Waktu Solat

Thursday, August 6, 2009

JANGAN LUPA LIRIK VS JANGAN LUPA ALLAH


Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Jangan Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotontonkan saban hari. Tidak cukup dengan siaran langsung, ada pula siaran tertunda, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu yang dperdengarkan.

Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat mengingati lirik lagu tersebut. Terpaksa ditendang keluar awal-awal lagi. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.

Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa kepada Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?

Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi tidak akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Kenapa tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ?

Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari mengingati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang mengingati Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.


Bukan mengutuk atau mengatakan program tu tak baik.... cuma, kaji lah, selidik lah diri kita.... adakah kita dah jauh tersimpang darr yang sepatutnya.... kita bukan perfect, tapi adakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yg mula dah lupa dan dah tak takut dosa????

No comments:

Related Posts with Thumbnails