(Gambar:Masjid Al-Aqsa) Manakala tentang Mikraj Allah SWT menjelaskan dalam Al-Qur’an yang maksudnya : ”Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibrail itu ( dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. (Dia melihat Jibrail) ketika Sidratul Muntaha diliputi oelh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari arah yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar”. (An-Najm : 13-18)
Peristiwa menakjubkan ini berlaku di  suatu malam dimana Malaikat Jibrail turun dengan buraq (binatang  kenderaan Nabi dijadikan dari cahaya) lalu bertemu baginda dan  membawanya ke Baitul Muqaddis, seterusnya naik ke langit dan  Sidratul-Muntaha. Dalam perjalanan tersebut Nabi SAW menempuh pelbagai  pengalaman dan dapat melihat Syurga dan Neraka serta bertemu dengan  Allah SWT bagi menerima perintah untuk mengerjakan Solat Lima Waktu.
No comments:
Post a Comment