Waktu Solat

Thursday, July 29, 2010

JENIS-JENIS PENYAKIT HATI


1. Iri Hati

Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rizki / rejeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki

Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi

Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama sendiri.

4. Fitnah

Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merosak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindak kriminal pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka

Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat / Hianat

khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan menepati janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengemban suatu tanggung jawab di kemudian hari.

Wednesday, July 28, 2010

Hukum Pakai Inai Bercorak


Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :-

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."
(hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut. Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman.

Monday, July 26, 2010

Tujuh Kaedah Kenali Orang Sombong Dan Bongkak


Imam Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah mengidap penyakit hati yang merbahaya ini.


Pertama
, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Keduanya
kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Keempat
menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

Kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

Keenam
, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

Ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.


Saturday, July 24, 2010

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Israq Mikraj


SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israkdan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut danotak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p!unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam erongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula

(6) perempuan diikat dua kakinya serta duatangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendirimanakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat


(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengangunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABIdan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekorular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Friday, July 23, 2010

Peminat Kamen Rider




Kepada peminat-peminat kamen rider....

Mai kita muat turun kat sini

Macam-macam jenis kamen rider ada.....

Sendiri tengok laaaa

Thursday, July 22, 2010

5 PROGRAM YG TIADA DI MALAYSIA


1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar nege ri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam

Wednesday, July 21, 2010

Rahsia Wudhu’


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini”.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,“Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,“Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat”

Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Tuesday, July 20, 2010

Rasulullah ikat batu di perut tahan lapar


NABI Muhammad saw adalah contoh akhlak terbaik umat manusia. Keperibadian mulia dan murni Baginda ditunjukkan dalam segenap kehidupannya.


Dalam hal ini, Baginda turut mempamerkan akhlak dan keperibadian mulia dalam urusan rumah tangga. Rasulullah tidak terlalu membebankan isteri-isteri Baginda dalam menjalankan tugas mengurus rumah tangga.

Contohnya, jika ada pakaian koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.

Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk
dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isteri di dapur.

Prihatin, sabar dan tawaduknya Baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar
bertanya: "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas Baginda.

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus setiap kali Baginda bergerak.

"Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" tanya Umar.

Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: "Tidak sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak."


PEMIMPIN KITA SEKARANG LAIN PULAK JADINYA,,,,,, BIAR IKAT PERUT RAKYAT...... ASALKAN PERUT MEREKA SEKENYANG - KENYANGNYA.

BIAR RAKYAT MENANGGUNG KELAPARAN...... ASALKAN MEREKA DAPAT HIDUP MEWAH - SEMEWAHNYA.

FIKIR-FIKIRLAH .... APA NAK DIBUAT LAGI DENGAN PEMIMPIN SEPERTI INI...

UBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT ...???

Sunday, July 18, 2010

Baik sungguh kerajaan kita !!!!


Baik sungguh kerajaan kita...
Harga gula dinaikkan.....
Dengan alasan.....!!

Supaya rakyat Malaysia sihat..
Tidak mengidap penyakit kencing manis?


Baik sungguh kerajaan kita...
Harga minyak dinaikkan.....
Dengan alasan.....!!

Supaya rakyat Malaysia selamat..
Kurang berjalan-jalan ngan menaiki kenderaan..
Kurang berlaku kemalangan?


Baik sungguh kerajaan kita...
Harga gas LPG dinaikkan.....
Dengan alasan.....!!

Supaya rakyat Malaysia cantik..
Kurang memasak dan kurang makan...
Takut badan kegemukan?


Mungkin itulah alasan-alasan yang mungkin diberikan oleh kerajaan dengan kenaikan harga ............... !!! baru-baru ini.

Bagus....

Kerajaan Malaysia prihatin dengan masalah rakyat !!!!!

Amyputra Muat Turun Filem




Mai muat turun cerita-cerita terkini...

Macam-macam ada..

Kalau berminat mai layan kat sini


<<<< amyputra.blogspot.com >>>>

Saturday, July 17, 2010

Hikmah 7 Kalimah


Untuk renungan dan amalan bersama

"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut."


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut di ungkapkan.


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Apa pun ianya terpulang pd Istiqamahnya diri kita....niatkan apa yg kita lakukan hanya pada Nya...mudah-mudahan Dia akan membalas segala amalan kita dan menempatkan kita bersama para solihin ...InsyaAllah...

Thursday, July 15, 2010

1 Malaysia... Rakyat Didahulukan....


Rakyat didahulukan dengan kenaikan harga barang.......


Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Betapa bagusnya Pemimpin Kita... rakyat didahulukan .... slogan sering dilaungkan oleh pemimpin kita yang kita sayangi.

rujukan dari malaysia kini dan berita harian

Seri Bahasa



Laman menarik....

Khusus untuk Cikgu Bahasa

Ada koleksi simpulan bahasa, gurindam, pantun dan macam-macam lagi

Sila klik di sini Seri Bahasa

Tuesday, July 13, 2010

10 Perbuatan Sia-Sia


1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya

Monday, July 12, 2010

Solat yang tertolak


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Saturday, July 10, 2010

Peristiwa Isra’ & Mikraj

Isra’ dan Mikraj adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Baitul-Maqdis (Palestin) kemudian naik ke Sidratul Muntaha serta kembali semula ke Mekah dalam waktu sehari semalam. Di dalam Al-Qur’an (Surah Al-Isra’: 1) Allah menjelaskan tentang Isra’ : ”Maha suci Dia (Allah) yang telah memperjalankan hamba Nya (Nabi Muhammad SAW) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

(Gambar:Masjid Al-Aqsa)

Manakala tentang Mikraj Allah SWT menjelaskan dalam Al-Qur’an yang maksudnya : ”Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibrail itu ( dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. (Dia melihat Jibrail) ketika Sidratul Muntaha diliputi oelh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari arah yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar”. (An-Najm : 13-18)


Peristiwa menakjubkan ini berlaku di suatu malam dimana Malaikat Jibrail turun dengan buraq (binatang kenderaan Nabi dijadikan dari cahaya) lalu bertemu baginda dan membawanya ke Baitul Muqaddis, seterusnya naik ke langit dan Sidratul-Muntaha. Dalam perjalanan tersebut Nabi SAW menempuh pelbagai pengalaman dan dapat melihat Syurga dan Neraka serta bertemu dengan Allah SWT bagi menerima perintah untuk mengerjakan Solat Lima Waktu.

Friday, July 9, 2010

SeTitek Air Laut Dihujung Jarum.


Itulah ibarat Allah nyatakan ilmu yg.kita
mampu mileki sepanjang hayat didunia.
Tapi kalau tak sampai setitek pun kalau
faham adalah lebih menfaat dari setitek.

Kalau nak cerita ilmu semasa alam roh dulu
kita pun dah dilupakan.Kalau ingat2 lupa
kira O.K juga.

Tapi yg.kita cerita alam yg.kita dah lupa
hanya sendiri saja la yg.faham dan tak akan
dapat fahamkan orang lain.

Mujurlah AlQuran tu wajib kita yakin dan
gunakan tanpa was2.Itu pun kadang2 hati
kecil masih nak berbalah dan banyak soal.

Memanglah begitu kalau belum menempuh jalan2
nya dan ditunjuki jalan2nya masakan yakin
dengan cerita zaman dolu2 dalam kitab tu.

Tak semudah yg.tersirat dapat diterangkan
kerana itu izin dari Allah barang siapa yg.
ingin ditunjuki.

Maka berusahalah untuk itu......

Tuesday, July 6, 2010

4 GOLONGAN WANITA PENGHUNI SURGA & NERAKA


4 GOLONGAN WANITA PENGHUNI SURGA
  • Pertama, wanita yang mampu menjaga diri,taat kepada Allah dan suaminya,serta wanita yang banyak anaknya.
  • Kedua, wanita sabar dan menerima pemberian itu sedikit.
  • Ketiga, wanita yang mempunyai rasa malu ,jika suaminya meninggalkannya pergi dia memelihara diri dan hartanya.Jika suaminya berada dirumah ia dapat mengekang lisannya (untuk tidak menyakiti suaminya).
  • Keempat, Wanita yang di tinggal mati suaminya beserta anak-anaknya yang masih kecil.

4 GOLONGAN WANITA PENGHUNI NERAKA
  • Pertama, wanita yang jelek lisannya (ucapannya) terhadap suaminya, jika suaminya pergi ia tidak mau menjaga diri,dan jika suaminya berada di rumah ia menyakiti suami dengan ucapannya.
  • Kedua, wanita yang membebani atau menuntut suaminya dimana suaminya tidak mampu untuk melakukannya.
  • Ketiga, Wanita yang tidak menutup dirinya dari lelaki lain dan keluar dari rumahnya dengan dandanan yang menyolok.
  • Keempat, Wanita yang sama sekali tidak mempunyai cita-cita kecuali hanya makan,minum dan tidur, ia juga tidak senang melakukan shalat, tidak mau taat kepada Allah dan RasulNya serta suaminya.Maka wanita yang mempunyai sifat-sifat seperti itu adalah wanita terkutuk termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertobat "

Monday, July 5, 2010

FIFA 2010

Fight Israel Fight American 2010









ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA

Friday, July 2, 2010

Surah Yassin...


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surahYassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Qurana itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya
Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quransebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris
bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
enyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunatdua
rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada
hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi
sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Thursday, July 1, 2010

Tanda-Tanda Hati Yang Mati


1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagiandaripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan
anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Related Posts with Thumbnails