Waktu Solat
Sunday, June 20, 2010
TIPS ISTERI SOLEHAH
Isteri-isteri yang pandai adalah mereka yang pandai dan tepat layanannya kepada suami. Layanan itu akan membawa kesan besar pada hati suami. Sebaliknya bukanlah dikatakan seseorang isteri itu pandai kerana mempunyai degree/ijazah dan kelulusan yang tinggi tetapi tidak pandai melayani suami. Di antara sikap-sikap isteri dalam melayani suami adalah seperti berikut :-
1. Isteri hendaklah melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami.
2. Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu kerja dan perjuangan suami.
3. Jangan sekali-kali isteri menjadi penghalang kepada kerja dan perjuangan suami.
4. Isteri hendaklah menjadikan dirinya teman bercakap suami dengan melayani fikiran suami. Lelaki yang akalnya tumpul akan lumpuhlah seluruh hidupnya.
5. Isteri hendaklah memberi sepenuh perhatian apabila suami bercakap atau bercerita. Sikap acuh tak acuh akan menyebabkan hati suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.
6. Jangan biarkan suami mengelamun dan termenung seorang diri, ambilah hatinya dan jadilah teman berbual.
7. Elakkan dari berkata hal-hal yang tidak menyenangkan hati suami.
8. Cepatlah ubah tajuk jika menyedari suami tidak suka kepada cerita kita.
9. Berusahalah untuk memberikan pandangan yang baik dan bernas apabila suami meminta pandangan kita.
10. Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan hidup dan keperluan seharian. Lelaki akan menderita jika orang yang dibawah tadbirnya tidak berpuas hati dengannya.
11. Jangan api-apikan ketika suami dalam keadaan marah kerana akan mengakibatkan suami bertindak ganas kepada ahli keluarganya atau ia akan bertindak ganas di luar rumah pula.
12. Ketika suami marah, banyakkan menyebut-nyebut kalimah Allah kerana ia akan melunakkan hati suami.
13. Para isteri hendaklah menjadi pelayan suami dalam menyelesaikan urusan-urusannya. Kalau dilayan dengan baik akan menimbulkan rasa tanggungjawab kepada keluarga dihatinya dan melahirkan para suami yang gigih dan hebat dalam kerja dan perjuangan mereka.
14. Isteri-isteri yang tidak pandai melayani suami akan menyebabkan jiwa suami mati.
15. Suami akan merasa senang dan gembira jika dilayan makan dan minumnya.
16. Pelajari dan kenali selera suami, walaupun hukumnya bukan fardhu tetapi ini akan menyenangkan hati suami.
17. Pekerjaan isteri yang boleh mengembirakan hati suami hinggalah kepada perkara yang kecil-kecil seperti menyediakan berus gigi dan ubatnya, sabun mandi, tuala, pakaian persalinan dan bentangkanlah sejadah ketika suami hendak bersolat.
18. Bila suami hendak pergi bekerja atau bermusafir, sediakanlah peralatan dan bekalan-bekalan yang biasa dibawanya.
19. Layanlah tuntutan tabii manusia yang berupa keinginan jimak kerana dengannya akan melepaskan sebahagian dari ketegangan dan kekusutan fikiran suami.
20. Hiasilah diri ketika sudah diketahui suami hampir pulang ke rumah dengan jelita. Bermekaplah secara sederhana dan memakai pakaian yang boleh menarik hati suami. Berdandanlah dan berwangi-wangianlah ketika suami ada di rumah.
21. Tautkan hubungan hati dengan suami yang sedang keluar rumah dengan membanyakkan wirid dan doa untuk keselamatan dan kejayaan suami.
22. Apabila suami bermusafir, digalakkan isteri berpuasa (qada' atau sunat).
23. Elakkanlah dari melakukan sebarang perkara yang boleh menimbulkan rasa cemburu dan rasa sakit hati suami seperti berbual-bual dengan lelaki lain.
24. Laksanakanlah sungguh-sungguh penutupan aurat, suara wanita juga dikira sebagai aurat.
Andaikata para isteri dapat berusaha berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang dibentangkan di atas, maka ia akan kelihatan sentiasa cantik dan menarik hati suami walaupun rupa parasnya kurang cantik. Dengan itu akan lahirlah para suami yang kuat jiwanya untuk memimpin rumahtangga ke jalan yang diredhai Allah dan berjuang di jalan Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment