dari sumber lain pulak ....
Klik di sini .... www.prkn11penang
Untuk informasi terkini bagi prkn11....
takbir ....
Sunday, August 23, 2009
Google Apa Pun Goggle
Buka www.google.com dahulu...kemudian:
1. Taip “google easter egg” pada kotak teks, kemudian klik “I’m Feeling Lucky”. Korang akan dibawa masuk ke penampilan mesin pencari google dengan sebuah game menangkap easter egg, dimana kita sendiri boleh menggerakkan rabbit itu.
2. Taip “googoth” pada kotak teks, kemudian klik “I’m Feeling Lucky”. Korang akan dibawa masuk ke penampilan google yg gelap dan ala² gothic.
(buat masa sekarang googoth under maintenance...so tak boleh guna..)
3. Taip “google linux” pada kotak teks, kemudian klik “I’m Feeling Lucky”. Cuba perhatikan ikon google yang biasa menjadi ikon linux.
Sebonarnya banyak lagi rahsia google nii. Kau orang cari sendiri la.. pulak.
Saturday, August 22, 2009
Nak Tulis ʞılɐqɹǝʇ .........
6ɯɹ - sılɹǝd uɐp ʞɐʍɐɹɐs 03˙6ɯɹ - ɐʞɐlǝɯ 05˙6ɯɹ - uɐlıqɯǝs ıɹǝƃǝu 06˙6ɯɹ - ɥɐqɐs 05˙7ɯɹ uɐp 5ɯɹ - ɹoɥoɾ 8ɯɹ uɐp 7ɯɹ '5ɯɹ - nuɐƃƃuǝɹǝʇ 7ɯɹ - ƃuɐuıd nɐlnd uɐp ɥɐpǝʞ 'ʞɐɹǝd 'ƃuɐɥɐd 'ɹoƃuɐlǝs :(ɥɐʎɐlıʍ uɐp uɐʇuɐlǝʞ ılɐnɔǝʞ) 9002 unɥɐʇ ıƃɐq ɐısʎɐlɐɯ ıp ıɹǝƃǝu-ıɹǝƃǝu ıƃɐq ʇɐʞɐz uɐɹɐʎɐq ɥɐlɯnɾ ʇnʞıɹǝq ˙uɐɹɐsɐd ıp ʇɐdɐpɹǝʇ ƃuɐʎ sɐɹǝq ɐƃɹɐɥ uɐʞɹɐsɐpɹǝq ƃuɐʎ ıɹǝƃǝu ʇnʞıƃuǝɯ ƃuɐɹoǝs 8ɯɹ uɐp 5ɯɹ ɐɹɐʇuɐ uɐʞdɐʇǝʇıp ıuı unɥɐʇ ɐɹɐƃǝu ɥnɹnlǝs ıp ʇɐʞɐz ɹɐpɐʞ — (ɐɯɐuɹǝq) soƃo 02 'ɹndɯnl ɐlɐnʞ
Sila kunjungi website ni http://www.revfad.com/flip.html
Friday, August 21, 2009
Andainya Ramadhan ini yang terakhir buat diriku....
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Illahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Thursday, August 20, 2009
Hari-hari yang diharamkan berpuasa
Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
- Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w." - Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha " - Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t " - Hari Haid dan Nifas.
- Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)
Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.
Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
- Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
Apa Itu Ramadhan?
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ”
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan. Penentuan awal ramadhan
Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab").
Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus.
Tuesday, August 18, 2009
Elakkkan bencana ! H1N1
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti **** @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan **** sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di lace mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di lace
Virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
Siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
Simptom2
day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….
day 5 and above lung collapse @ koma
Langkah2 kawalan
1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 – jika kurang sihat dan ada lace w:st="on">ILIlace> ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di lace w:st="on">malaysialace>. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.
Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.
Cara Buat Tulisan BerGradient
laman berikut :
" http://www.tektek.org/color/ "
kemudian, taip apa-apa pun mengikut cita rasa anda... Pastu bila selesai taip ....
Klik kat " generate code "
Dapat je... teks yang berwarna tu , copy dan paste kat mana-mana yang anda suka
Harubiru75 selamat mencuba ....
Monday, August 17, 2009
Fakta Menarik Tentang Kurma
1. KESIHATAN
a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)
b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
2. KECERDASAN & KECERGASAN
a. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
3. KEPERIBADIAN
a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.
4. KEBERKATAN
a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."
Sunday, August 16, 2009
Tanda-tanda berbohong
Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Persaudaraan islam..
Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.
Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.
1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
Sabda Rasulullah: "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya." (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. Umar al-Khattab r. a berkata, "Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s. a. w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s. a. w membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa berdoa untuk kami bersama." (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).
3. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda Rasulullah s. a. w, "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."
4. Bermanis muka apabila bertemu
"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".
5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat."
6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r. a, Rasulullah s. a. w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hambaNYA...
Friday, August 14, 2009
Gila Kuasa
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:
”Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”(Bukhari dan Muslim)
Huraian
Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa. Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah.
Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu. Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati.
Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insyaAllah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Thursday, August 13, 2009
Fatwa Yang Terus Dilupakan: MEROKOK HARAM
Tak tau kat mana silapnya fatwa ni - MEROKOK ADALAH HARAM. Dah ramai mufti atau ulamak menjatuhkan haram, ada lagi menjatuhkan makruh. Tepuk dada tanya iman bukan tanya selera.... Kalau tanya selera, semua dia nak hentam. Kenapa kita patut berhenti rokok atau mahu teruskan sebagai seorang perokok. Banyak mufti negeri di Malaysia dah menjatuhkan hukumnya haram, tetapi masih ada terus sebab ada yang masih menanggap ianya makruh..... dan orang tetap melupakan fatwa haram kerana masih berpegang pada fatwa yang makruh. So,ini cuma info dan reason yang mungkin boleh kita pakat-pakat baca dan teliti.... insyaallah
Khas buat mereka yg nak quit smoking: Malumat ini dari BERNAMA, sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tau tak berapa banyak kerajaan dah habiskan duit untuk program kesedaran untuk tidak merokok?
