Waktu Solat

Wednesday, August 26, 2009

Hukuman peminum arak


Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali (80 kali) sebat, dan tidak kurang dari empat puluh kali (40 kali) sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

Dalil di atas.... merupakan dalil yang sahih, tak perlu lagi kita ragui. Mengapa dalam perundangan di Malaysia masih ada orang memberi pelbagai alasan. Jika kita mengaku kita umat Nabi Muhammad s.a.w... mengapa kita tidak mempercayai hadis di atas.

Bagaimanana dengan kenyataan ini "
Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "

Adakah kita lebih pandai dari Allah? Allah mencipta manusia , maka Allah lah yang lebih mengetahui dimana kekuatan dan kelemahan manusia. Kita selalu digambarkan hukuman sebatan itu zalim macam hukuman sebat di dalam penjara bagi orang melakukan kesalahan rogol dan sebagainya. Peliknya orang kita, sebat untuk orang melakukan jenayah kita kata zalim, orang yang melakukan jenayah itu tak pula kita kata zalim. Mereka mencuri, merompak, membunuh dan merogol tak pulak kita kata zalim. Mereka tinggal dipenjara dapat pulak makan free.

Cara sebatan bagi orang merogol yang telanjang bulat dalam penjara tu sebenarnya tidak mengikut perlaksaan hukum Islam yang sebenar. Islam mengariskan cara-cara hukuman sebat , aku tak mahir dalam bab ini ttp kita perlu rujuk kepada golongan ulamak dalam hal ini.

Apa yang penting perlaksanaan hukum hudud itu adalah untuk membentuk peribadi manusia bukannya untuk menyiksa manusia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails