
Padahal selepas itu Melaka dijajah lebih 400 tahun, puluhan ribu orang Islam terkorban, masjid-masjid dirobohkan.. Apa tindakan anda terhadap Si Kitol?
 
Si Kitol tidak pula ada sebarang usaha untuk kembalikan Kesultanan Melaka dan menjayakan segala rancangan Melaka, dia hanya mahu balik kampung dan hidup diam dengan keluarganya sahaja. Apa tindakan anda?
Kesimpulannya
Kesalahan Si Kitol terlalu besar untuk  dimaafkan begitu sahaja. Si Kitol terpaksa juga bertanggungjawab ke atas  segala kerosakan yang dibawanya di akhirat kelak di hadapan Tuhan  nanti. Sekalipun Si Kitol mengakui segala kesalahannya, hukuman ke  atasnya di dunia ini tetap dijalankan oleh pihak berkuasa mengikut  undang-undang Islam, sekiranya dia berjaya ditangkap.
Sekiranya Si Kitol mahu hukuman di dunia  dan di akhiratnya dikurangkan, dia terpaksalah menebus kembali  sedaya-upaya hatta dengan nyawa dan seluruh hartanya sekalipun akan  segala kerugian yang sudah berlaku. Dia mesti berusaha bermati-matian  membina semula apa yang sudah diruntuhkannya walaupun hasill maksima  yang mungkin diperolehinya sekadar 50% daripada yang asal. Dan itulah  usaha yang sepatutnya dia lakukan selagi dia masih bernafas, kerana itu  sahajalah peluang untuknya memperbaiki beberapa peratus daripada  kerosakan besar yang sudah dilakukannya.
No comments:
Post a Comment