Waktu Solat

Monday, August 10, 2009

KINI ANJING PULA PEMBAWA WABAK MAUT..?

Kita dikejutkan lagi dengan wabak yang lebih merbahaya dari H1N1... iaitu wabak anjing. Seperti yang kita tahu, wabak 'selesema babi' di negara ini telah dikategorikan sebagai 'amat serius'. Sehingga kini, ianya masih lagi belum dapat diatasi sepenuhnya.

Namun dalam dunia sedang tercari-cari penawar terbaik untuk menghapuskannya, kini berita terbaru dari sebuah bandar di Ziketan barat laut China, seekor anjing pula dipercayai menjadi punca wabak pneumonia yang menyebabkan 3 orang telah meninggal dunia manakala 10,000 penduduk dikuarantinkan.

Mangsa pertama iaitu seorang penternak, mati 3 hari selepas menanam anjingnya yang mati dipercayai selepas anjingnya itu memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut.

Mangsa pertama mati hanya kerana dipercayai digigit kutu dari anjing tersebut. Lelaki yang tidak mengetahui dia dijangkiti kemudia menyebarkan pula kuman tersebut kepada saudara dan jiran2 terdekatnya. Menurut doktor, penyebaran wabak tersebut adalah sangat pantas dan berbahaya pada manusia.

Sedar wahai umat Islam... segala musibah yang menimpa umat manusia ini adalah untuk menyedarkan manusia supaya kembali ke ajaran Allah yang sebenar. Perjuangan Islam dan perlaksanaan perudangan Islam perlu dilaksanakan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails