Waktu Solat

Tuesday, July 20, 2010

Rasulullah ikat batu di perut tahan lapar


NABI Muhammad saw adalah contoh akhlak terbaik umat manusia. Keperibadian mulia dan murni Baginda ditunjukkan dalam segenap kehidupannya.


Dalam hal ini, Baginda turut mempamerkan akhlak dan keperibadian mulia dalam urusan rumah tangga. Rasulullah tidak terlalu membebankan isteri-isteri Baginda dalam menjalankan tugas mengurus rumah tangga.

Contohnya, jika ada pakaian koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.

Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk
dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isteri di dapur.

Prihatin, sabar dan tawaduknya Baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar
bertanya: "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas Baginda.

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus setiap kali Baginda bergerak.

"Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" tanya Umar.

Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: "Tidak sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak."


PEMIMPIN KITA SEKARANG LAIN PULAK JADINYA,,,,,, BIAR IKAT PERUT RAKYAT...... ASALKAN PERUT MEREKA SEKENYANG - KENYANGNYA.

BIAR RAKYAT MENANGGUNG KELAPARAN...... ASALKAN MEREKA DAPAT HIDUP MEWAH - SEMEWAHNYA.

FIKIR-FIKIRLAH .... APA NAK DIBUAT LAGI DENGAN PEMIMPIN SEPERTI INI...

UBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT ...???

No comments:

Related Posts with Thumbnails