RM17 juta utk kempen "Tak Nak Merokok"
RM5.67 juta -- billboard di bandar2
RM3 juta -- billboard di kawasan kampung2
RM3 juta -- televisyen
RM2.5 juta -- media cetak
RM700,000 -- radio
RM250,000 -- majalah
RM200,000 -- pawagam
RM1.68 juta -- bahan-bahan penerbitan dan kos operasi
dah 34 Juta - tahun ni saja, bayangkan apa boleh buat dgn duit sebanyak tu???????? Kalau bagi bonus kat kakitangan kerajaan tahun niii boleh dapat lebih dua tiga bulan sorang ! JADI FIKIR-FIKIRKAN LAH ?
Wednesday, August 12, 2009
Tension la...
Dulu-dulu
tesnsion la...
Rokiah : kenape dengan kamu khatijah...?
khatijah : aku tension la, pakwe aku komplen asyik duit die je kene keluar je bile keluar dengan aku...
Ade suatu ketika dulu...
Rahmah : kenape dengan kamu enon...?
Enon : aku tension la, setiap kali kuar dengan pakwe aku, mesti die pow duit aku...
Dan sekarang....
Kiah : kenape dengan kamu esah...?
Esah : aku tension la, setiap kali jumpe pakwe mesti kene mandi wajib...
renung-renungkan lah...... ke mana arah tuju remaja kita sekarang?
Tuesday, August 11, 2009
4 perkara yang berharga
1-Akal boleh hilang disebabkan marah.
2-Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3-Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4-Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1-Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2-Para ahli waris akan menarik hartanya.
3-Ulat akan menarik tubuhnya.
4-Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1-Memberi maaf pada waktu marah.
2-Suka memberi pada waktu susah.
3-Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4-Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1-Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2-Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3-Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4-Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Monday, August 10, 2009
KINI ANJING PULA PEMBAWA WABAK MAUT..?
Sedar wahai umat Islam... segala musibah yang menimpa umat manusia ini adalah untuk menyedarkan manusia supaya kembali ke ajaran Allah yang sebenar. Perjuangan Islam dan perlaksanaan perudangan Islam perlu dilaksanakan.
Yahoo + Google Search Engine Combo
Anda nak search kat Yahoo ngan Google serentak ... macam nii
Senang jee, cuma klik kat http://www.twingine.com/
pastu, taip apa yang anda nak cari..
Selamat mencuba
Sunday, August 9, 2009
Saturday, August 8, 2009
Untuk Renungan Bersama
(Hadis riwayat Muslim)
Thursday, August 6, 2009
JANGAN LUPA LIRIK VS JANGAN LUPA ALLAH
Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Jangan Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotontonkan saban hari. Tidak cukup dengan siaran langsung, ada pula siaran tertunda, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu yang dperdengarkan.
Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat mengingati lirik lagu tersebut. Terpaksa ditendang keluar awal-awal lagi. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.
Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa kepada Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?
Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi tidak akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Kenapa tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ?
Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari mengingati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang mengingati Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.
Bukan mengutuk atau mengatakan program tu tak baik.... cuma, kaji lah, selidik lah diri kita.... adakah kita dah jauh tersimpang darr yang sepatutnya.... kita bukan perfect, tapi adakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yg mula dah lupa dan dah tak takut dosa????
Wednesday, August 5, 2009
Waktu Solat Plugin Firefox
2- Dan kemudian Click Kat Sini
3- Click button Add to Firefox
Contoh boleh tengok kat bawah ni:-
Tuesday, August 4, 2009
Seumur Hidup Boleh Guna Kaspersky
Mahu beli, pergi aje Low Yatt tak de mahal sangat RM50.00 for 1 year licence.
Tapi kalau mahu free for life ikuti langkah-langkah ini.
Harap dapat membantu.
1. Download Kaspersky Anti Virus dari Kaspersky Lab.
2. Sudah siap download, sila install.
3. Bila tiba part activate tu pilihlah activate trial version.
4. biasanya tempoh percubaan adalah 30 hari.
ini tipsnya:
1. Setelah cukup 30 hari.
2. Pasti ada banyak mesej dari Kaspersky, sampai rimas dibuatnya.
3. Jalan mudah, unstall Kasperksy (sama macam uninstall lain-lain software).
4, Sudah siap uninstall (biasanya kena reboot komputer), rebootlah komputer.
5. Macam biasa pada run taip regedit dan tekan enter.
6. tentu dapat register edit punya.
7. remove hkey_local_machine\software\KasperskyLab\LicStorag e (kalau tiada maknanya masa uninstall dia sudah remove).
11. kemudian remove hkey_local_machine\software\Microsoft\Cryptography \RNG (RNG ni adalah random number generator - remove aje)
12, Kemudian remove hkey_local_machine\Microsoft\SystemCertificates\SP C\Certificates.
13, Okay dah siap remove 3 benda tersebut.
14. Run install Kaspersky semula macam biasa (lebih mudah pastikan sudah ada sambungan ke internet terlebih dahulu).
15. Ulangi install dengan activate trial version seperti biasa.
16. Ulangi step 1 hingga 15 setelah tamat tempoh 30 hari.
Ulang-ulang sampai nak tukar anti virus lain pulak...