Waktu Solat
Tuesday, June 22, 2010
Membelanjakan Wang Dari Sumber Haram
Ke mana boleh kita belanjakan wang dari sumber haram.
Wang haram itu bukanlah haram kerana zatnya tetapi kerana sebab penggunaannya. Wang haram tidak boleh dibelanjakan untuk diri sendiri.
Mengikut sesetengah pendapat ulamak salaf, wang haram itu mesti dimusnahkan. Tetapi pendapat ini disanggah oleh Imam Al-Ghazali Rh dalam Ihyaa Ulumuddin kerana kita tidak sepatutnya memusnah harta kita.
Pendapat yang lainnya harta dari sumber haram boleh digunakan untuk tujuan kemasyarakatan seperti pembinaan longkang, tandas etc.
Ini bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dari seorang lelaki ansar pada suatu ketika Rasulullah S.A.W keluar untuk mengiringi jenazah, lalu terserempak dengan pengembala kambing kaum quraisy. Lalu ia berkata kepada Rasulullah S.A.W, "si folan telah menjemput kalian menghadiri jamuan." Dikatakan seketul daging kambing dalam jamuan itu diambil tanpa pengetahuan tuannya. Lalu baginda S.A.W bersabda: "berikanlah makanan itu kepada tahanan." (Al-hafiz iraqi mengatakan hadith ini sanadnya jayyid (baik)).
Sumber yang haram boleh dibelanjankan untuk tujuan kemasyarakatan... wang tersebut tak boleh pula kita nak buang begitu sahaja.
Kenyatan utusan meloya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment