
Ramai di antara kita  yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam  mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa  kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah  yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa  Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu  dengan, “Ya  Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 :  Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu  dengan, “Ya  Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan  muka ku ini”.
Penjelasan nombor 2 :  Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu  dengan, “Ya  Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 :  Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu  dengan,  “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 :  Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu  dengan,“Ya  Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di 
Penjelasan nombor 5 :  Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu  dengan,“Ya  Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 :  Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu  dengan.“Ya  Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 :  Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu  dengan,“Ya,  Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan  tempat- tempat maksiat”
No comments:
Post a Comment